Cimpanzi yang berusia 18 tahun dan diberi nama Yuhui itu tinggal di Taman Tema Lehe Ledu di Chongqing, dirakam menghabiskan kira-kira 30 minit membasuh baju T-shirt penjaganya dengan menggunakan sebuku sabun dan berus.
Video memaparkan aksi haiwan pintar berkenaan menjadi tular di media sosial China.
Menurut laporan media China, Yuhui dikatakan asyik memerhati penjaganya membasuh pakaian apabila dia mengambil keputusan untuk memberikan baju T-shirt, sabun dan berus kepada haiwan itu.
Penjaganya mahu melihat sama ada Yuhui telah mempelajari cara membasuh baju menerusi pemerhatian.
Ternyata cimpanzi bijak itu mampu melakukannya dengan baik.