CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24802|Reply: 181

Farid Kamil dipenjara 9 bulan

  [Copy link]
Post time 27-11-2019 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 27-11-2019 04:50 PM

Farid Kamil dipenjara sembilan bulan

SHAH ALAM: Artis kontroversi, Datuk Farid Kamil, terpaksa merengkok dalam penjara sejak Khamis lalu, selepas rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara selama sembilan bulan ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam

Portal Berita Harian melaporkan, Farid yang juga suami kepada Datin Diana Danielle, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan itu selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.

Rayuan pelakon dan pengarah itu ditolak Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman dan mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu.

“Hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa sejak Khamis minggu lalu,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli kepada Berita Harian.

Portal berkenaan turut melaporkan, ketika prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu berlangsung, Farid Kamil, 38, hadir bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga dengan menunggang motosikal.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari pada Mei lalu, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri.

Bagaimanapun, selepas 35 hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit selepas permohonan rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 04:50 PM | Show all posts
semoga mendapat hidayah didalam sana bro
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2019 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 27-11-2019 04:50 PM
semoga mendapat hidayah didalam sana bro

Diana xdpt ape2 9 bulan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:02 PM | Show all posts
sian bini...kat ghumah jadik bewak...masuk penjara plop...tapi heloklah dr ngadap bewak idup membesorkan telor jek
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak doa ngkau tak diberi spesel treatment di pinjara.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:04 PM | Show all posts
kena rotan tak nanti macam ameng spring tu?
terus hensopppp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2019 05:06 PM | Show all posts
semoga insaf di dlm sana...kesian kt anak bini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
so, term kalau sabun jatuh jgn kutip bolehlah digunakan lagi kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu propa sngt diperdajal...hujungg2, khassssshhhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:14 PM | Show all posts
aik masuk penjara balik?
aritu masuk pastu dah keluar kan?

ni masuk balik ke?
bukan dia tgh on set crite rempit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah masuk jel. Duk luar menyusahkan org, menyusahkan bini n anak2. Mereputlah wahai melayu MULIA syurga @multinicky
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga insaf Ingat sikit kat anak bini..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap diana bertabahlah ye. Sian sheolls
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak betul muka bermasalah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:21 PM | Show all posts
dia kan tgh shooting dan mengarah filem kan
anaknya che mad tu pn berlakon sekali
jd sape yg nak abis kan shooting tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:25 PM | Show all posts
semoga membuka lembaran muka baru bila da keluar jail...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2019 05:25 PM | Show all posts
takziah. semoga insaf dan lebih menghargai family dan orang terdekat. semoga jadi pengajaran berguna la
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 27-11-2019 05:15 PM
Elok lah masuk jel. Duk luar menyusahkan org, menyusahkan bini n anak2. Mereputlah wahai melayu MULI ...

HATERZ NERAKA GTHHH PUIII....


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu minat dia.. bergambar dalam majalah buah di kolam renang.. pink je warna..

sekarang ni manis tu ada.. tapi tulah, semoga jadi lebih baik lepas ni k bang ayid? kena pandai pilih kawan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2019 05:35 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan diana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.868094 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list