CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10130|Reply: 43

"Struggle Belajar & Shooting" - Ben Ali Bangga Nadiyah Shahab Tam

  [Copy link]
Post time 24-1-2020 10:56 AM | Show all posts |Read mode







Aktres jelita kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab pernah mencuri perhatian netizen dek kerana penampilan dan wajahnya yang persis Barbie Doll.





Kreditnstagram





Kreditnstagram





Kreditnstagram




Selain bergelar pelakon setelah membintangi drama Asalkan Dia Bahagia dan Suamiku Mat salih Celup, wanita ini turut aktif menjadi model sambilan dan mengacara travel show seperti Lost at Sea terbitan Astro.



Namun siapa sangka di sebalik wajahnya yang cantik, Nadiyah juga merupakan seorang co-founder kepada perniagaan  bakeri Absolut Chocolat yang diusahakan  bersama suaminya  dan turut gigih menimba ilmu dalam bidang perundangan di University of London.


  




Lebih hebat lagi, Nadiyah telah berjaya menamatkan pengajiannya setelah tujuh tahun bergelut dengan shooting dan pelajaran serta menguruskan bisnesnya. Tidak dinafikan, belajar sambil bekerja memang agak sukar. Tahniah Nadiyah Shahab!




  






Lantaran itu, suaminya, Ben Ali telah memuat naik pos di Instagram berbentuk penghargaan sekaligus meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian isteri tercinta setelah berlangsungnya majlis konvokesyen yang berlangsung tanggal 11 Januari 2020 lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan turut menyaksikan Nadiyah memperoleh second class honours in Law Degree dari University of London.





  



Menerusi laman Instagram suaminya, Ali Nadzwan sempat berkongsi perjuangan Nadiyah Shahab dalam menamatkan pelajaran selama tujuh tahun.



"To my wife Nad, walaupun ambil masa 7 tahun untuk habiskan Law Degree. Penantian ini sangat-sangatlah berharga dan berbaloi. Ini semua untuk family dia kata. Bukan untuk dia. Seluruh kaum keluarga meletakkan harapan yang tinggi untuk nak tengok dia berjaya dalam pelajaran. Tapi bukan senang nak capai. Disebalik gambar berjayanya dia ambil ijazah ni, ada cerita"



"Di Singapura, it's all about how far you can go in Education. Kejayaan dalam pelajaran itu penting. But belajar sambil bekerja untuk cari pendapatan sendiri pun bukanlah 1 benda yang mudah. Mula-mula kenal Nadiyah dulu masa baru datang KL, dia cuba untuk cari peluang di KL"



"Alhamdulillah peluang di KL lebih luas dan cerah. Struggle sebenarnya nak bahagikan masa untuk belajar dan shooting. 1 tahun cuma boleh ambik 2/3 paper sahaja. Paper subjek undang-undang ini bukanlah mudah. Nak kena bagi fokus dan tumpuan yang tinggi"


Walaupun berdepan kesukaran dan adakalanya menangis akibat tertekan dan hampir berputus asa namun apabila dipujuk untuk memberhentikan pengajian, Nadiyah tetap cekal meneruskan pengajiannya kerana mahu mengutamakan keluarganya yang telah berhabis ribuan ringgit demi pelajarannya.



Nadiyah mengakui dia mengambil masa yang lebih lama iaitu tujuh tahun bagi menghabiskan pengajian yang sepatutnya tamat dalam masa empat tahun.


"Tapi dalam masa tujuh tahun itu, saya buka sebuah syarikat, mula ceburi bidang peragaan dan pengacaraan serta lakonan. Malah saya juga berkahwin!" tulisnya di Instagram.


Nadiyah turut bercerita di Instagram bahawa dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerja disebabkan jadual yang tidak masuk akal selain perlu berulang-alik ke Singapura  setiap bulan bagi mendapatkan nota utuk kelas yang ditinggalkan sehingga membuatkan dia terlepas beberapa parti dan  acara demi  menumpukan fokus sepenuhnya terhadap pelajaran.


Dalam perkembangan lain, pasangan yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada November 2019 itu kini sedang sibuk mengembangkan perniagaan hasil usaha sama dalam bidang pastri dan kek yang diberi  nama Absolut Chocolat.




  







Tahniah diucapkan kepada Nadiyah Shahab dan semoga berjaya dalam apa jua  bidang yang diceburi.- CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah safiey
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah chuolls
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...muka dia ni fake ka ori?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:59 AM | Show all posts
Dalam iols nak ucapkan tahniah, iols tetap nak lahar boleh?? Fakenyer muka ko sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2020 12:04 PM | Show all posts
ooo singaporean ke cyst ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Who r yusssss? Shuuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 12:09 PM | Show all posts
Tahniah. Makeup tebal je buat dia nampak macam barbie dol
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:12 PM | Show all posts
time jd pengacara travel asean astro dulu kepam aje minah nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 12:30 PM | Show all posts
I selalu wonder kenapa dia perlu repair muka sedangkan dah cukup cantik. Untuk still pictures, ok muka dia. Kalau video, obvious sgt. BTW kwn i pernah try cake choc dia, rasa biasa katanya. Anis choc lagi sedap
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya 7 tahun..standard law dgree 4 thun je kalu buat double degree ie amik syariah baru 5 tahun..ke wat part time?btw uni of london tu memang wat konvo kt klcc ke?sbab masa aku keje convex dulu slalunya yg buat konvo kat klcc ni kolej @ uni swasta..fishynye uni dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia ni kepam pas kawen..muka da cam baki zainal yg melayu boleh ckap cina tuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Legit ke U sheols tu.. just asking.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Xleh sunguh tgk pempuan ni lalu lalang kt ig. Muka palsu gila and yass mcm safiey hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by timah03 at 24-1-2020 11:20 PM

So keputusan okey ke tak.....
Okey..dah baca...dapat 2nd class....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka asal lawa. Mak dia lawa. Masa jadi hos travel asean minat angat. Tak kekok masuk tempat2 berlumpur.

Anyways dia articulate. Kek dia pun sedap. Tak manis. Hehehe.

Downside. Nobody jawab message bila org tanya pasal kek. And ada terus beli di kilang kalau tak silap. Pada i sangat tak elok bila customer berminat nak beli produk. Tidak diendah. I rasa tak cukup tangan depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 05:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki sheols Ben Ali ni sapooooo??? Retis ka????
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
University of London ni ada campus kat Malaysia ke? Tanya google mcm xde. Tp student boleh ambil program University of London ni kat kolej swasta mcm Segi, Brickfield College, Help, KDU, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2020 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerana ada nmpk mcm rupa konvo betul. Iols ucapkan tahniah. Ok lah dr takde mcm kakya kan...

Btw kek charcoal salted egg diorg sedap tak? Iols teringin nk mkn sekeping, bukan sebijik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069283 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list