|
Issey akhiri zaman duda 22 Disember ini
KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Issey bakal menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal tiga anak pada 22 Disember ini.
Issey memberitahu, dia dan bakal isteri yang dikenali sejak zaman sekolah, sepakat melangsungkan pernikahan di Kota Bharu, Kelantan.
“Saya bakal bernikah dengan kenalan lama zaman sekolah. Dia adalah ibu tiga anak dan bertugas sebagai pengurus sumber manusia di sebuah syarikat swasta,” katanya yang berkongsi berita gembira itu melalui video yang dimuat naik di Instagram, hari ini.
Sebelum ini, Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015.
Namun, mereka berpisah setahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Pelakon Pok Ya Cong Codei itu turut meminta maaf kerana merahsiakan perancangan hari bahagianya.
“Saya minta maaf kepada semua. Sebenarnya, niat hendak merahsiakan perkara ini... Doakan semuanya lancar,” katanya sambil menambah wanita yang bakal dinikahi kematian suami, dua tahun lalu. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|