Isu Semasa
ADVERTISEMENT

hafiz.ahmad Lv.9

Fav
Adventurer | Credits 4296   
Hujan adalah rahmat bagi semua orang, namun hujan adalah sesuatu yang kurang digemari oleh mereka yang menunggang motosikal. Mana tidaknya, mereka perlu berteduh di bawah jambatan, lebih teruk lagi ada yang menghadapi kemalangan kerana jalan yang licin dan penglihatan yang terhad akibat hujan lebat.







Beberapa hari lepas, tular sebuah video di laman Twitter apabila seorang pemandu bas Rapid KL membantu seorang lelaki yang mengalami kerosakan motor. Menurut Fieza (@fiezapinky) yang juga seorang penumpang ketika itu, bas ketika itu baru sahaja melepasi tol Sunway apabila pemandu bas tersebut terlihat motor rosak di tepi jalan yang ketika itu sedang hujan lebat.





Kasihan akan penunggang motor tersebut, pemandu bas Rapid KL ini memberi tumpang kepada lelaki tersebut dan motornya ke dalam bas meskipun ada penumpang lain ketika itu. Bas tersebut akhirnya berhenti di hadapan kedai membaiki motosikal untuk penunggang motor tersebut turun dan yang lebih mengagumkan, pemandu bas tersebut tidak mengenakan bayaran. Baiknya!





Meskipun tindakan pemandu bas tersebut tidak mengikuti Standard Operating Procedures (SOP), akan tetapi tindakannya harus dipuji kerana berani melanggar SOP dan menolong orang di dalam kesusahan. Video yang mendapat 3 ribu 'retweet' ini mendapat perhatian warganet yang memohon agar tiada tindakan disiplin diambil ke atas pemandu bas tersebut.















Lebih lucu, ada individu yang mengugut mahu mogok daripada menaiki bas Rapid KL jika pemandu bas tersebut dikenakan tindakan disiplin.







Syabas buat pemandu bas ini kerana berani menolong lelaki tersebut meskipun berhadapan dengan risiko dikenakan tindakan disiplin. Semoga video ini memberi dorongan buat kita semua agar sentiasa menolong orang yang berada di dalam kesusahan.- CARI
3585 Views
15 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Kurex Lv.14 2#

Fighter | Credits 29702   
ok..  cerita screenshot tuider lagi.. ok.. faham..
apa pun.. nasib baik ada org tolong abg ni

gummiebear Lv.12 3#

Defender | Credits 14898   
Faith in humanity restored! Thank you pakcik

Artemesiaa Lv.17 4#

Superior | Credits 57949   
Syabas buat beliau walaupun tindakannya tu tak ikut SOP mungkin beliau pernah alamai kesusahan yang sama sebelum tu
Follow Us

baghal_bortuqal Lv.12 5#

Defender | Credits 12050   
Sekali sekala judgment call langgar sop utk buat baik.

Mmg Tak sepatutnya dikenakan tindakan disiplin.

HujanBatuTiga Lv.9 6#

Adventurer | Credits 4199   
penumpang tepuk tangan tak bila brader tu dah turun?
patut bagi standing ovation satu kali.  

mamaida28 Lv.7 7#

Revolutioner | Credits 1455   
Alhamdulilah, terima kasih pakcik Rapid..ALLAH SWT aje balas budi baik Pak Cik

ADVERTISEMENT


bulalof Lv.12 8#

Defender | Credits 12167   
tahniah. humanity is preserved.

Mfzg89 Lv.6 9#

Pioneer | Credits 1100   
kalau brader ni kena tindakan sbb benda ni, kita boikot naik Rapid !

Perawankota Lv.13 10#

Challenger | Credits 15855   
Semoga Allah memberkati niat suci driver ni

kemaruk Lv.15 11#

Gladiator | Credits 39406   
sekali sekala camni takpe la

jangan pulak lepas ni berbondong-bondong driver lain buat sebab nak viral

sebab membahayakan penumpang lain

i_is_kennot Lv.12 12#

Defender | Credits 10104   
Okay,  ada rezeki jumpa pakcik ni belanja nescafe ais buat hilang dahaga. Good job pakcik

supernaturalee Lv.17 13#

Superior | Credits 51959   
Quote: HujanBatuTiga replied at 20-12-2019 01:18 PM
penumpang tepuk tangan tak bila brader tu dah turun?
patut bagi standing ovation satu kali.

It only happens in a movie


supernaturalee Lv.17 14#

Superior | Credits 51959   
Ni rapid bas yg ada sistem lift yg utk oku tu ye
Klu xmcmn moto blh naik
Kan?

diss69 Lv.11 15#

Highlander | Credits 9526   
Mesti tersentuh kalau ada insan yg baik hati menolong org dlm kesulitan.. Moga murah rezki driver tu..

ADVERTISEMENT


evlinne Lv.12 16#

Defender | Credits 11102   
Quote: Kurex replied at 20-12-2019 10:21 AM
ok..  cerita screenshot tuider lagi.. ok.. faham..
apa pun.. nasib baik ada org tolong abg ni

Cerita baik camni ada bukti bergambar ok jela kurex
Kalau cite hasanah tu bleh la kecam
Apapun most pacik rapidkl bawak bas ni baik2 jer cuma kdg bawak laju sgt, kita nk muntah

All contents are displayed