CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 1

[Tempatan] Kereta terbang yang akan diuji Khamis ni hanyalah dron saiz besar

[Copy link]
Post time 19-11-2019 11:03 PM | Show all posts |Read mode
‘Kereta terbang’ bakal diuji menteri hanyalah dron?
19 November 2019


KUALA LUMPUR – ‘Kereta terbang’ yang akan diuji oleh Menteri Pembangunan Usahawan pada Khamis ini didakwa hanya sebuah dron bersaiz besar.

Menurut portal otomobil terkenal, paultan.org menelah perkara itu berdasarkan beberapa laporan sebelum itu berkaitan unit bernama Vector dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek itu ialah Aerodyne Group.

“Andaian ini tentulah sangat berasas; model skala Vector – yang ketika itu didakwa sebagai sebuah prototaip – pertama sekali muncul di depan khalayak ramai ketika pameran LIMA 2019 pada bulan Mac lalu dan ketika itu juga nama Aerodyne mula disebut-sebut dan dikaitkan dengan projek berkenaan.

“Petunjuk yang agak jelas waktu itu, ia merupakan sebuah projek yang melibatkan syarikat tempatan, dan ‘kereta terbang’ yang dimaksudkan ialah dron saiz besar yang menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI),” kata artikel di portal itu hari ini.

Namun, menurutnya, selepas berita tentang pandu uji ‘kereta terbang’ itu tersebar semalam dan selepas membuat pengesahan maklumat, sesi berkenaan yang direncanakan di adakan di Subang, Khamis ini sebenarnya tidak melibatkan Aerodyne Group.

“Serta-merta persoalan baru timbul; syarikat mana yang dimaksudkan oleh menteri tersebut, dan ‘kereta terbang’ yang mana satu akan diuji?

Untuk di bawa ke sini, ia didakwa melibatkan usaha sama EastCap Bhd dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

“Jelas sekali ini adalah syarikat kerjasama untuk membawa masuk dan menguruskan operasi dron besar berkenaan. Kembali menjadi persoalan ialah, jika Ehang itu adalah rekaan syarikat China, apa “pembangunan tempatan” yang ada pada model berkenaan, seperti yang kerap ditegaskan oleh menteri yang sama sebelum ini?” soal artikel yang sama.

Hari ini, menteri terbabit, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof di sini hari ini mengesahkan diri akan memandu uji ‘kereta terbang’ berkenaan tetapi dilakukan secara tertutup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2019 11:09 PM | Show all posts
‘Kereta terbang’ sejenis dron, perlu kelulusan CAAM, kata Loke
November 19, 2019 9:39 PM


KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof adalah sejenis dron, dan oleh itu perlu kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Nak terbang dron perlu dapatkan kelulusan CAAM,” katanya menjawab pertanyaan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat, pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Pengangkutan.

Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian berterima kasih kepada Loke atas penjelasan itu.

“Kami bagi pihak semua ahli Parlimen ucap terima kasih kerana itu bukan ‘kereta terbang’ tetapi dron,” kata Shahidan, disokong Ismail Sabri Yaacob (BN-Bera).

Redzuan di Dewan Rakyat semalam mengumumkan beliau akan pandu uji “kereta terbang” pada Khamis, sambil mengundang wakil-wakil rakyat untuk menyaksikan sesi itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.279867 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list