View: 2499|Reply: 21
|
[Tempatan]
Kehidupan sebagai seorang isteri. Dah la kena pukul dengan rotan. Terbaru suami
[Copy link]
|
|
Tidak mengaku ugut bunuh, simbah asid isteri
PENGANGGUR mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan mencederakan dan mengugut untuk membunuh serta menyimbah asid terhadap isterinya, bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Saliheen Bakar, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, bapa empat anak itu didakwa sengaja mencederakan isterinya berusia 32 tahun menggunakan rotan di bilik tidur rumah mereka di Kampung Padang Temu, pada 2 pagi, 17 November 2019.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengugut untuk membunuh dan menyimbah asid terhadap wanita berkenaan yang juga pembantu kedai makan di lokasi dan waktu yang sama.
Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazuin Hashim yang menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tertuduh diikat jamin oleh isterinya sahaja.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan.
Norma kemudian membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan selain mengarahkannya untuk tidak mendekati mangsa.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Disember 2019 |
|
|
|
|
|
|
|
Berita bosan . Takde penyelesaian. Masuk court pon bukan boleh bayar gantirugi. Duit ikatjamin tu baik le bagi kat wife pastu ngko boleh brambus |
|
|
|
|
|
|
|
wahai isteri, tunggu apa lagi? Minta lah fasakh. Dah kena pukul dgn rotan, ugut2 dgn asid...kesiankan diri sendiri dgn anak2 tu....Report polis dah ada, ambil report perubatan, bukti dah kukuh .... jgn pulak kena pujuk2 jadi kesian pulak. Manusia mcm tu bukan senang nk berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak paham sebenarnya kau nak jd apa? nak jd pembunuh ke penjenayah ke mmg layak duduk penjara, kalau nak jd suami yg baik lyn isteri elok2. tu je lah. nak harapkan kau kaya raya bg duit cukup utk tekak 4 org anak pun mcm susah kan. so baik berambus mati cpt dlm penjara yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau perempuan tak nikah... Ifan dok meroyan sibuk salahkan andartu kononnya memilih.. Tapi lelaki2 hamjad ni yg buat perempuan pikiaq byk kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 11-12-2019 03:07 PM
Ifan mana ni ??
Ifan jurucakap persatuan andartu... |
|
|
|
|
|
|
|
si istri..pls jgn u turn ek..
jgn sskali perabih duit nk jamin jantan gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2019 03:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lavender_Violet replied at 11-12-2019 03:07 PM
Ifan mana ni ??
Presiden merangkap Timbalan merangkap Setiausaha merangkap Bendahari merangkap ahli Persatuan Andartu |
|
|
|
|
|
|
|
Malang kahwin dgn org panas baran |
|
|
|
|
|
|
|
Apa hak kau nk merotan ank pompuan org?
Dahlah bini kena tanggung & kena keja kat kedai mkn.....
|
|
|
|
|
|
|
|
orang macam ni xboleh hukum bunuh ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
btol tuuu....jantan tak guna ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 11-12-2019 03:03 PM
Kalau perempuan tak nikah... Ifan dok meroyan sibuk salahkan andartu kononnya memilih.. Tapi lelaki2 ...
Ifan selalu meroyan pasal andartu tapi aku tgk perempuan andartu byk yg happy life diorang. Mmg ada yg kena tipu dgn scammer Nigeria tapi tak ramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Austronesian replied at 11-12-2019 04:59 PM
Ifan selalu meroyan pasal andartu tapi aku tgk perempuan andartu byk yg happy life diorang. Mmg ad ...
Biasa la ifan.. Bila ada kes penipuan je dia mesti salahkan perempuan. |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni akan berulang sampai kiamat.
cakap banyak pun tak guna.
masing2 punya pilihan, itu life yang ko nak, so hadap jer lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2019 05:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jgn ingat rupa handsome tu tak panas baran |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 11-12-2019 05:00 PM
Biasa la ifan.. Bila ada kes penipuan je dia mesti salahkan perempuan.
Mungkin dia meroyan sbb ada andartu yg reject dia kot? Kahkahkah lecturer Sains Bahan aku andartu happy je life dia aku tgk. Selalu dia bawak mak ayah dia pi jalan2 dan melancong. Siap suruh kite orang panggil mama lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|