CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8256|Reply: 60

[Tempatan] IPT dah drop 55 program engineering. Tak ada masa depan di Malaysia

  [Copy link]
Post time 11-12-2019 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Isu kebolehpasaran graduan kejuruteraan: Universiti mansuh 55 program



KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 program kejuruteraan di universiti tempatan di negara ini digugurkan atas pelbagai faktor, termasuk tiada permintaan daripada pelajar serta kandungan kursus pengajian yang hampir sama di setiap universiti.

Ia juga hasil kesedaran universiti yang mahu menyediakan graduan kejuruteraan yang mempunyai kebolehpasaran serta seiring dengan kemajuan dalam bidang teknologi tinggi semasa.

Mendedahkan demikian, Pengerusi Majlis Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC), Prof Ir Megat Johari Megat Mohd Noor, berkata pengguguran 55 program kejuruteraan itu membabitkan lima universiti awam (UA) dan tujuh universiti swasta.

Lima UA berkenaan ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Universiti swasta yang terbabit INTI International University (INTI), Universiti Selangor (UNISEL), MAHSA University, Universiti Multimedia (MMU), University of Nottingham Malaysia (UNMC), Swinburne University dan Manipal International University (MIU).

Beliau yang juga Ahli Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menjelaskan, faktor lain membawa kepada penamatan program yang ditawarkan ialah penggabungan dua atau lebih program yang hampir sama serta perubahan nama program selari dengan perubahan struktur pengajian.

“Sebagai contoh bagi program kejuruteraan elektrik, ada universiti memberikan pelbagai nama, namun dari segi kandungan pengajian dan latihan amali adalah sama.

“Ada pula universiti menyediakan banyak kursus yang perlu diikuti pelajar tapi kita mengesan sekurang-kurangnya hanya lima kursus yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, LJM dan EAC sebenarnya sudah lama menyedari perkara itu tetapi tidak mahu mengongkong universiti sebaliknya memberi garis panduan untuk menentukan mana-mana kursus yang ditawarkan agar graduan memiliki kebolehpasaran yang lebih tinggi.

“LJM misalnya tidak boleh berkata ‘tidak’ kepada mana-mana universiti kerana setiap institusi mempunyai perancangan tersendiri termasuklah bersama-sama dengan industri. Kami beri kebebasan tetapi dengan kawalan yang ketat,” katanya ketika ditemui BH.

Megat Johari menjelaskan, antara kawalan itu adalah menetapkan 12 ciri dalam pengeluaran seorang jurutera antaranya mesti berasaskan ilmu dalam sains dan matematik serta mampu melaksanakan analisis, reka bentuk dan kewangan.

“Universiti wajib berpandukan kepada 12 ciri ini untuk menghasilkan seorang graduan kejuruteraan dan bagaimana program itu diaturkan, ia ditentukan sendiri oleh universiti,” katanya.

Katanya, beberapa institusi pengajian tinggi sudah memberi fokus menyediakan graduan teknologi kejuruteraan yang mampu memberi impak positif dalam bidang kejuruteraan negara.

“Institusi ini mengurangkan program kejuruteraan, sebaliknya menambah program teknologi kejuruteraan yang dilihat amat diperlukan oleh kebanyakan industri yang beroperasi di Malaysia.

“Perubahan ini membawa kepada keseimbangan nisbah jurutera negara dengan jurutera teknologi yang diperlukan,” katanya.

Ditanya kemungkinan ketiadaan penawaran program berkenaan akan menyebabkan pengeluaran jurutera baharu negara menurun, Megat Johari menjelaskan, LJM tidak melihat perkara itu sebagai penurunan permintaan sebaliknya memberi perkembangan yang baik kepada industri negara.

“Institusi pendidikan negara perlu menentukan kesesuaian program dengan kebolehan dan kelulusan pelajar yang akan mengambil program mereka. “Mereka boleh menjadi yang terbaik apabila pihak industri mampu mengenal pasti program yang sudah menjadi penanda aras pada peringkat dunia,” katanya.

September lalu, BH melaporkan 38 program akademik di 19 universiti awam seluruh negara digugurkan kerana dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa dan masa depan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat kerana bidang pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda terbabit, tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Biras iols amek kejuruteraan telwkomunikasi
Mmg susah nak lompat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:13 PM | Show all posts
Key point dia adalah kat bawah sekali

keputusan itu dibuat kerana bidang pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda terbabit, tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:28 PM | Show all posts
so dorang nak buat apa dengan existing students
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:41 PM | Show all posts
patot kena buat ijazah kabel @ orang dalam......yg tu paling penting
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya graduan jobless pilih kerja gred 19 gov sajork...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa UM buang yg core engineering... civil? chem? hairan. walhal uni lain buang yg specific tu bolehla difahami
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pensyarah jg bakal diberhentikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cassriena replied at 11-12-2019 12:44 PM
kenapa UM buang yg core engineering... civil? chem? hairan. walhal uni lain buang yg specific tu bol ...

Dia tulis mgkin akan dtukar nma atau pengstrukturan smula prog.
Utm xde lnsung kan. Msa bbrp bulan lpas uni awam buang kos x eelevan utm pon xde gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk kos eng elektrik
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mechatronics pun? takpe bljr online jah
teringat kat poli dulu mechatronic ni hanya ade sorg je pompuan.. makin takde sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
UTM terselamat. sbb dia core pioneer universiti tuk technical ni dari dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:36 PM | Show all posts
kalau takde pekerjaan sebagai jurutera...jadilah pengarah filem blue...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hazabnya kalau mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la... biar yg betul2 berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 11-12-2019 12:56 PM
Pensyarah jg bakal diberhentikan

ye jugak eh... bukan stakat graduan ja jobless... sedihh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 02:48 PM | Show all posts



elok tindakan tu
kena relevan dgn zaman laaa

regards
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 02:58 PM | Show all posts
Takziah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah beratus ribu menganggur baru nk stop.
Patutnya stop 15 taun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejuruteraan tekomunikasi tu bidang studynya mcm mana...bukan ttg internet2 tu ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.097124 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list