CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19185|Reply: 66

Edisi speku-pelakon wanita ditipu suami dari Indonesia

[Copy link]
Post time 7-12-2019 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 7-12-2019 09:39 AM

Auta suami dari seberang

Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my

MAHLIGAI bahagia diimpikan seorang pelakon wanita berkecai apabila ‘ahli perniagaan’ Indonesia yang baru dikahwininya dikenal pasti sebagai penjenayah dikehendaki polis.
Artis berusia lewat 30-an itu langsung tidak mengesyaki identiti suaminya berusia 54 tahun berikutan lelaki itu bijak bersandiwara dan mendakwa dia jutawan.

Malah, lelaki terbabit yang pernah bertanding pada pilihan raya di Indonesia sebelum ini sengaja menayangkan kemewahan dimiliki untuk meyakinkan pelakon berkenaan termasuk mangsa lain ditipunya.

Bagaimanapun, perkahwinan rahsia pada Ogos lalu musnah selepas lelaki terbabit menghilangkan diri sejurus beberapa mangsa ditipunya tampil membuat laporan polis.

Pelakon yang juga pengacara wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sha itu berkata, dia mula mengenali lelaki terbabit ketika syarikatnya sedang merangka projek mengendalikan acara sukan di ibu negara, September lalu.
Menurutnya, seorang artis senior memperkenalkan suaminya itu yang didakwa sedang mengembangkan perniagaan ke negara ini selain sanggup menaja program sukan bakal dijalankan itu.
“Dia bersetuju memberi tajaan AS$2 juta (RM8.3 juta).
“Malah, bagi meyakinkan saya dan kakitangan lain, dia menunjukkan sikap pemurah dan gemar memberikan wang,” katanya.
Menurutnya, pada masa sama lelaki terbabit kerap menyatakan hasrat mahu mengahwininya dan niatnya dinyatakan berulang kali.
“Mulanya saya malas memikirkan ajakannya namun selepas kerap didesak saya akhirnya mengalah.
“Kami berkahwin di sebuah masjid di selatan Thailand,” katanya.
Sha berkata, sebaik pulang suaminya menyewakan banglo empat tingkat di Subang Jaya, tetapi dokumen sewa RM5,000 sebulan itu menggunakan namanya kerana lelaki itu belum menjadi penduduk tetap.
“Suaminya berbelanja sakan membeli pelbagai perabot dan barangan elektrik dan membayar tunai hampir RM200,000,” katanya.
Bagaimanapun, masalah mula timbul apabila sepasang suami isteri warga Indonesia menghubunginya memaklumkan sudah menyerahkan wang lebih RM1 juta kepada suaminya itu.
“Malah, ramai mangsa lain membabitkan warga Indonesia mendakwa diperdaya suami kononnya wang itu mahu digunakan untuk pelaburan dan pembelian saham di Malaysia,”katanya.
Menurutnya, menyedari ada antara mangsa membuat laporan polis di negara ini, suaminya melarikan diri sejak November lalu.
“Hasil siasatan dan semakan mendapati suami saya pernah disiasat di Indonesia berhubung kes rasuah membabitkan nilai Rupiah 35 miliar (RM10.4 juta) beberapa tahun lalu.
“Susulan itu, saya buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya baru-baru ini berikutan bimbang dituduh bersubahat dengan suami,” katanya.
Lebih menyedihkan, katanya dia berdepan tindakan mahkamah apabila tidak mampu melunaskan baki sewa rumah banglo terbabit lebih RM5,000.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya yang dihubungi memaklumkan pihaknya tidak mengesan pergerakan keluar suspek dari negara ini melalui laluan yang sah.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti pelakon extra..ngn pengacara berita sukan kt tv syok sdiri memana tah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape nie wei?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ceh mngalah setelah didesak konon.. propahhh..pdnhal mmg gelap mata tgk org tua tu bnyk duit kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
program sukan apa bulan september ari tu? bulan sukan negara ke? pelakon sendu & bekas pengacara sukan tv3 yg iols kenal ada sorang je. dia agak sporty la.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 10:11 AM | Show all posts
uiii sape okt ni weh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2019 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Clue penah belakon, jadi pengacara. Umo mid 30s. Terlibat dgn program sukan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengacara suam2 kuku ni.. ntah pengacara online mana ntah... umur 54 laki ko?? Euuwww tuanya... tp sbb nmpk kaya kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok pic ni di HM dari belakang nampak mcm Hasnida Hanim tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:04 AM | Show all posts
Cubela seru kak kiahronggeng kot2 dia ada info
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasnida Hanim whooo?
Apsal kena kawen kat Siam?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:07 AM | Show all posts
F685 replied at 7-12-2019 11:01 AM
Tengok pic ni di HM dari belakang nampak mcm Hasnida Hanim tu

Bukan kot...Hasnida rambut pendek, ni rambut panjang disepit ke atas...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:33 AM | Show all posts
konsep asal berlaki la nii.mintak jadi pengajaran buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
SashaBasir??
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 800214 at 7-12-2019 11:49 AM
F685 replied at 7-12-2019 11:01 AM
Tengok pic ni di HM dari belakang nampak mcm Hasnida Hanim tu


Aishh..hasnida masih isteri org. Dia ex schoolmate I.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:50 AM | Show all posts
Pixie902 replied at 7-12-2019 11:07 AM
Bukan kot...Hasnida rambut pendek, ni rambut panjang disepit ke atas...

lg pon hasnida tak pernah berlakon kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 7-12-2019 11:50 AM
lg pon hasnida tak pernah berlakon kan

Pernah. Zaman dulu kala. Tp I yakin bkn dia. Suami dia muda lg. Anak 2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aina su****y ke..takut nk sebut nama kang xmasal salah org..dia melayu siam kn asal kelantan..tapi umur dia baru 28..ni mesti pengacara suam2 kuku kot

Ig dia macam dah deactivate bru nk skodeng..sebelum ni aku follow sebab suka dia lawa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
awal lagi masuk bod ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi gambar tu nampak cam dia..mata besar kurus itam manis..rambut itam pekat..gituh aku punya minat semua telek..cuma umur tu xsama la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.501302 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list