CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52513|Reply: 573

Neelofa sedih sikap Melayu jatuhkan Melayu

   Close [Copy link]
Post time 7-12-2019 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 7-12-2019 11:35 AM

Neelofa sedih sikap Melayu jatuhkan Melayu

Kecewa dengan isu susu pisang, Neelofa menganggap hal itu berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri.
Pengacara dan pelakon itu berkata, dirinya yang julung kali berkecimpung dalam perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B) wajar diberi peluang menapak terlebih dahulu dan bukannya dikecam tanpa usul periksa.

"Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.
"Saya rasa banyak lagi produk di luar yang tak menepati piawaian tapi hanya kerana saya ada nama dalam industri dibuat begini.

"Itu sebab saya sedih orang Melayu nak jatuhkan Melayu. Saya rasa sikap tu perlu tukar," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di NH Prima International Sdn Bhd di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, dia juga berasa kecewa dan terkilan apabila banyak pihak menokok tambah isu berkenaan.
"Mana sokongan? Kalau nak lebih ramai anak Melayu berjaya ni bukan sikap yang kita mahukan," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial produk jenama Nilofa itu didakwa antaranya mampu mengurangkan obesiti, tekanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma.

Netizen berpendapat produk berkenaan tidak mampu memberikan khasiat kesihatan seperti yang didakwa berikutan mempunyai kadar kandungan gula yang tinggi.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya hari ini memberi amaran semua penjual atau ejen-ejen produk makanan agar menghentikan pengiklanan yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

KKM memandang serius penjualan dan pengiklanan produk susu pisang yang membuat akuan dilarang di media sosial dan media cetak.

Tiada tindakan diambil KKM

Mengulas lanjut, kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor itu, tiada tindakan diambil KKM atas isu berkenaan.
"KKM sudah membuat penelitian ke atas produk selain memeriksa kilang baru-baru ini.

"Mereka datang kilang untuk menyiasat dan teliti segala-galanya. Mereka tak boleh ambil apa-apa tindakan sebabnya pada kotak atau label produk kami tak ada membuat dakwaan apa-apa tentang kesihatan atau khasiat yang boleh merawat obesiti dan sebagainya.

"Cuma kami perlu memperkemaskan aspek pembungkusan produk menjadi susu berperisa pisang," katanya.

Maklumat pada risalah

Neelofa berkata, siasatan dalaman mendapati maklumat pada risalah produk yang tular diedarkan pada sidang media oleh agensi promosi yang dilantik baru-baru ini tidak mendapat maklum balas ibu pejabat terlebih dahulu.

“Ketika saya menubuhkan syarikat ini, kumpulan saya sangat kecil. Jadi urusan pemasaran, operasi dan penjenamaan diserahkan kepada pihak lain.
“Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tak diedarkan.

“Fokus saya (untuk produk) bukan untuk membantu atau merawat. Kami memberi tumpuan pada produk gaya hidup," katanya yang akan memastikan segala kenyataan berkenaan produk akan diperketat selepas ini.

Berkenaan kandungan gula, Neelofa berkata, dia mengalu-alukan pihak yang mempertikai untuk membuat perbandingan dengan produk susu pisang lain.
"Saya nak minta siapa yang pertikaikan beli susu di luar sana bandingkan dengan (susu) Nilofa.

"Setakat ni antara susu pisang jenama lain di Malaysia kami punya kandungan paling rendah iaitu 9.5 gram berbanding lain yang kebanyakannya adalah 10 dan 11 gram," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh, bkn melayu jatuhkan paki ke? Cube tanya dek mira
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana kalau melayu tipu melayu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Diri ini turut merasai kesedihan lofa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikk.. Ang tu paki.. Bukan melayu.. Kan adik ang dok canang sana sini bukan Melayu.. Tiba2 guna race card pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik ko ckp korg satu family bukan melayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Another cash...

Kayakan..  asyik dpt cash je.
Next time biar lebih ikhlas dan jujur... jgn bongkak dan sombong. Be humble..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Org salah biasalah.. Ujung2 main race card..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
At one point, she’s right tho. Bangsa melayu ni paling cepat kalau nak menjatuhkan bangsa sendiri. But she’s still in the wrong pasal overclaim about isu susu pisang tu. If dia tak buat overclaim tu, mungkin orang tak bising sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:45 AM | Show all posts
ehhh sedap ke susu pisang? kt mane nk try?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:46 AM | Show all posts
woi adik ko ckp mlayu pun pelat siak...ko kan bangga kata ko keturunan paki...bila masa plak ko claim melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:48 AM | Show all posts
smalam aku baca kt mana ntah dia nk salahkn org yg buat brosure tu pulak sbb dia kata brosure tu bukan dr pihak dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap..sekarang ni lopa n family melayu pulak ke? Sudah tukar? Bukan all this while tak mengaku melayu ke?? Kata darah arab, siam n pakistan selama ni... sekarang bila kena kutuk, salah kan bangsa melayu pulak? Apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sesi bgtau pasal khasiat "susu pisang" dia tu siap ada satu slot masa conference. Dia ada kt situ... backdrop besar2 print ada kt situ. Siapalah "agensi" yg dia hired tu... mesti nyesal serah bulat2 kan? tu lah..lain kali nak bisnes..belajar biar abis.

Sepatutnya melayu melayu yg bayar yuran nak join conference tu yang patut marah sbb kena tipy dgn melayu scammer dgn melayu celup paki

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
selama ni minat juga ngan lofa but baca kenyataan dia ni "Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang." menyirap la pula..
.
harlooo takdenya bangsa lain nak tepuk tangan bla3 kekonon dia dijatuhkan, sbb tk ramai pun cainis kenal kao..puikss..dh buat salah tak mengaku pastu play racism card, idiot!
.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:00 PM | Show all posts
acik2 kepam yg dok over claim kat bodgos nih nak salahkan hajjah pulak . sendiri dok buat andaian . sendiri rengsa.   sah2 la ayah hajjah tu melayu .  dan ameera ayah die bukan melayu. bodo tu simpan la sikit .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lee_sakura replied at 7-12-2019 11:48 AM
smalam aku baca kt mana ntah dia nk salahkn org yg buat brosure tu pulak sbb dia kata brosure tu buk ...

Aku tgk memey puaka.. Dia mmg salahkan stokis /agent dia..cuci tangan kata bukan salah dia.

Hahahahaa.. Sapa yg memuja dia patut sedar la.. Angpa setaraf sampah bila tak berguna pada dia dan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ChemicalRomance replied at 7-12-2019 11:44 AM
At one point, she’s right tho. Bangsa melayu ni paling cepat kalau nak menjatuhkan bangsa sendiri.  ...

kau tak payah nak main bangsa sangat. Bangsa cina..bangsa omputih kalau ada produk2 menjahanamkan org ramai..menipu orang ramai...dah lama diorg buat undang2 buat akta..nak lindung org ramai. Belajar kenal2 sikit mcm mana bangsa lain boleh maju.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:05 PM | Show all posts

yg selama ni melayu2 dok sapot bisnes beli tudung hargayahudi dia tu bukan melayu ker??
bila kena tegur sikit, teruih play card melayu nk jatuh melayuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kredit : Dr Amalina Bakri

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.137314 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list