CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6380|Reply: 83

[Tempatan] Edisi spy: Rakam dalam senyap!

  [Copy link]
Post time 21-11-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pengarah Audit mengaku rakam mesyuarat ‘pinda laporan 1MDB’

3:26 petang(Dikemaskini3:59 petang)

AA

KES PINDA AUDIT 1MDB lSeorang saksi hari ini mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24 Feb 2016

Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan JAN tanpa pengetahuannya ( Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata beliau berbuat demikian sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu.

"Saya dilantik sebagai koordinator penyediaan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya (mesyuarat).

"Saadatul Nafisah tidak tahu yang saya menyimpan perakam dalam bekas pensil miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam itu daripada bekas penselnya sebelum membawanya ke pejabat," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram di hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Ditanya Sri Ram perakam suara itu milik siapa, Nor Salwani berkata ianya hak milik JAN.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak sempat memberitahu Saadatul Nafisah mengenai tindakannya meletakkan perakam tersebut ke dalam bekas pensil serta tidak berniat untuk menyorok perakam itu.

"Apabila saya diarah keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum mesyuarat itu bermula, saya nampak bekas pensel di atas meja dan saya terus masukkan perakam ke dalamnya," katanya.

Muhammad Shafee:Takkan kamu tidak ada etika untuk memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) bahawa kamu sebagai wakil audit kena meletakkan alat perakam untuk tujuan mencatit minit?

Nor Salwani:Ketika itu, saya dalam keadaan kekalutan..saya tidak berpeluang untuk menyatakan demikian.

Semalam, rakaman audio mesyuarat itu yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi.

Najib, 66, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

- Bernama

Sos: https://m.malaysiakini.com/news/500703?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0z4WBPyB2QNnKCT2f8NErNoY0GKg4BZzSg0WAt2FXspxRWeFoTns838jk

P/s: benda2 mcmni cacai mana nak bukak benang. Yg dia tau dubo jubo kubo jah. @dino @zorrro_03 @badaksumbu @silencekiller @kemaruk @lkick2113 @harisbee @tobby @Simunggu @nobito @Redskin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurlasttt acik salwani menambah kehangatan kes...ala2 Charles Angel gitcheww
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
haha sumbat je najib dalam sungai buloh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus gitu... Dah ada rakaman perbincangan takde siapa berani menipu mahkamah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
abis la ko najib
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:00 PM | Show all posts
Aku pernah buat camni sebagai proof big bos nak sailang staff yg dia tak suka. Yang cilaka nya time record tu dia suci murni pulak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2019 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepandai pandai najib mengepit, akhirnya jatuh tersimpuh jua
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sekor pun macai tak berani komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh la lawyer dia nak pusing2  lagi lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
najib dah boleh berkira kira ke sungai buloh sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni aku masih percaya najib bossku blh naik balik lepas ph tumbang sbb hauk sgt..tapi mmg muka tak tau malu betul bossku ni klau pertuduhan ni betul
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:41 PM | Show all posts
padan muka najib. kah5x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:47 PM | Show all posts
kalau boleh sumbat sekali dgn rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
boley percaya..itu suara saja...yg ada muka..bogel bogel pun tada orang purcaya...muahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Secretly recorded conversation without permission niw admissible evidence in Malaysias court keww
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ada recording dah inzal apa da hahaha yg aksi semburit satu dunia dah tgk pun tak kena aper2 hahaha hntr la ke US dulu utk pastikan authencity hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
True civil servant. Mantap acik.salwani
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 21-11-2019 05:09 PM
sekor pun macai tak berani komen

Kepala bapak kau....recording ti takde suara najib pun..dia x hadir masa meeting...kau lain la...mak bapak sundal... suka fitnah orang..tu masuk PH
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 21-11-2019 06:12 PM
Baru ada recording dah inzal apa da hahaha yg aksi semburit satu dunia dah tgk pun tak kena aper2 ha ...

suara najib ade ke tuh haha
bg la can mahacai happy baru bleh kluar gua..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2019 08:05 AM | Show all posts
cepatlah sumbat jibbi dlm sungai buloh.. dah lame sangat ni tak setel2, pastu jgn lupe sumbatkn sekali si "jarhead komidi", ku ngang, teksi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069630 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list