CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26519|Reply: 221

"Alhamdulillah"- Lisa Surihani Bersyukur Allah Pinjamkan Nikmat Pengli

  [Copy link]
Post time 6-1-2020 10:35 AM | Show all posts |Read mode







Sebagai hamba Allah, tiada  suatu pun nikmat yang ada pada kita akan kekal bahkan setiap satunya  hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa.





Ini termasuklah kesempurnaan dari segi fizikal dan  mental  serta nikmat pancaindera seperti penglihatan yang mampu berfungsi dengan baik.



Namun bagi golongan yang  menghidap masalah rabun dan terpaksa memakai kaca mata sudah tentu impian terbesar mereka adalah untuk melihat kembali  dunia sekeliling dengan  jelas dan terang tanpa perlu bergantung kepada cermin mata mahupun kanta lekap yang menyusahkan dan mengehadkan aktiviti serta pergerakan seseorang.





Menerusi laman portal Gempak, pelakon dan pengacara, Lisa Surihani dikhabarkan telah selamat menjalani  rawatan bagi memulihkan penglihatannya yang rabun.







  









Lisa  yang  menghidapi masalah rabun  terpaksa memakai kaca mata dan kanta lekap sejak kecil begitu sebak dan terharu setelah rawatan yang dijalaninya berjaya.








  





Untuk pengetahuan anda, Lisa telah menjalani kaedah rawatan yang digelar prosedur  RELEX SMILE iaitu singkatan kepada Small Incision Lenticule Extraction. Prosedur RELEX SMILE kini dikatakan kian popular berbanding kaedah rawatan LASIK yang sering digunakan dahulu berikutan masa penyembuhan (recovery time) yang lebih cepat.









  











Lebih menarik lagi, selebriti itu turut berkongsi kisah dan suasana  ketika menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi laman Instagramnya sehingga mendapat reaksi positif dari rakan selebriti dan peminat yang turut berminat untuk menjalani rawatan tersebut.





Menerusi video yang dikongsikan di instagram itu, Lisa berkata dia tidak menyangka keseluruhan prosedur cuma mengambil masa kurang lima minit tanpa mengalami sebarang kesakitan. Walaupun gementar, dia berasa cukup tenang dan selesa  sepanjang rawatan apabila ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof Muhaya yang sangat menenangkan.





"Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua," luah Lisa dengan penuh kesyukuran menerusi video yang dimuat naik.





Menerusi carian di Google ternyata kadah rawatan tersebut agak mahal jadi bagi anda yang rabun dan berhasrat untuk menjalani prosedur serupa bolehlah mengumpul duit dari sekarang.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2020 10:40 AM | Show all posts
Ayat macam dah buta sblm ni.
Huhuhuh, dosa aku ngumpat
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 10:42 AM | Show all posts
rabun je kot..
bukannya buta tak nampak langsung
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh ye kaka lisa surirumah
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun nak ikut jejak surihoney... tp iols belum mampu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2020 11:10 AM | Show all posts
hudalarva replied at 6-1-2020 02:46 AM
I pun nak ikut jejak surihoney... tp iols belum mampu

I  google dekat klinik lain dlm 11 ribu gitu. gamaknya pakai spec sampai tualah jawabnya kecuali ada rezeki lebih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: rabun je kot..bukannya buta tak nampak langsung

Orang rabun je tahu betapa nikmatnya dapat tengok dengan jelas tanpa spek mata. Berapa la buat dgn prof muhaya ni mau 10k?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 11:23 AM | Show all posts
cakap la nak promote huhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2020 11:28 AM | Show all posts
zulka replied at 6-1-2020 03:23 AM
cakap la nak promote huhhh

gitulah.ala2 ig review gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la buat utk anak aku bila dia dah abis college esok. Without specs she is actually as good as blind teraba2. Kes mak suh tido pi baca komik dlm gelap
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
inspiro92: I  google dekat klinik lain dlm 11 ribu gitu. gamaknya pakai spec sampai tualah jawabnya kecuali ada rezeki lebih.


boleh tahan harganya.. kena menabunglah jwbnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dpt endorsement ke kalau promot giteww?

Prasaan musti mcm baby ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 11:50 AM | Show all posts
gaya ckp mcm ilang bijik mata
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:00 PM | Show all posts
kalu undergo treatment belas ribu aku rela la pakai spek je ni..lagipun da 20 tahun aku pakai spek so takde la rasa ralat @ awkward sgat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
I teringin buat
Tapi takut
Hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:01 PM | Show all posts
armin replied at 6-1-2020 11:23 AM
Orang rabun je tahu betapa nikmatnya dapat tengok dengan jelas tanpa spek mata. Berapa la buat dgn ...

stuju..ai rabun teruk...sape rabun je paham..ade duit semua bole jalan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2020 12:09 PM | Show all posts
ada banyak option nak buat ni
optimaz pun ada...
less then 10k pun ----tapi kena tunggu promotion lah

memang lain rasanya bila dah biasa terikat dgn spek tetiba dunia rasa cerah tanpa spek...
leceh pakai spek ni especially bila nak bersenam ke berenang ke..
nak bangun memalam tgk jam pun kena cari spek dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:16 PM | Show all posts
Edited by GegarVaganja at 6-1-2020 12:18 PM
armin replied at 6-1-2020 11:23 AM
Orang rabun je tahu betapa nikmatnya dapat tengok dengan jelas tanpa spek mata. Berapa la buat dgn ...

Yup. Betul.
Nak jugak

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:23 PM | Show all posts
Harga Relex-Smile



Sumber: http://sallymzain.blogspot.com/2 ... -smile-bersama.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2020 12:29 PM | Show all posts
harap dah sembuh ni tak sombong mcm tak npk orang la ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.078750 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list