CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8177|Reply: 85

[Tempatan] Kerajaan akan kurangkan perjawatan awam sebanyak 5%

[Copy link]
Post time 14-12-2019 04:15 AM | Show all posts |Read mode
[size=1.25em]Putrajaya merancang mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021, kata Timbalan Menteri Undang-undang, Mohamed Hanipa Maidin.
[size=1.25em]"Jumlah keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam sehingga suku ketiga 2019 adalah sebanyak 1.7 juta dengan peratus pengisian sebanyak 91.26 peratus bersamaan dengan 1.57 juta orang merangkumi perkhidmatan awam persekutuan, badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.
[size=1.25em]"Daripada jumlah keseluruhan perjawatan sebanyak 1.7 juta tersebut, 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis," katanya dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan BN Senator Ibrahim Shah Abu Shah minggu lalu.
[size=1.25em]Jelasnya, 38 peratus lagi dari lain-lain sektor seperti pentadbiran, perkhidmatan sosial, kejuruteraan, kewangan dan ekonomi, sains, pengangkutan, bakat dan seni, kemahiran, perundangan/ kehakiman dan sebagainya.

[size=1.25em]"Kerajaan berpandangan jumlah perjawatan ini boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan dan punca pendapatan pegawai yang terlibat.
[size=1.25em]"Sehubungan itu, kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 5 peratus perjawatan secara berfasa sehingga tahun 2021," kata Hanipa.
[size=1.25em]Ini akan mengurangkan pekerjaan daripada 1.7 juta kepada 1.61 juta perjawatan. Dalam erti kata lain, kerajaan tidak mengurangkan jumlah kakitangan, yang kini berjumlah 1.57 juta kakitangan.
[size=1.25em]Pada Januari 2017, menteri kewangan kedua ketika itu, Johari Abdul Ghani berkata Malaysia mempunyai perkhidmatan awam yang paling kembung di dunia, dengan nisbah seorang penjawat awam bagi setiap 19.37 orang di Malaysia.
[size=1.25em]Pada bulan Februari, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata saiz perkhidmatan awam negara terlalu besar dan patut dikurangkan.
[size=1.25em]Bagaimanapun, kata perdana menteri mengurangkan saiz perkhidmatan awam akan menyebabkan masalah lain.
[size=1.25em]Sementara itu, Hanipa berkata dasar semasa untuk mengawal saiz perkhidmatan awam selaras dengan taraf ekonomi dan perkembangan teknologi.
[size=1.25em]"Kerajaan telah menggunakan beberapa kaedah, termasuk kajian mengenai pertindihan fungsi di antara entiti kerajaan, rasionalisasi pekerjaan dan mengoptimumkan sumber manusia serta mendapatkan khidmat daripada kontrak pembekal luar serta penyampaian perkhidmatan alternatif dan penswastaan.
[size=1.25em]"Kerajaan berpendirian bahawa sektor awam sewajarnya memfokuskan kepada penyediaan dasar utama, menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan serta tidak terbabit secara aktif dalam aktiviti ekonomi perdagangan di Malaysia.
[size=1.25em]"Melalui dasar penswastaan pada tahun 1983, kerajaan telah berjaya mengurangkan bebanan kewangannya," kata Hanipa.
[size=1.25em]Menjelaskan lanjut, beliau berkata "menerusi penswastaan, keupayaan dan kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri dapat dipertingkatkan serta mengurangkan pembiayaan kerajaan terhadap perbelanjaan operasi jabatan atau agensi berkenaan.
[size=1.25em]"Kerajaan juga berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan," katanya lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2019 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
vutoooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ala korg sepenggal je pun.. dap laknat bakal tinggal sejarah. ingat org melayu ade lg nak vote korg ke? kim slm... kecuali spesis tali barut cina komunis mcm dodolgemok haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:10 AM | Show all posts
Ptd tu yg elok dikurangkan.tiap tahun elok je ada dip pentadbiran awam kt intan tu. bukan penting sgt pun. kenapa sektor penting spt kesihatan keselamatan yg nak dikurangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:18 AM | Show all posts
Pengurangan penjawat awam ni dah mula berlaku sejak zaman BN Najib lagi, utk perkara ni saya tak salahkan kerajaan PH. Jika Najib menyalak dalam FB dia pasal benda ni saya kira patut ramai2 hentam FB dia bab ni sebab perkara ni berlaku sejak zaman dia. Berani ke dia nak menyalak pasal benda ni?
Cuma satu jer KEBODOHAN Kerajaan Malaysia ni... statistik pukul rata dgn badan beruniform, memanglah kembung dan ramai sbb sekali dgn badan beruniform. Habis nak kurangkan polis dll ke? Tak haru ke nanti negara yg makin pelik2 skrg ni.
Saya mat setuju Skim PTD tu mansuh, buat dasar macam apa2 entah, tapi bab2 keistimewaan dia cepat naik pangkat dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
1 jan 2020 semua penjawat lantikan kontrak. Pencen dah x ada.  Penjawat awam ramai yg undi PH. So x ada siapa nak kesian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2019 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 14-12-2019 07:10 AM
Ptd tu yg elok dikurangkan.tiap tahun elok je ada dip pentadbiran awam kt intan tu. bukan penting sg ...

Askar pun makan tidor jer kata taikun funder PH.  
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 14-12-2019 07:18 AM
Pengurangan penjawat awam ni dah mula berlaku sejak zaman BN Najib lagi, utk perkara ni saya tak sal ...

Buat apa tukar kerajaan kalau x ada beza? Penjawat awam undi PH sbb nak dapat lagi byk benefit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2019 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 14-12-2019 07:18 AM
Pengurangan penjawat awam ni dah mula berlaku sejak zaman BN Najib lagi, utk perkara ni saya tak sal ...

Aku bersyukur PH yg laksanakan penghapusan pencen & pengurangan penjawat awam.  Klu najib yg buat sure siang malam penjawat awam maki najib. So skrg ni PH yg buat, maka maki hamun milik PH dan menteri2 sijil fake. Nanti BN kembali memerintah just teruskan polisi yg ada....klu penjawat awam bising jawab jer PH yg laksanakan , salahkan PH
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:32 AM | Show all posts
dino replied at 13-12-2019 10:22 PM
ala korg sepenggal je pun.. dap laknat bakal tinggal sejarah. ingat org melayu ade lg nak vote korg  ...

Malaysia satu satunya negara di dunia penjawat awam teramai di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:33 AM | Show all posts
harizs replied at 14-12-2019 07:25 AM
Buat apa tukar kerajaan kalau x ada beza? Penjawat awam undi PH sbb nak dapat lagi byk benefit.

Ya itu antara salah satu sebab penjawat awam undi PH, ingatkan dgn undi PH kebajikan penjawat awam lebih terbela khasnya dari segi pengurangan penjawat awam ni sekali lagi teruk (era Najib lebih baik meskipun dasar ni telah berlaku sejak zaman dia tp dia bgi kelebihan lain mcm Kenaikan Gaji Tahunan dll) penjawat awam kini telah tertipu dgn PH. Memang sahih kerajaan skrg memang kerajaan sepenggal. Penjawat awam ramai dh serik dan tak sabar2 tunggu PRU akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 14-12-2019 07:23 AM
Askar pun makan tidor jer kata taikun funder PH.

Askar pun ramai undi PH pru14. Cuma baru2 ni semua prk undi askar/polis dah swing semula kpd BN sbb x tahan kena kencing
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:35 AM | Show all posts
gigahertz replied at 14-12-2019 07:32 AM
Malaysia satu satunya negara di dunia penjawat awam teramai di dunia

Memanglah teramai jika disekalikan dgn badan2 beruniform.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:36 AM | Show all posts
helicornia replied at 13-12-2019 11:10 PM
Ptd tu yg elok dikurangkan.tiap tahun elok je ada dip pentadbiran awam kt intan tu. bukan penting sg ...

negara kita mirip dinasti Abbasiyah. Sebelum Abbasiyah tumbang. Askar di kurangkan 120k ke 50k. bila berlaku peperangan dengan mongul
tiada seorang pun askar di luar kota baghdad. semua askar berkurung dalam kota. kebetulan yang incharge bahagian pertahanan waktu itu
menterinya seorang Syiah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 07:38 AM | Show all posts
harizs replied at 14-12-2019 07:22 AM
1 jan 2020 semua penjawat lantikan kontrak. Pencen dah x ada.  Penjawat awam ramai yg undi PH. So x  ...

Untuk pencen ni saya percaya kerajaan skrg yg suka UTurn ni pasti akan berubah dasar apabila kena kritik rakyat nanti. Yang umum pun bukan menteri tapi penjawat awam yg jadi kambing hitam, patut menterilah umum bab2 besar ni.
Apapun kita tunggu dan lihat shj.
Tetapi faktanya memang dah lama sejaka zaman Najib lagi semua perkara mengenai penjawat awam sedang dikaji dan diteliti semula...tak mustahil elaun2 tetap pun bakal ditarik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 14-12-2019 07:32 AM
Malaysia satu satunya negara di dunia penjawat awam teramai di dunia

Klu di UK mrk asingkan pasukan keselamatan & kesihatan dari jumlah kakitgn awam. Sbb tu nampak sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Huuuuu tepuk..tepuk...

Makin parah malaysia ni..

Yg x undi pon bakal merasa sama...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakil rakyat shj mustahil dikurangkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 09:05 AM | Show all posts
Kurangkan org2 atas yang gaji beso dulu>
Bukan org bawah yang gaji seciput.
X dpt menjimatkan.
CEO GLC, Entourage utk menteri2, semua yang xde faedah tu buang dulu.
Kurangkan pencen ahli parlimen terutama yang kerja hanya sepenggal, termasuk la korang2 pasni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya mula-mula potong elaun MP dulu. Banyak elaun yg tak perlu wujud pun sebenarnya utk diorg ni.

Kedua, staf staf umur 50 lebih ramai yg dah taknak buat kerja. Datang kerja hanya untuk kehadiran saja. Sepanjang hari sembang, makan, sembang, makan. Bagi kerja sikit, suruh junior buatkan. Asyik dok jadi parasite letak nama atas kerja org lain. Golongan ni patut disuruh bersara awal, supaya boleh stop bayar gaji kat diorg sementara waktu. Berjuta boleh save tu.

Ketiga, masih ramai staf yg tak perform, tapi ketua bagi markah SKT kesian, supaya boleh dpt pergerakan gaji. Yg tak perform mmg tahap menyusahkan staf lain menanggung beban kerja org lain.

Keempat, ada jawatan yg tak perlu amik ramai sgt orang pun sebenarnya. Bila ramai sgt, semua buat skop kerja yg sama, end up sorang dua je buat, yg lain mengular, menyembang

Kelima, memandangkan staf kat hospital tak cukup, instead of amik staf baru, kutip balik MO kat institusi kerajaan yg kerja office hour saja, tapi kat office takde function langsung. Siap ada yg jadi property agent, buat kerja waktu pejabat, sampai kerja hakiki lansung tak buat apa. Cuma nak gaji je, konon kena ada 1 fixed income, 1 side income. Ada yg dtg kerja main phone sepanjang hari. Kutip balik mereka ni pegi ke hospital. Tak perlu penambahan jawatan pun. Cuma tukar penempatan saja.

Ada banyak lagi nak tulis, tapi penat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 1.451646 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list