CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 2

[Tempatan] Negara era PH. Nasib rakyat vs kehidupan wakil rakyat. Khabar angin undi tidak p

[Copy link]
Post time 20-11-2019 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Undi tidak percaya di Melaka Khamis ini?
20 November 2019


KUALA LUMPUR – Ura-ura mengenai “kerajaan pintu belakang” bukan sahaja bertiup di Parlimen, tetapi juga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

China Press melaporkan, seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka telah bertemu dengan wakil rakyat UMNO di luar negara bagi mengukuhkan rancangan menjatuhkan Adly Zahari daripada jawatan ketua menteri pada Khamis akan datang.

Sumber berkata, undi tidak percaya akan dilakukan dengan menafikan bajet negeri yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Dikhabarkan, seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH termasuk seorang keturunan Cina akan bekerjasama dengan ADUN UMNO untuk memberi laluan kepada “kerajaan pintu belakang” .

Sekiranya terdapat ADUN PH yang melepaskan hak mengundi, maka pembangkang yang terdiri daripada wakil UMNO boleh menafikan bajet melalui 13 undi mereka.

Penafian bajet negeri tidak lain seperti undi tidak percaya terhadap kepimpinan Adly.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis bagaimanapun telah menafikan pembabitannya dalam “kerajaan pintu belakang” walaupun namanya disebut-sebutkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 11:45 AM | Show all posts
kerajaan pintu belakang@kerajaan semburit ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:02 PM | Show all posts
belakang tu ada pintu ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.056085 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list