CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 19

[Tempatan] Pos Malaysia tunggu lampu hijau kenaikan tarif pos

  [Copy link]
Post time 12-12-2019 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Bernama | Diterbitkan pada Disember 12, 2019 18:03 MYT

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd masih belum menerima butiran rasmi mengenai kadar tarif pos yang baharu, dan tarikh perlaksanaannya daripada kerajaan walaupun penyedia perkhidmatan pos itu telah menerima surat pengesahan mengenai kelulusan kenaikan tarif tersebut.

"Kami menunggu butiran lanjut mengenai apa yang diluluskan dan dibentangkan. Setakat ini tiada apa-apa pengumuman lagi," kata sumber dalam syarikat berkenaan kepada Bernama.
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.

Terdahulu, Nikkei Asian Review melaporkan bahawa kerajaan telah meluluskan cadangan daripada syarikat perkhidmatan pos yang disenaraikan, untuk menaikkan kadar, semakan semula yang pertama dalam tempoh sedekad.
Dengan memetik maklumat daripada dua menteri yang enggan dikenali, ia berkata Pos Malaysia dijangka membuat pengumuman berkenaan perubahan kadar itu tidak lama lagi.

Perubahan itu termasuk kenaikkan kadar tarif, perubahan struktur tarif dan pembatalan kawal selia dalam beberapa segmen, kata seorang pegawai kanan kerajaan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka.. Aku kena perlahan2 insaf shopping shopee
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la saham pos naik mencanak hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:32 PM | Show all posts
laku sangat ka pos laju ni sampai naik tarif? wakakakakakakakkaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:37 PM | Show all posts
Bukan ke baru ñaik harga pos laju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2019 10:39 PM | Show all posts
hujung tahun boleh la ckp
dibawah kerajaan PH, Pos Malaysia berjaya catatkan keuntungan
walhal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2019 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam nak tukar kepada J&T lah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 12-12-2019 10:32 PM
laku sangat ka pos laju ni sampai naik tarif? wakakakakakakakkaa

Bukan lajoo tapi rugi juta-juta sebelom cukai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2019 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat dia monopoly lagi ka, kalau dia naikkan konpom lagi bnyk org akan offer lagi murah jgn jadi cam Malaysia airlines sudah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 07:29 AM | Show all posts
naik lagi...yg x naik service dia...makin lama makin lambat...

patut deme usulkan juga pertukaran nama kepada "pos lambat"..bagi menyahut cabaran kerajaan sekarang yg suka tukar2 nama
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 07:57 AM | Show all posts
bagus servis pos laju...
klu mahal sgt kne guna alternatif lain ataupun kne kurangkan shopping online..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-12-2019 11:49 PM
Macam nak tukar kepada J&T lah pulak.

J&T ok... Sehari 2× antar kalau barang sampai pagi dan ptg
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:39 AM | Show all posts
sarah82 replied at 12-12-2019 10:20 PM
Maka.. Aku kena perlahan2 insaf shopping shopee

alahai
kak cik tak pergi shopping dekat pwtc dah ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 13-12-2019 10:39 AM
alahai
kak cik tak pergi shopping dekat pwtc dah ke

Lor.. Punya la yakin dgn fitnah sendiri kata aku ni org umno sampai percaya aku shopping kat PWTC.. Kesian..kebodohan tak dpt disembunyikan dah ang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 10:53 AM | Show all posts
aisey
naik pulak postage shopee nanti

dah la seller ramai duk tenyeh j&t
j&t sini cam sial
2 kali dah aku pegi ambik sendiri barang kat ofis
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kenaikan ni bg impact kenaikan gaji abam posmen, aku sokong je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2019 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-12-2019 10:22 AM
J&T ok... Sehari 2× antar kalau barang sampai pagi dan ptg

J&T dekat dgn rumah. Jalan kaki pun sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 16-12-2019 12:18 AM
J&T dekat dgn rumah. Jalan kaki pun sampai.

J&T jauh juga dari rumah tok ni.. Tapi servis depa ok la.. Buat masa skrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
SST menurunkan harga barang kata PH di parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2019 10:31 AM | Show all posts
kepala hotak la pos laju...servis pon macam siput vavi...aku serik dah guna pos laju...customer servis kalau call tak pernah nak angkat...skrg kalau aku beli barang kat shopee..mmg tak akan ku pilih pos laju punya servis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.071938 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list