View: 1077|Reply: 1
|
[Tempatan]
Turki Pelawa Malaysia Sertai Program Pembangunan Pesawat Tempur TF-X & Hürje
[Copy link]
|
|
20.01.2020 - Kuala Lumpur, Sejak merdeka, Malaysia membeli senjata yang dikeluarkan oleh negara-negara barat. Oleh sebab itu pembelian tertakluk kepada kebenaran yang diberikan dan kerap kali sistem senjata yang dijual bukanlah versi yang terkini.
Turki ialah negara yang percaya kepada konsep membangunkan senjata sendiri bagi mengurangkan pergantungan kepada negara luar. Menurut laporan Janes, Turki kini mempelawa Malaysia untuk menyertai program pembangunan dua pesawat mereka.
Malaysia dipelawa untuk terlibat dalam pembangunan dan penghasilan pesawat tempur generasi kelima TF-X dan jet pelatih generasi terkini Hürjet. Turki menumpukan perhatian ke atas projek TF-X selepas ditendang keluar dari program pembangunan F-35 kerana pembelian peluru berpandu anti-pesawat S400 dari Rusia. Amerika Syarikat risau teknologi F-35 mungkin jatuh ke tangan Rusia menerusi Turki.
Berita asal https://www.janes.com/article/93720/malaysia-looking-into-joint-production-of-defence-equipment-with-turkey/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak bina kete terbang ke ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|