KUALA LUMPUR: Enam wakil PKR dalam Majlis Presiden PH sepatutnya sebulat suara dalam isu peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Enam wakil PKR dalam Majlis Presiden PH itu ialah Saifuddin, Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah , Tian Chua dan Xavier Jayakumar.
Saifuddin berkata, enam wakil terbabit sama sekali tidak boleh membawa suara peribadi dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, sebaliknya hanya suara dan keputusan yang ditetapkan oleh parti.
"Berhubung isu peralihan (jawatan Perdana Menteri), mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini membuat ketetapan bahawa enam wakil parti dalam Majlis Presiden PKR perlu sebulat suara dalam isu peralihan ini.
"Seperti yang diketahui umum, calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar. Ia juga sudah dipersetujui dalam mesyuarat (Majlis Presiden PH) pada Januari 2018," katanya.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama Naib Presiden PKR, Wan Aziziah meninggalkan Ibu Pejabat PKR selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Media semalam melaporkan Azmin memberi peringatan kepada pihak yang menggesa peralihan kuasa supaya lebih mengutamakan kepentingan negara dan bukannya kehendak individu.
Biarpun Azmin tidak menyebut nama sesiapa, Azmin dipercayai merujuk kepada perancangan beberapa ahli parlimen PKR supaya peralihan kuasa berlaku pada Mei tahun ini.
Azmin turut mempersoalkan niat individu tertentu yang menggesa Dr Mahathir berundur walaupun Perdana Menteri sudah menyatakan komitmen untuk menepati janji dan menyerahkan kuasa kepada Anwar.
Saifuddin berkata, enam wakil terbabit sama sekali tidak boleh membawa suara peribadi dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, sebaliknya hanya suara dan keputusan yang ditetapkan oleh parti.
sepatutnya berita di atas dibaca begini:
Saifuddin berkata, enam wakil terbabit sama sekali tidak boleh membawa suara peribadi dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, sebaliknya hanya suara dan keputusan yang ditetapkan oleh Presiden (Anwar) dan Naib Presiden (Wan Azizah).
Post time 19-1-2020 09:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
yg aku nmpk anwar x sbr nk jd pm. Mungkin da x sdp bdn bila kes yusuf rawther up. Takut pisang berbuah 2x.
tp wan jijah diam x berbunyi. Adakah dia ada menyimpan sesuatu tentang anwar. Kalo dia tau anwar kaki liwat dan dia diam je, sahlah wan jijah x bleh pki.
kelmarin ada member cina sorang ni mengeluh business makin teruk. Sian plak aku tengok, muka serabut, maybe ntah berapa byk hutang pun tak tahu la. Dia cakap dia ada byk rumah sewa, tapi byk yg kosong sebab takde tenant, dah setahun kosong tak org nak masuk sewa kondo2 dia kat kl, nak jual harga market takde buyer. Dia bagitahu dah rasa teruk mcm tahun 1997 da
honam replied at 19-1-2020 09:27 AM
kelmarin ada member cina sorang ni mengeluh business makin teruk. Sian plak aku tengok, muka serabut ...
ekonomi mmg teruk. klu tak xde la dividen TH tinggal 1.25% saja, dividen tabung angkatan tentera tinggal 2% saja. tahun sebelumnya 12%. logik ke klu ekonomi bagus dividen drop dari 12% tinggal 2%. paham yg tu sudah le. jgn la dengar kencing mahader & guan eng.