CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4839|Reply: 49

[Tempatan] Kos Besarkan Anak Hingga Dewasa Di Malaysia Cecah Hampir RM300 Ribu – Kajian

  [Copy link]
Post time 6-12-2019 09:55 AM | Show all posts |Read mode




Membesarkan anak-anak terutamanya dalam keluarga yang besar memerlukan kos yang banyak. Tambahan pula jika tinggal di bandar dan berpendapatan rendah, pastinya tekanan untuk ‘mencukupkan’ kehidupan anak-anak akan lebih dirasai oleh ibu bapa.

Secara realitinya, kos bagi membesarkan seorang anak di Malaysia bukanlah satu kos yang kecil. Melalui satu dapatan kajian, anggaran kos membesarkan seorang anak di negara ini bermula dari fasa kehamilan sehinggalah anak tersebut mencapai umur sekurang-kurangnya 23 tahun mencecah hingga ratusan ribu.

Bagaimana dan berdasarkan apa kos ini dikira dan dinilai? Iluti penerangan yang jelas oleh Muhammad Wa’iz melalui Page Hello Doktor seperti di bawah.
Anggaran kos besarkan seorang anak di Malaysia hingga usia 23 tahun

Jika anda melihat kepada infografik di atas, kami telah memberikan anggaran jumlah terendah keseluruhan kos yang diperlukan untuk anda membesarkan seorang anak.

Kami memberikan dua pilihan anggaran kos, sama ada anda memilih untuk menggunakan kemudahan kerajaan yang bersubsidi atau memilih menggunakan perkhidmatan swasta.
Kehamilan dan keperluan bayi

Kos kehamilan yang diperlukan antara kedua-dua fasiliti kerajaan dan swasta sememangnya mempunyai perbezaan yang agak besar. Jika anda mendaftarkan diri di klinik atau hospital kerajaan, anda hanya memerlukan kos sekitar RM200 hingga RM300 sahaja termasuklah caj wad harian.

Manakala bagi hospital atau pusat perubatan swasta, anda boleh mendapatkan perkhidmatan serendah RM4,000 sehingga RM20,000 bergantung kepada jenis hospital dan pilihan pakej anda.

Umum mengetahui, bermula 1 Januari 2020, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi bayi dalam kereta bagi meminimumkan kadar kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak akibat impak kemalangan.

Oleh itu, kami telah memasukkan harga kerusi bayi ini sebagai antara kos wajib yang perlu dibelanjakan oleh golongan ibu bapa atau penjaga untuk anak-anak mereka. RM150 adalah anggaran terendah yang kami berikan kerana kami tidak mahu mencadangkan kerusi bayi yang lebih murah daripada harga tersebut.

Soal keselamatan kanak-kanak adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi! Kerusi bayi yang terlalu murah belum tentu selamat digunakan.
Kos persekolahan kanak-kanak

Bagi ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah milik kerajaan, yuran yang dikenakan untuk tempoh setahun pembelajaran boleh dikatakan agak rendah.

Walau bagaimanapun, kos bagi mempersiapkan anak ke sekolah seperti alat tulis, buku-buku, uniform sekolah, dan belanja harian, perlu diambil kira. Manakala bagi sekolah-sekolah milikan swasta sama ada sekolah rendah atau menengah, kos tahunan akan meningkat sekali ganda daripada kos keseluruhan tahunan sekolah kerajaan.

Ini kerana, anda perlu membuat pembayaran kos operasi sekolah tersebut dan pelbagai jenis yuran-yuran lain yang tidak terdapat di sekolah kerajaan.
Pembiayaan ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi

Bagi anak-anak yang memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat asasi Universiti Awam atau matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos tahunan juga boleh dikatakan agak rendah kecuali kos pendaftaran pengajian.

Ini kerana yuran pengajian telah diberikan subsidi dan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM350 bagi yuran pengajian dan RM360 bagi yuran penginapan setiap semester.

Pelajar yang mendaftar di asasi Universiti Awam juga akan diberikan elaun sebanyak RM1,250 setiap semester bagi mereka yang layak. Antara Universiti Awam yang menawarkan program asasi ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Jika anda memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta atau IPTS sebagai destinasi pengajian tinggi pertama untuk anak anda, kos tahunan yang diperlukan adalah sebanyak tiga kali ganda daripada kos pengajian di Pusat Asasi Universiti Awam atau Kolej Matrikulasi KPM.

Bagi pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, kos yang diperlukan bagi pengajian di Universiti Awam adalah sekitar RM20,400 bagi tempoh setahun. Ini bergantung kepada yuran pengajian setiap semester sama ada kurang atau lebih daripada jumlah RM1,000 bagi setiap semester.

Manakala bagi IPTS, ia bergantung kepada jenis IPTS itu sendiri. Bagi IPTS yang berstatus tinggi dan lebih berprestij seperti Taylor’s University atau INTI University, kosnya adalah lebih tinggi berbanding universiti atau kolej universiti swasta biasa.

Jika anak anda mendaftarkan diri ke universiti-universiti luar negara yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia, kosnya akan menjadi lebih tinggi. Bagi mereka yang mungkin masih tidak tahu, Malaysia merupakan rumah kepada beberapa kampus cawangan universiti luar negara yang ternama.

Antaranya termasuklah University of Reading dan Newcastle University (UK) di Johor Bahru, Heriot Watt University (UK) di Putrajaya, Monash University (Australia) di Subang, University of Nottingham (UK) di Semenyih  dan Xiamen University (China) di Sepang.
Cadangan bagi mereka yang ingin mengurangkan kos

Terdapat beberapa perkara yang mungkin anda boleh ikuti bagi mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung dalam membesarkan anak anda. Antaranya adalah:

    Bagi kelengkapan bayi seperti baby walker dan buaian, anda mungkin boleh mendapatkannya melalui pembelian secara second-hand atau meminjamnya daripada saudara mara anda sendiri.
    Bagi mereka yang tinggal di kawasan Perumahan Awam (PA) atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anda boleh menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma yang disediakan oleh DBKL.
    Selain itu, bagi anak-anak yang kerap menggunakan perkhidmatan LRT, MRT atau mana-mana kemudahan pengangkutan awam yang diselia oleh RapidKL, anda boleh memohon Pas Pelajar untuk kegunaan anak anda.
    Bagi anak anda yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, pilihlah pusat pengajian yang menyediakan kemudahan biasiswa dan pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)

Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar, kos yang diperlukan sememangnya lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar.

Namun, kerajaan juga menyediakan beberapa inisiatif tertentu terutamanya kepada golongan bersasar seperti B40 dan M40 bagi mengurangkan beban tanggungan menyara keluarga.

Gunakan kesempatan ini secara maksimum kerana kemudahan dan inisiatif yang diberikan ini sememangnya untuk kesejahteraan rakyat. Rajinkan bertanya kepada petugas-petugas di jabatan-jabatan atau pusat perkhidmatan kerajaan bagi mendapatkan maklumat berkenaan inisiatif semasa yang disediakan oleh kerajaan.

Sumber : Hello Doktor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 10:19 AM | Show all posts
mula2 lagi dah fail calculation dia..

pahal lak nak jumlahkan kos bersalin normal dgn c-sect.

kos utk seorang anak, tapi beranak 2 kali....patutnya salah satu je la dia ambil utk pengiraan.

ke aku yg salah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu cina anak x ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 6-12-2019 10:19 AM
mula2 lagi dah fail calculation dia..

pahal lak nak jumlahkan kos bersalin normal dgn c-sect.

Haah kan. Tp oklah plus minus still around tu jg kos besarkan anak. Kalau yg nak hasil berkualiti lah. Kalau yg so so je, murah la sikit kos nye hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nak ot.. selalunya yg bagi tips perbelanjaan ni la yg paling banyak berhutang, paling bermasalah dalam menabung, paling celaka dalam persahabatn
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
apasal tuition mahal sgt? knp mesti tuition? ajar sendiri kat rumah xble ke? pesan anak2 kat kelas tips nak pandai bila cikgu ajar dengar dgn betul dan faham. X faham terus tanya. Tips sayalah.... sbb dulu xd gi tuition pun.. cuma add maths tu sebulan bfr spm gi kelas cikgu ajar.. lulus jugak pee.

rasa mcm x accurate la... too luxurious nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2019 11:05 AM | Show all posts
Lebih kurang macam ni perbelanjaan iols untuk anak2...cuba darabkan dengan 4..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:09 AM | Show all posts
zaman sekarang ibu bapa go for quality..not quantity...tapi if you want quality products, you need to pay more la...nak subsidi-subsidi bumiputra ni maaf lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kos pemainan murah sgt tu hihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
calculation expenses sek ren gomen ngn swasta tgk gitu pon dah salah..
tak accurate ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:08 PM | Show all posts
aku kesian dgn budak2 skrg bila parent diorang ambik lewa jer kos kehidupan skrg...

ngelat byr yuran, taknak beli buku utk anak.. anak lemah dalam pelajaran pun biarkan... kadang2 anak pegi sekolah dalam kelaparan....

tapi nanti ada lah org cakap anak byk murah rezeki...mcm mana lah nak dpt rezeki byk kalau amanah Tuhan pun tak reti nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:36 PM | Show all posts
pumpkingirl replied at 6-12-2019 11:10 AM
Kos pemainan murah sgt tu hihi

beli kat kedai eco atau daiso sajakot

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:46 PM | Show all posts
Walaupun nampak tak berapa nak accurate sekurang2nya boleh beri kesedaran buat mereka yang malas nak mengira
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:58 PM | Show all posts
cam komen2 kat atas , tak tpt. Skolah rendah bayo tuisyen sampai rm400/month ? what?

But vleylah jd rujukan pd bbnu yg gatal nak kawen beranak. Pastu terkejut vlanje anak besar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok ke apa sekolah kerajaan lagi mahal dari swasta.
Dah pengasuh pastu tadika lagi.. Lampin rm60 setahun? Pakai yang recycle ke.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 6-12-2019 12:36 PM
beli kat kedai eco atau daiso sajakot

Beli kat kedai rm2.. Dah 30mainan haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2019 01:03 PM | Show all posts
nak mengira pon tak sempat tup tup dah besar
susu budak2 ni aku paling terkesan
kali 4 berapa tu
tapi syukurla..selagi kita usaha tanpa merungut Allah akan tambah rezeki dan permudahkan.

ni belom apa2 dh calculate.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 01:04 PM | Show all posts
Kerana apa tuition tuition ini. bukankah surirumah sekarang claim ramai yang ada master phd. Boleh mengajar sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 6-12-2019 12:58 PM
cam komen2 kat atas , tak tpt. Skolah rendah bayo tuisyen sampai rm400/month ? what?

But vleylah ...

tu bajet golongan.. marhain biasa takdenya gitu..,

insuran pun tarak. tp mmg kos tinggi.. melainkan ibu bapa yg hrp ptptn anak blaja
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos car seat dah masuk ke belum tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.102326 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list