"Seorang Dak'aih!! Betui ka hang cerai? Dak'aih! Betui ka hang kahwin lagi? Dak'aih! Itulah seorang Dak'aih!"
Kredit foto: IG
Pelakon Aqasha menerusi Instagramnya menyindir seorang pendakwah dipercayai seorang Da'i yang menafikan atau 'dak’aih' mengenai status perkahwinannya.
"Jangan ingat kopiah dan jubah melambangkan ketebalan Iman dan dihampiri tuhan.
"Jadi, sebelum galak nak bercerita pasal hukum tuhan, elok periksa akhlak sendiri dulu. Lagipun, pengetahuan agama ni bukan pertandingan," tulisnya di Instagram.
Kredit foto: IG
Ramai juga bersetuju dengan kata-katanya itu.
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, Aqasha juga memberi bayangan sudah bosan dengan industri seni tanah air yang umpamanya tiada perkembangan.
Kredit foto: IG
Macam marah benar gayanya. Sampai nak berlakon cerita mahkluk asing pula. - CARI
|