CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18208|Reply: 120

Kes dengan suami yang panas baran dan biadab

[Copy link]
Post time 5-1-2020 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
salam semua, sy newbie kat sini. msuk sini pun atas bantuan sorg forummer. tujuan sy msuk sini nak mengadu n mintak pendapat kalau boleh berkenaan mslh sy dgn suami..soon to be bekas suami- hopefully

kitaorg kawen ard 5yrs n ada sorg anak laki..masalah umahtangga dah lama since br2 kawen lg..suami sy ni sejak awal kawen da tunjuk belang dia..especially bab duit dan nafkah..btw, for your info, kitaorg berkwn near 2thn sblm kawen

masa awal2 mmg lah xnmpk belang dan suami sorg yg ambil berat dan jaga solat. dia 10thn lbh tua dr sy..jd dia kelihatan sgt matang..namun bila dah kawen..lain pulak jd nya.

selain dr susah bab nafkah..segala harta sy tmsuk brg kemas, duit simpanan sy dan anak..semua di paksa keluarkan utk kegunaan dia..malah bukan stkt duit sy saja..duit ibu bapa sy pun dia paksa sy mintak pinjam..kalau di kira2 lbh kurang 50k dah burn pd dia. Kereta sy pun bapak sy yg bayarkan. Dia taknak bayar.

lbh kurang msuk thn ke 5 sy da xtahan lg..tambah2 pulak dpt tahu dia da pandai curang dibelakang sy dan penah halau sy kuar dr umah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2020 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
lagi? citer tergantung
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik, sesuatu yang tak menyenangkan itu adakala berlaku atas kerelaan kita. Contohnya kes adik ni. Itu aje nak bagi tau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah gitu aje la cerpen nya ye.. plot tak ada climax, tak ada ending. selamat menempuh kehidupan sebagai ibu tunggal..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok, setakat cerita ni memang nampak tak guna sangat. Biawak hidup ke sampai harta bini tergadai, kereta tt pun bapak bayarkan? Patut angkat kaki, menyusahkan je
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerai je. ........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy masih dalam proses cerai mal sejak bulan 7/2019 lg. Proceeding pertama suami xnak lafaz cerai. Perbicaraan seterusnya sy tersilap tarikh perbicaraan. Sy dtg pd 19 sept. Tapi perbicaraan tu pada 18sept jadi kes sy digugurkan oleh hakim.

Pd hari yg sama sy dinasihatkan pegawai mahkamah failkan lagi kes cerai tp dgn alasan yg lain. Lepas tu masa perbicaraan pada bulan oct, peguam suami sy mengatakan kes tu tak boleh dijalankan sbb masih ada kes sebelumnya. Hakim arahkan sy utk buat rayuan buka semula kes di mahkamah tinggi syariah shah alam. Kemudian sy ke sana dan buat rayuan. Tapi di mahkamah tinggi tu, pegawai di sana kata sy tak perlu buat rayuan sbb kes seterusnya tu dh diterima d mahkamah dan ia merupakan kes baru dan boleh diteruskan.

Pd bulan 11 sekali lagi masa perbicaraan, peguam suami sy menidakkan kes tersebut dan tidak dapat diteruskan. Padahal sebelum perbicaraan tu, peguam suami sy memberitahu peguam yg mewakili sy utk kes nusyuz mengatakan bahawa suami akan menceraikan sy dan menarik balik tuduhan nusyuz sekiranya sy memberi hak penjagaan penuh anak sy kepada dia. Islam ni mudah je kan sebenarnya. Tapi manusia dan undang2 yg merumitkan keadaan. Bila sy taknak bagi hak penjagaan penuh anak pada dia, dia terus menggunakan terma undang2 untuk melambatkan proses cerai.

Utk pengetahuan semua pd 2hb dec. Suami sy ada dtg ke rumah sy utk berjumpa dgn anak sy. Utk makluman sy dah tak tinggal sebumbung dgn suami sejak awal september lagi. Pada masa tu dia mengugut sy lagi mengatakan bahawa dia akan menceraikan sy jika bagi anak pada dia. Anak sy berumur 4 tahun dan masih menyusu badan lagi utk tdo. Selama anak sy lahir dia tak pernah menjaga anak sy.

Pada ketika itu berlaku pergelutan antara sy dan suami. Sy mempertahankan diri sy dan anak sy. Dia mendukung anak dan nak ambil anak sy. Anak sy menangis meraung dan merangkul leher sy. Pada masa tu sy dalam keadaan panik dan tanpa sengaja sy telah menumbuk pipi suami sy. Tak kuat pun. Apa la kudrat sy nak menumbuk seorg lelaki. Dia nak membalas balik tumbukan lepastu tak jadi. Dia masih lg memeluk anak sy dan bagitau saya tak kan berjumpa dgn anak sy lagi. Dia akn membuat laporan polis sy memukul dia. Dan sy menarik anak sy. Dia hanya melepaskan anak sy bila ada org lalu di bahagian lobby rumah.

Pada malam tu jugak sy telah ditahan reman. Dibawah akta kes keganasan rumah tangga 326A. Dia tak cedera langsung. Kalau btl die cedera sy percaya dia mencederakan diri dia sendiri. Sy juga ada membuat laporan berkenaan situasi pada malam tersebut pada hari yg sama 2 dec.

Sepatutnya pada malam tersebut dia pun di reman sekali. Kami dh dibawa masuk ke bilik tahanan D7. Sy dengar dengan jelas pegawai penyiasat tu kata dua2 akan ditahan. Tidak lama selepas itu pegawai penyiasat mendapat panggilan telefon dan dia terus keluar dari bilik tersebut. Setelah dia masuk kembali dia boleh bagitau yg suami sy dibebaskan.

Pada masa tu sy tak fikir apa pun. Sy hanya memikirkan anak sy dua org baru lepas dua hari berkhatan d rumah dan anak lelaki sy berumur 4 tahun yg masih memerlukan sy utk tidur. Tau apa yg suami sy bagitau saya masa tu? "Rasakan". Itu ayat yg keluar dari mulut dia. Dia tak fikir pun anak2 sy. Dia hanya fikirkan kepuasan diri dia dapat mengenakan sy.

Semasa di lokap balai, beberapa pegawai penjara tu bagitau sy utk bersabar. Katanya "suami akak menggunakan orang dalam. Pegawai tinggi untuk mengenakan akak. Akak berhati2 ya dan banyak bersabar dan berdoa" katanya. Pada masa tu baru saya teringat. Patutla dia tak di reman sekali. Kawan baik dia pernah menjadi pegawai tinggi di balai tersebut dan sudah pun berpindah ke Bukit Aman. Patutlah selepas pegawai penyiasat tu mendapat panggilan telefon dia terus dilepaskan. Semua menjadi masuk akal.

Mudahkan sistem perundangan kita. Semua memerlukan "orang dalam". Bagi yang tak ada kenal sesiapa seperti sy, akan mudah diperkotak katikkan oleh sistem undang2 rekaan manusia. Akan mudah ditindas. Lagi2 sy seorang perempuan yg lemah. Sy rasa keadilan amat susah diberikan kepada sy.

Kawan2, tujuan sy menceritakan perkara ini pada semua agar dijadikan teladan. Terutama sekali pada wanita. Jangan mudah terpedaya dengan solat 5 waktu seorang lelaki. Kerana solat sahaja tak menjaminkan akhlak dan hati yang baik.

Sy juga sebelum ni seorang ibu tunggal dan telah terpikat dgn lelaki ini kerana solatnya. Tapi sepanjang perkahwinan dia tidak pernah memberi nafkah kepada sy, tidak pernah melayan anak sy dgn baik, dia sentiasa meminjam duit drpd ibubapa sy, bila sy menolak utk meminjam, katanya sy tak membantu dia. Malah kereta sy pun ayah sy masih bayarkan sepanjang perkahwinan kami selama 5 tahun lebih. Barang kemas sy pemberian bekas suami pun digadainya. Duit anak2 sy pun dia gunakan sekali. Tapi dia bagitau pada org saya yg gunakan duit tersebut. Dia berhutang dnegan sy sebanyak 10k tapi dia tak mengaku padahal sy ada transaksi bank dia pinjam duit sy.

Bila sy memohon cerai, dia minta syg pulangkan semua pemberiannya termasuk henpon, cincin kahwin, kad perubatan dr ofis, dan sy berpindah keluar satu benda sy tak boleh bawak termasuk la vacuum die suruh pulangkan. Atas alasan itu hak dia dan dia menggunakan duit gaji dia untuk membeli brg2 tersebut. Sy tiada hak apa pun sbb sy tak bekerja dan tak memberi sumbangan pada perkahwinan kami.

Kawan2, pada 3hb jan lepas sy ada pertuduhan utk kes tersebut di mahkamah. Sy dicaj bawah akta 326A. Sejak kejadian ditahan reman pada 2 december itu sy mengalami masalah panic attack. Sy menjadi takut, tidak boleh tidur malam, sentiasa terkejut, jantung berdegup laju ketika tidur. Sekiranya apa2 terjadi pada sy dalam masa terdekat, lelaki ini lah puncanya. Sy tak tau lagi keadilan berpihak pada siapa bila mendengar apa yg dikatakan oleh pegawai penjara tersebut. Sy buntu dan tak tau apa akan jadi pada sy nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt terlelap kot
Pkl 3 pg kot die menaip
Harus xbangun lg tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw part mn yg panas baran tu
Yg halau keluar tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh....dh ada rupa2nya
Sorry2
Jp eh nk baca

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami sy akan ceraikan sy dan tarik balik pertuduhan nusyuz sekiranya sy bagi hak penjagaan penuh anak sy pada dia. Setakat ni sy masih mampu bertahan lagi dengan ujian ni. Tapi sy buntu. Ada yg nasihatkan sy lepaskan je anak sy. Supaya sy lepas dr semua masalah ni. Takkan sy nak pertaruhkan anak sy untuk lepaskan sy dr semua masalah ni. Sy dilokap selama satu malam. Dan sekarang sebagai org yg dijamin. Kalau ibu sy tak jamin sy, sy dah jd tahanan reman di penjara. Takkan sy nk putus asa sekarang? Satu malam je dlm tu sy da trauma. Sy tak boleh tdo. Anak sy kdg2 terjaga menangis kata takut ayah ambik. Bila keluar tgk kereta mcm ayah die, die terus sembunyi menangis kata takut ayah ambik. Kesian anak sy. Faham lah. Takkan sy nk korbankan perasaan anak sy semata2 utk lepaskan diri sy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami sy akan ceraikan sy dan tarik balik pertuduhan nusyuz sekiranya sy bagi hak penjagaan penuh anak sy pada dia. Setakat ni sy masih mampu bertahan lagi dengan ujian ni. Tapi sy buntu. Ada yg nasihatkan sy lepaskan je anak sy. Supaya sy lepas dr semua masalah ni. Takkan sy nak pertaruhkan anak sy untuk lepaskan sy dr semua masalah ni. Sy dilokap selama satu malam. Dan sekarang sebagai org yg dijamin. Kalau ibu sy tak jamin sy, sy dah jd tahanan reman di penjara. Takkan sy nk putus asa sekarang? Satu malam je dlm tu sy da trauma. Sy tak boleh tdo. Anak sy kdg2 terjaga menangis kata takut ayah ambik. Bila keluar tgk kereta mcm ayah die, die terus sembunyi menangis kata takut ayah ambik. Kesian anak sy. Faham lah. Takkan sy nk korbankan perasaan anak sy semata2 utk lepaskan diri sy.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
callalilly replied at 5-1-2020 08:25 AM
Sy masih dalam proses cerai mal sejak bulan 7/2019 lg. Proceeding pertama suami xnak lafaz cerai. Pe ...

Allahuakbar
Sadisnya dpt laki yg bijak guna law n ada kabel besar ni
U kena charged under 326A...psl tumbuk tu ye
Mesti die kena bg laporan dr jgkkn
I hope dr pun bkn 1 of his cable lh

Pegawai mn yg bg nasihat utk issue semula kes tu
U dh hired lawyer x
Npe x rujuk lawyer
Benda nmpk simple bab fail kes di court ni
Tp tgk ape laki u buat
Mmg dragged lh jwbnya ni

Xpe2
In the meantime u have to be strong
Be more prepared lps ni
Kaji dulu sblm u make the move

Bnyk2kn istighfar
Doa bnyk2 mntk diberi petunjuk dan kekuatan

Jgn doa burukkn laki u
Mntk diberi hidayah atau yg elok2 je
Klu xnk...xpyh
Don't say a word or don't even think about him

I doakan u kuat, tabah, sabar, diberi petunjuk how to deal with this situation
Moga apa jgk yg dtg u blh handle, sentiasa dipermudahkan or even it's hard
Fizikal dan mental sentiasa positif
Amin2 ya rabbal alamin

Insya allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
callalilly replied at 5-1-2020 08:39 AM
Suami sy akan ceraikan sy dan tarik balik pertuduhan nusyuz sekiranya sy bagi hak penjagaan penuh an ...

Die kje ape sbnrnya
Beban commitment bulanan pas kt org lain
Mcm xkeje je
Ni nk full custody ank
Die nk tanggung mcmn
Court mesti akn nilai ni jgk

Cer u citer sikit background heols
And chuols sekali


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
callalilly replied at 5-1-2020 08:25 AM
Sy masih dalam proses cerai mal sejak bulan 7/2019 lg. Proceeding pertama suami xnak lafaz cerai. Pe ...

Allahuakbar. ...kesiannya kaka baca....teruknya suami cik calla. ...semoga dipermudahkan hidup cik calla. ..sedih kaka baca kes macam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah atas ujian tt. Tt sebenarnya ada seorang anak lelaki atau anak-anak? Boleh tak share kesalahan tt yg mana sehingga boleh disabit nusyuz?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
callalilly replied at 5-1-2020 08:25 AM
Sy masih dalam proses cerai mal sejak bulan 7/2019 lg. Proceeding pertama suami xnak lafaz cerai. Pe ...

Suami ni duda ke bujang asalnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 5-1-2020 08:49 AM
Allahuakbar
Sadisnya dpt laki yg bijak guna law n ada kabel besar ni
U kena charged under 326A ...

Sy baru je lantik peguam utk uruskan bila tak nampak pun jalannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2020 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Cahya669 replied at 5-1-2020 08:58 AM
Takziah atas ujian tt. Tt sebenarnya ada seorang anak lelaki atau anak-anak? Boleh tak share kesalah ...

Sebelum ni sy pernah berkahwin dan ada dua org anak. Sy bercerai pun secara baik dgn bekas suami. Sampai sekarang berkawan. Cuma da tak sependapat. Anak sy dgn ellaki ada seorg je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun aku selalu nasihat kwn2 aku jgn bercerai.. Tapi utk kes ni.. Nasihat aku  CERAI.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.114837 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list