CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4913|Reply: 32

Nak Tau Lentik, Tak Lentik, Tunggulah..."- Bob Yusof

[Copy link]
Post time 13-1-2020 11:42 AM | Show all posts |Read mode







Bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-34 kini kian terasa apabila para finalis sudah mula mengatur strategi dan membuat persiapan padu demi memberikan persembahan yang mantap menjelang acara terpenting dalam industri muzik negara itu yang akan berlangsung  pada 9 Februari nanti.


Pada malam AJL ke 34 nanti, Bob Yusof  telah diberi  kepercayaan untuk menggantikan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam membawakan lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.




  









Menerusi laman Tonton Xtra, Bob Yusof atau nama sebenarnya Yusrizan Usop menyatakan bahawa persiapannnya setakat ini baru mencapai  20% biarpun AJL tinggal kurang dari sebulan sahaja lagi memandangkan kali ini dia hanya memenggalas tanggungjawab membawa lagu orang lain.



selain itu,  Bob  merasakan adalah  lebih baik untuknya meminta izin daripada pihak berkenaan terlebih dahulu sebebelum melaksanakan sebarang perubahan ke atas lagu itu atas dasar hormatnya terhadap komposer dan penyanyi asal lagu tersebut.



Walau bagaimanapun Bob  menafikan kreativitinya dihadkan atau dikongkong oleh pihak Siti mahupun Hael dan berkata dia diberikan kebebasan untuk menentukan arah tuju cara penyampaian lagu Anta Permana itu nanti.


Memang Hael kata dia serahkan sepenuhnya pada Bob tapi saya mahu ikut garis panduan yang betul. Saya tetap akan tanya Hael dan Datuk Siti pendapat mereka kerana ini bukan lagu saya,"ujarnya kepada Tonton Xtra.


"Saya hormat pada Hael sebagai komposer dan Siti sebagai penyanyi asal dan saya rasa ia tanggungjawab yang besar untuk saya pikul lagu ini sebab ini lagu penyanyi tersohor. Bila saya tahu direction mereka, baru saya akan gabungkan dengan inspirasi saya buat lagu ini", kongsinya lagi kepada Tonton Xtra.


"Cuma Datuk Siti pernah nasihatkan saya supaya jangan terikut-ikut dengan cara nyanyiannya dan nyanyikan lagu ini dengan cara tersendiri," jelas Bob lagi.



Persembahan Bob pada pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 34 tempoh hari  mengundang pelbagai reaksi dari umum.












Sementara ada yang memuji penyanyi itu membawa lagu Anta Permana dengan versi tersendiri dan ada juga yang tidak menyukai nyanyian Bob terutama sekali dengan aksi tangan yang melentik.




"Lentik tak lentik, tunggulah nanti persembahan saya pada malam AJL nanti. Itu persembahan saya. Apabila di atas pentas, saya cuma mahu jadi diri saya sendiri," kata Bob sambil tertawa.





Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-2 yang sudah pun  15 tahun berada di dalam industri seni ini berkata dia sudah lali dengan kritikan orang ramai dan dia sudah bersedia untuk menerima kritikan sebelum bersetuju menggalas tanggungjawab itu.





Setelah menonton persembahan Bob Yusof di pusingan separuh akhir Muzik-muzik 34 tempoh hari, tidak sabar rasanya untuk melihat gaya yang akan ditonjolkan   penyanyi ini dalam menyanyikan lagu Anta Permana di malam AJL kelak. Semoga berjaya  diucapkan kepada Bob! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 11:53 AM | Show all posts
go go kaka bobyy
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Lentik ke tak lentik?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyanyi belakang pentas jah lpstu suh la sesapa miming
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 12:16 PM | Show all posts
all the best Bob! lentik ke tak, nyanyi jer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 12:27 PM | Show all posts
hakak tahu dek bob mampooo melentik...hakak hanya mampoo tengok dengan mulut itik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa melaram sakan kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2020 01:32 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-1-2020 04:39 AM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa  ...

oh no dah terbayang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 01:32 PM | Show all posts
Good luck lah Bob mesra...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-1-2020 04:39 AM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa  ...

Wahhh looking forward yach
Lepas tu turun dari atas ke tengah2 stage gitewww...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kg.com taste ct ni baik dri segi penampilan mahupon pemilihan retis utk ganti sheol. Hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2020 01:42 PM | Show all posts

  

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-1-2020 12:39 PM
Jgn terkejut tau kalau kak bobby pakai gown kembang istana zaman purba atas stage.. bila lg nk rasa  ...

Choiiii sangat, memang tak boleh jadi jantan tulen ke Bobby ni??? Tak seswai la nk jadi nyah......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 01:54 PM | Show all posts
kau pun nak melentik jugek ke nyehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 02:19 PM | Show all posts
Confirm ahkak Bobby melaram sakan khueeenzzz? Tazabar iols nak mencerca
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 02:44 PM | Show all posts
kelesss bob..haruslah lah lentiksss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2020 03:33 PM | Show all posts
nk tgk gak Bob ni melentik camner
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 04:12 PM | Show all posts
Good choice! Bob antara penyanyi terbaik negara walaupun agak sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 04:32 PM | Show all posts
lentik boyak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
@Kurex taste tak dengan heols ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.080637 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list