CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

[Tempatan] Gaji graduan lulusan Vokasional rendah

[Copy link]
Post time 20-11-2019 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Lihat semula gaji graduan TVET - NUTP


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta kerajaan melihat semula kadar gaji bagi graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di semua peringkat.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huan Hock, berkata pembayaran gaji yang lumayan dan setimpal perlu diwujudkan bagi golongan itu, bermula daripada penjawat awam di peringkat sokongan sehingga profesional, dalam usaha menarik lebih ramai lepasan sekolah menyertai bidang itu.

“Ini bermakna pensyarah yang mengajar TVET contohnya yang mengajar di Kolej Vokasional mesti diberi gaji asas dan ditambah elaun kemahiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Mohammad Naim Yaakub, bahawa wujud penilaian tidak tepat oleh majikan dalam menentukan kadar gaji permulaan kepada graduan TVET.

Katanya, walaupun terdapat garis panduan penetapan gaji di bawah Kementerian Sumber Manusia yang patut digunapakai, namun ia sering diabaikan industri dengan alasan peningkatan kos operasi yang akhirnya dipindahkan kepada pengguna.

Harry berkata, jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat melaksanakan penambahbaikan gaji graduan bidang itu, satu perubahan besar mungkin dapat dilihat dari segi penyertaan pelajar sekolah yang memperoleh keputusan cemerlang dalam TVET.

“Sokongan sepenuhnya perlu bagi mengangkat martabat TVET menjadi golongan kelas pertama bagi mencerminkan Malaysia sebagai negara maju,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.265301 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list