CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 15

[Tempatan] Sekolah pedalaman, SK Ulu Lubai di Limbang, terima 227 anugerah, termasuk pering

[Copy link]
Post time 20-11-2019 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah pedalaman ini terima 227 anugerah, termasuk peringkat antarabangsa
5-6 minutes

Di kebanyakan sekolah, ibu bapa biasanya hanya menyumbang daripada segi kewangan untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Namun, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di Limbang, Sarawak, ibu bapa juga terlibat dalam pengajaran dan program sekolah yang lain.

Pendekatan itu antara kunci kejayaan sekolah pedalaman ini untuk menjadi antara sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara.

“Saya menggunakan sepenuhnya kerjasama dan penglibatan PIBG sekolah untuk memastikan pendidikan anak murid lebih terjamin,” kata guru besar Jaul Bunyau.


Jaul, yang telah menjadi guru besar sekolah itu selama 21 tahun, minggu lalu mendapat Anugerah Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) 2019 atas usahanya  mentransformasikan sekolah tersebut menjadi sekolah berprestasi tinggi.


Anugerah antarabangsa


Anugerah itu bukan satu-satunya pengiktirafan yang diterima sekolah yang mempunyai 27 murid dan sembilan orang guru ini.

SK Lubai terletak 50km dari pekan Limbang dan hanya boleh diakses menggunakan bot dan jalan balak.

Walaupun terpencil, ia telah memenangi 227 anugerah dan pengiktirafan, termasuk di peringkat antaranbangsa.

Daripada jumlah itu, 40 merupakan anugerah peringkat antarabangsa, 28 anugerah peringkat kebangsaan, 44 anugerah peringkat negeri dan 115 anugerah peringkat bahagian dan daerah.

Pencapaian tersebut termasuklah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009, Johan Wenhui Awards for Educational Innovation 2011, Anugerah Sekolah Cemerlang 2007, Diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) 2007 dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011.

Program melibatkan ibu bapa


Antara program yang melibatkan ibu bapa adalah program ‘Ai Kitai’, yang bermaksud ‘air kita’.

Lazimnya program Ai Kitai merujuk kepada budaya masyarakat Iban yang akan duduk minum air tuak bersama-sama di rumah panjang.

Bagaimanapun, program Ai Kitai yang diketengahkan SK Ulu Lubai tidak melibatkan tuak, dan hanya menumpukan kepada kerjasama antara ibu bapa dan pendidik untuk memantau anak-anak di rumah panjang.

Melalui Ai Kitai, ibu bapa sepakat memastikan televisyen tidak dipasang di rumah panjang mereka sehingga jam 9.30 malam.

“Ibu bapa akan terus memantau anak mereka di rumah panjang bersama guru untuk memastikan segala kerja rumah atau tugasan yang diberi cikgu siap dilaksanakan,” kata Cikgu Jaul.

Ibu bapa memantau anak-anak membuat kerja rumah di rumah panjang, dalam program Ai Kitai.

Selain itu, Program Kelas Angkat yang dilaksanakan pula memberi tanggungjawab kepada ibu bapa menceriakan kelas anak-anak mereka.

Paling menarik, sejak tahun 2017, sekolah ini memulakan program ‘Segulai Sejalai’, yang bermaksud "seiring sejalan", dengan ibu bapa bersama-sama guru mengajar di bilik darjah untuk merasai sendiri pengalaman mengajar.

“Pada ketika itu kita dapat melihat anak murid berlumba-lumba untuk angkat tangan menjawab soalan seperti mereka ingin menunjukkan kemampuan dan kebolehan kepada ibu bapa mereka,” kata Cikgu Jaul, 56.

SK Ulu Lubai juga menerapkan pendekatan 'kamus sebagai kawan' terhadap murid, yang memerlukan murid bertutur dalam Bahasa Inggeris sepanjang masa, sama ada di rumah panjang mahu pun di sekolah.

Hasilnya, sekolah tersebut meraih 100 peratus lulus dalam Bahasa Inggeris UPSR dari 2003 sehingga 2018.

Ibu bapa terlibat sesi pembelajaran dalam program Segulai Sejalai.

Keadaan dan lokasi bukan penghalang


SK Ulu Lubai dahulunya serba sederhana dari segi infrastruktur dengan bangunan kayu lama. Satu-satunya binaan konkrit hanyalah tandas.

Kini sekolah tersebut mampu menyediakan kerusi urut dan gimnasium bagi menambah baik fasiliti sekolah, kata penolong kanan sekolah Nurul Izzah Afifah Ahmad Yousob ketika dihubungi.

Gimnasium yang lengkap hasil dari anugerah yang diterima.

Fasiliti sekolah juga ditambah baik melalui wang yang diperoleh daripada anugerah yang diberikan. Contohnya, Anugerah Ketua Menteri Sarawak yang datang dengan hadiah wang tunai RM5,000.

“Kemudahan seperti gimnasium yang disediakan merupakan fasiliti yang terdapat di sekolah tersebut bagi melatih atlet sekolah serta penyediaan kerusi urut bagi menyediakan ruang rehat guru di sekolah,” katanya.

Menurut Cikgu Izzah, Cikgu Jaul sentiasa menginginkan yang lebih baik untuk sekolah tersebut, walaupun ia hanya sekolah kecil yang terletak di pedalaman.

Tambahnya, Cikgu Jaul juga ingin mengajar murid-muridnya bahawa keadaan mereka di pedalaman bukan penghalang untuk memajukan diri.

“Setiap anugerah dan kemenangan yang dikecapi hari ini antara sebab beliau tidak puas dan ingin melaksanakan (yang lebih baik) lagi, serta untuk membuktikan kepada anak muridnya walaupun kita di pedalaman kita masih boleh berjaya,” katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah hebatnya. Kudos to all the parent, teacher n students
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dan syabas semua!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2019 11:52 AM | Show all posts
sekolah bandar
mana la parents nk bersatu
asyik bergaduh nak pegang jawatan dalam PIBG
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:07 PM | Show all posts
ini baru bangga
takat tergedik2 bejoget tu nk buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah guru besar Dan tenaga pengajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2019 12:17 PM | Show all posts
kerjasama yg bagus dari parents towards teachers and headmaster vision....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang sstgh sekolah mesyuarat pibg pon..siap ada buat lucky draw sbb nak bagi tarik ibu bapa suh datang mesyuarat. kang kalau mak bapak tak dtg..dan terus proceed aktiviti tahunan..ada lah ramai parents ckp2 blkg tak puas hati. sudahnya apa2 hal pihak sek yg kena balik.
kdg kan tgk sekolah kg..pendalaman lagi parents bersatu hati..leh senang bw bincang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 12:34 PM | Show all posts
skolah mmg biasa dpt cemerlang, tapi murid2 nya cmne? score A manjang juge ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 01:41 PM | Show all posts
woww tahnah guru, murid & ibubapa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 01:49 PM | Show all posts
Ratio teacher to student dia kurang. Dapatla cikgu focus dgn setiap srg anak murid. Lagipun sekolah ulu2 ni parents dorang sangat respek dan menghargai cikgu. Senang sikit nak dibentuk. Btw, still mengagumkan kejayaan dorang, walaupun jauh di ulu sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak first dengar pasal deyol tahun 2010. Nampaknya deyol maintain mendunia sampai 2019. Secret is, semua cikgu sekolah ni highly educated. Hada yang dah hada PhD but chose huntok remain sebagai guru akademik biasa huntok majukan anak bangsa sundri. Language of communication deyol kat sekolah adelah English ya. Dengan PIBG skalik reti guna English huntok spoken interaction. Sapa yang membesar di tengah KL tapi bodoh BI, sila malu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 20-11-2019 12:34 PM
skolah mmg biasa dpt cemerlang, tapi murid2 nya cmne? score A manjang juge ke?

Tak baca ke deyol Sekolah Berprestasi Tinggi? Sah2 pencapaian akademik deyol cemerlang. Huntok masuk list SBT ni, kena maintain gred purata mata pelajaran peperiksaan awam (UPSR) yang cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg dpt la target sbb murid pun 27 org je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 04:27 PM | Show all posts
wah tahniah2x buat sek,cikgu2,ibubapa dan anak murid..
bertuahnya mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagian utara sarawak siapa Tak kenal sekolah nih. Cuma tu la. Bg aku faktor bilangan murid tu yg memudahkan guru2 yg sememangnya komited. Ada jugak sekolah kecik, tp inisiatif guru kurang tak jadi jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059335 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list