Kongsi Tular
ADVERTISEMENT

hussaini4675 Lv.11

Fav
Highlander | Credits 10138   
Lokasi nahas pesawat MH653 di Tanjung Kupang, Johor. Kredit foto: Facebook


Selain misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, persoalan membabitkan insiden rampasan pesawat MH653 yang berlaku pada 4 Disember 1977 masih belum dapat dirungkai sehingga kini.


Memetik maklumat dalam laman Facebook Aviation Accidents / This Day in History, pesawat Boeing 737-2H6 itu berlepas pada pukul 7.21 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.


Ketika kapal terbang itu turun ke aras 4000 kaki menghampiri Kuala Lumpur, juruterbang melaporkan pesawat telah dirampas dan perampasnya mendesak penerbangan diteruskan ke Singapura.

Bangkai pesawat MH653. Kredit foto: Facebook


Tidak berapa lama kemudian, dilaporkan perampas menembak kedua-dua juruterbang sebelum menembak dirinya sendiri.


Rakaman kotak hitam membayangkan kemungkinan perampas memecah masuk ke dalam kokpit dan seorang penyiasat membuat spekulasi tentang seorang individu cuba mengemudi pesawat selepas kedua-dua juruterbang dibunuh.


Namun, usaha itu gagal dan menyebabkan pesawat menjunam secara mendadak sebelum terhempas ke dalam kawasan paya berhampiran Tanjung Kupang, Johor.


Pihak berkuasa melakukan siasatan di lokasi nahas. Kredit foto: Facebook




Pesawat itu hancur manakala semua 93 penumpang dan tujuh kru pesawat MH653 terkorban dalam nahas udara paling buruk di Malaysia.


Antara yang terbunuh ialah Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid dan Duta Besar Cuba ke Jepun,  Mario Garca Inchustegui.


Mereka dikebumikan di Memorial Tragedi Tanjung Kupang di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.


Memorial Tragedi Tanjung Kupang. Kredit foto: Facebook


Identiti dan motif perampas pesawat tersebut tidak diketahui dan masih menimbulkan tanda tanya sehingga hari ini. - CARI
5808 Views
17 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Kurex Lv.14 2#

Fighter | Credits 29170   
kenapa kena peegi singapore..

Kenabertaubat Lv.6 3#

Pioneer | Credits 1137   
Orang yang hijack tu tak pandai bawak kapal terbang ke? Dah la pegi tembak pilot. Tembak diri sendiri pulak tu

MissLana Lv.8 4#

Honour | Credits 2088   
mcm pernah baca thread psl kes ni before kt forum. Hijacker tu VVIP menteri tu kot, dia ada pistol and terlibat kes rasuah so polis dah standy nak tangkap tunggu kt airport, dia takut tu yg hijack flight tu nak g Singapore kan nak larikan diri
Follow Us

Boomibulat Lv.14 5#

Fighter | Credits 28142   
Edited by Boomibulat at 9-12-2019 11:24 AM

sedihnya...

Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register

Ina8895 Lv.5 6#

Minder | Credits 925   
Masa ni takdak body search kot. Scanner pun takde

miszclassique Lv.10 7#

Survivor | Credits 6564   
Dulu tahu pasal tragedi tanjung kupang ni pun dari novel waktu sekolah menengah...kesiannya mangsa

ADVERTISEMENT


Ina8895 Lv.5 8#

Minder | Credits 925   
Quote: miszclassique: Dulu tahu pasal tragedi tanjung kupang ni pun dari novel waktu sekolah menengah...kesiannya mangsa


Apa tajuk novel tu?

MissLana Lv.8 9#

Honour | Credits 2088   
Quote: Ina8895 replied at 9-12-2019 02:28 PM
Apa tajuk novel tu?

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tragedi_Empat_Disember


ini novelnya, untuk KOMSAS Ting. 2

Perawankota Lv.13 10#

Challenger | Credits 15663   
Ada baca kt mastika dulu.. Tp yg seram, bila penduduk kt situ dgr Mcm2 bunyi kt tmpt kejadian....

HannahMontana 11#

Troublemaker | Credits -5352   
isu politik juga , menteri tahulah.

mmg kapal tu dirampas , dan pilot ditembak.

bitterchoc Lv.11 12#

Highlander | Credits 7893   



Oh yang ni. Pernah terbaca somewhere lepas kejadian ni lah stesen TV (RTM je la masa tu) mulakan siaran dengan bacaan al-quran. Pastu masa Search n Rescue, ada sorang team member tu tergosok muka dia dan terasa manis kat mulut. Rupa2nya, rasa macam lemak daging bakar dari cebisan jenazah mangsa.

miemiecha Lv.10 13#

Survivor | Credits 6490   
pernah baca dulu, sedih kes nih

che_gaia Lv.4 14#

Keeper | Credits 582   
Tau pasal cite ni dari novel komsas Tragedi 4Disember.gigih baca sebab soalan kuar dalam exam..hahaha..byk kali jumpa penulis,tapi tak pulak tergerak hati nak tanya kisah di sebalik nye.

bellaamsar Lv.10 15#

Survivor | Credits 5162   
Sedihnya..

ADVERTISEMENT


addved Lv.9 16#

Adventurer | Credits 4318   
My father was supposed to be on that flight but requested a last minute change from the ministry sebab my mom was about to give birth to my brother. We could never talked about this because he lost a friend that took his place instead. Alfatihah.

Daftpunk_shine Lv.7 17#

Revolutioner | Credits 1285   
Aku tulis sikit petikan buku Malaysian Murders and Mysteries oleh Andrew Sagayam dan Martin Vengadesan,

“The goverment tried to blame it on the Japanese Red Army (JRA)”
(Sebab dua tahun seblom tu ada hostage crisis oleh JRA dia amek tebusan 50 org kt Aia Building jalan ampang)

“But actually, when you hear the black box recordings it was revealed not to be so. The hijacker was NOT part of a group of Japanese terrorist.

He was a desparate lone ranger acting irrationally. Not only that, HE WAS PART OF THE ENTOURAGE OF ONE OF THE SENIOR GOVERMENT OFFICIALS!”

Daftpunk_shine Lv.7 18#

Revolutioner | Credits 1285   
Officially, the case remains unsolved, but sources make it clear that the hijacker was a Malaysian who was part of the group of officials on board.

All contents are displayed