CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1506|Reply: 3

[Tempatan] Media tanya isu undi tidak percaya, Anwar nyanyi 'dipinggiran air terjun'

[Copy link]
Post time 20-11-2019 01:11 PM | Show all posts |Read mode
[youtube]VTBHPQ2rt7M[/youtube]



[youtube]nW8sw6Ghl8I[/youtube]

[youtube]mGLvVaTgJjk[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahaah.. Nampak sgt ang menipu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:25 PM | Show all posts
Dasar bapak penyemburit lidah bercabang...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2019 03:27 PM | Show all posts
Undi tak percaya: Tidak bangkit, tidak bangkit sama sekali, kata Anwar

https://www.malaysiakini.com/news/500541

Geraldine Tong
Diterbitkan Hari ini 1:57 tengahari



Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata perbincangan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak pernah dibangkitkan oleh kepimpinan Pakatan Harapan walaupun khabar angin yang tersebar mengatakan sebaliknya.

“Yang bangkit undi tidak percaya itu puak yang nak buat undi (tidak percaya) sahaja.

“Tidak bangkit, takkanlah saya tidak tahu saya hubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mat (Mohammad) Sabu, (Lim) Kit Siang, (Lim) Guan Eng hampir setiap hari, tidak bangkit sama sekali.

“Tidak perlu pun kerana hubungan kita dalam kerjasama dan muafakat PH kuat,” katanya.

Spekulasi undi tidak percaya tersebar susulan desakan dan kenyataan beberapa pemimpin akar umbi Pakatan Harapan (PH) yang menyalahkan Dr Mahathir atas kekalahan mereka pada pilihan raya kecil di Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Anwar berkata Mahathir menerima kekalahan itu secara serius dan sedang mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

“Dr Mahathir menganggap pukulan Tanjung Piai itu suatu yang berat, dia panggil sidang khas PH Sabtu ini.

“Ini maknanya dia respon bukan tidak mengambil kira apa yang disampaikan rakyat,” katanya.

Menurutnya, kumpulan yang tidak bersetuju dengan tindakan itu hanyalah mereka yang berada di pinggiran.

“Yang tidak (bersetuju) itu hanya pinggiran, picisan yang tidak masuk dalam aliran PH dalam mesyuarat,” katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai kumpulan itu, Anwar sekadar menyanyikan lagu "Pinggiran" dendangan Seniman Negara P Ramlee.

Semalam, Mahathir berkata "mungkin" apabila ditanya sama ada beliau berpendapat dirinya mungkin punca kekalahan PH di Tanjung Piai.

Walau bagaimanapun, beliau berkata PH akan hanya menentukan peralihan kuasa apabila tiba masa yang sesuai.

"Kita belum tahu lagi keadaan negara sekarang ini sama ada bersedia untuk mengalih pentadbiran ataupun tidak. Bila sampai masanya kita tentukan," katanya.

Mengikut konsensus PH, Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar tetapi tidak ada garis masa tertentu yang ditetapkan.

Anwar secara terbuka pernah menyatakan bahawa beliau bersedia mengambil alih selepas Mahathir berkhidmat sebagai perdana menteri selama dua tahun, yang akan berakhir pada Mei tahun depan.

Walau bagaimanapun, Mahathir berulang-kali bekata bahawa dirinya mungkin memerlukan lebih daripada dua tahun.

Sementara itu, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang kini menjadi seteru politik Anwar mendesak supaya Dr Mahathir terus untuk berkhidmat sebagai perdana menteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.067140 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list