CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12523|Reply: 173

[Tempatan] Tapak relau peleburan besi purba ditemui di Kedah.

  [Copy link]
Post time 25-1-2020 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Tapak relau peleburan besi purba ditemui di KedahBernama -

January 25, 2020 11:42 AM


Usaha pemuliharaan dan penyelidikan di tapak arkeologi sepanjang Sungai Muda turut dilaksanakan oleh USM selaku penyelidik sah yang dilesenkan. (Gambar Bernama)


KUALA LUMPUR: Jabatan Warisan Negara (JWN) menemui satu tapak relau peleburan besi purba di Kampung Padang Chicak, Jeneri, Sik, Kedah berhampiran Sungai Muda hasil ekskavasi arkeologi yang mula dijalankan sejak 3 Jan lepas.

JWN dalam satu kenyataan berkata, penemuan relau peleburan besi dengan ukuran diameter 496cm dan 108cm tinggi itu turut menemukan bekas air yang mempunyai ukuran diameter 309cm dan 47cm tinggi.

“Penemuan ini sangat penting kerana ciri-ciri arkeologinya sangat tinggi dalam usaha melengkapkan bukti aktiviti peleburan besi purba di sepanjang Sungai Muda.
” … jumpaan sebegini amat bernilai tinggi terhadap data arkeologi negara dan wajar dipelihara sebagai antara sumber ilmu dalam memahami ketamadunan masyarakat lampau di negara ini, dan seterusnya menjana fakta baru pensejarahan negara,” menurut kenyataan itu.

Ia berkata, artifak seperti pecahan tembikar, alatan batu dan sisa pembakaran yang turut dijumpai mengukuhkan bukti bahawa penemuan itu berfungsi sebagai relau untuk melebur bahan besi.

JWN turut bercadang menjadikan relau peleburan itu sebagai antara tarikan utama pameran di Galeri Warisan Arkeologi yang akan dibina di Tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah setelah kajian sistematik dan terperinci selesai dilaksanakan, kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha pemeliharaan dan penyelidikan berterusan di tapak arkeologi sepanjang Sungai Muda turut dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia selaku penyelidik sah yang dilesenkan di bawah Seksyen 86, Akta Warisan Kebangsaan 2005 (AWK 2005).

JWN juga akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah, polis dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memastikan aspek keselamatan tapak supaya ia tidak rosak dan diganggu.

“JWN turut memohon kepada orang ramai agar mematuhi perundangan AWK 2005 (Akta 645) dengan melaporkan segera sebarang jumpaan bersejarah di sekitar Sungai Muda kepada pegawai daerah atau pesuruhjaya warisan,” kata kenyataan itu.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2020 06:57 PM | Show all posts
sarah mana sarah? topik dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 25-1-2020 06:57 PM
sarah mana sarah? topik dia ni..

Thread ni aku tau bakal tenggelam sebab ada sekor 2 monyet dlm CI malu dgn aku.. Dulu kemain gelakkan aku bila aku komen ttg loji peleburan besi ni.. Tapi.. Hahaha...

Next korang akan dengar tentang kapal2 dagang yg depa jumpa dlm tanah kat kwsn yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 03:14 AM | Show all posts
macam2 khazanah lama... candi pun ada dekat kedah tapi dah di robohkan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Agenda cina dap mengatakan semua melayu asal dari Indon
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
1 zaman dengan nabi daud ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2020 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 26-1-2020 06:25 AM
1 zaman dengan nabi daud ke?

Muda sikit dari zaman Nabi Daud kalau ikut timeline yg aku check.. Kemungkinan Melayu Kedah Tua dah ads hbgn dgn kerajaan Nabi Sulaiman  a.s.

Selain tu.. Aku juga jumpa catatan yg menunjukkan Mesir selalu diserang oleh bangsa Pelaut hebat setiap 4-5 tahun.. Yg ni ramai pengkaji percaya adalah Melayu.. 2500 tahun dulu, melayu tua dah merantau hingga ke Baitulmaqdis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Austronesian replied at 26-1-2020 04:16 AM
Agenda cina dap mengatakan semua melayu asal dari Indon

Teori Melayu asal dari Taiwan dan Indon dah lama terbatal sejak penemuan DNA mitokondria Melayu adalah bangsa kedua tertua di dunia.. DNA Mitokondria Melayu berusia 60000 tahun. Depa juga check yg org asli yg paling dekat atau bahasa mudahnya nenek saudara Melayu adalah org asli semang.

Dan DNA MITOKONDRIA juga menunjukkan cina dan india adalah bangsa Muda.. Cina usia dlm 50000 tahun manakala India lebih kurang 40000 tahun.

Sapa yg kata Melayu pendatang adalah bodoh dan pemalas nak membaca..

Melayu saja lupa tentang kehebatan Melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
SMod @winamp05 boleh tak pindah thread ni ke bod HML.. Hahahaha.. Mesti ramai yg komen.. Tq SMod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2020 10:43 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-1-2020 06:47 PM

1.2.1 Rekod Pelayaran dan Tulisan
Sumber tulisan tempatan terpenting yang mencatatkan mengenai sejarah Lembah Bujang adalah Hikayat Merong Mahawangsa (Siti Hawa, 1991). Dalam catatan hikayat tersebut dikatakan mengenai pembukaan sebuah kerajaan di kawasan kaki Gunung Jerai dan kemudiannya berkembang sehingga ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu sehingga ke kawasan Selatan Thailand.

Selain itu, catatan-catatan asing seperti catatan pengembara Cina yang terkenal iaitu I- Tsing dari China (Nilakanta Sastri, 1949) sering menggambarkan Kedah sebagai sebuah pelabuhan di Selat Melaka yang terpenting. Para pedagang datang untuk mendapatkan sumber hasil bumi yang berharga seperti kayu cendana dan kayu agil. Tambahan pula, hubungan Kedah Tua dengan kuasa-kuasa besar yang ada pada ketika itu mengukuhkan kedudukan serta menambahkan kemasyhuran Kedah sebagai wilayah penting untuk tempat pengumpulan barang (Zuliskandar dan Nik Hassan Shuhaimi, 2008) dan tempat persinggahan pedagang semasa pertukaran angin monsun.

Catatan asing yang terawal mengenai Kedah terdapat di dalam puisi Tamil yang disebut Pattinappalai yang ditulis kira-kira antara abad ke-2 dan ke-3. Ia membincangkan Kalagam yang merujuk kepada Kedah. Selain itu, sastera India iaituSilappadikaram dan Kathadaritsagara turut merekodkan mengenainya (Braddell,
1980 dan Weahtley, 1961). Silappadikaram merekodkan Kedah Tua sebagai Kalagam, yang mempunyai erti yang sama seperti Kadaram yang bermaksud hitam. Sarjana lain berpendapat bahawa Kalagam mempunyai hubungan perdagangan dengan Kaveripattinam (Wheatley, 1961). Menurut Allen (1988), Kalagam terlibat di dalam perdagangan eksport. Perkataan Kidaram atau Kadaram telah muncul seawal abad ketujuh atau abad kelapan. Perkataan Kadaram atau Kidaram merujuk kepada ‘besi’ (Thani Nayangam, 1968).

Sumber-sumber asing dari China menceritakan mengenai beberapa negeri purba seperti Tun Sun, Pan-pan, Chih-tu dan Lang-ya-hsiu (Leong 1980). Lembah Bujang atau Kedah Tua disebut sebagai Chieh-cha atau Jiecha yang terletak di bahagian persisir pantai dan terlibat dalam perdagangan maritim antara China dan India (Hergoaulc’h, 2002). I-Tsing pada abad ketujuh (671 Masihi) telah menyatakan yang beliau pernah pergi ke Chieh-cha (Kedah Tua) semasa dalam perjalanan ke India. I- Tsing juga ada merekodkan mengenai artifak besi di Kedah Tua yang beliau jadikan sebagai barang pertukaran dengan buah kelapa ketika berada di Pulau Nicobar (Tibbetts, 1979).

Sumber Arab pula mencatatkan Kedah sebagai Kalah atau Qaqullah (Wheatley, 1961). Abu Dulaf yang telah datang ke Kedah telah menggelarkan tempat ini sebagai ‘Aja’ib al-Hind (The Wonders of India). Ada juga yang menggelarnya sebagai Akhbar as-Sin wa’l-Hind (Tales of China and India) iaitu ‘bar’ merujuk kepada kedudukan Kedah yang terletak di bahagian pesisir pantai. Beliau sangat tertarik dengan Qal’ah yang sangat maju dan mempunyai sistem dalam kehidupan unik dan tersendiri. Penduduknya bekerja sebagai pembuat pedang India yang berkebolehan (Wheatley, 1961).
http://eprints.usm.my/43875/1/Nordianah%20Binti%20Molinka24.pdf




Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa Melayu merupakan antara kelompok manusia terawal di dunia yang mahir dalam industri besi

discovery channel perlu segera  buat liputan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:14 AM | Show all posts
tamadun kilang besi kedah tua 500 tahun sebelum zaman nabi isa



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:19 AM | Show all posts
Bayangkan betapa luasnya Kilang peleburan besi berusia 2000 tahun yang lalu. Artifak2 kilang besi ditemui di Sungai Batu, Kedah. Bayangkan sudah ada tamadun Melayu hebat di Kedah, yang mana tamadun Melayu Kedah ini lebih awal dari Hagia Sophia di Konstantinopel (1500 tahun lalu) dan lebih awal dari tamadun Islam di Tanah Arab (1400 tahun lalu) atau mana-mana tamadun di rantau asia tenggara yang lain.

Penemuan tamadun Sungai Batu yang usianya 500 tahun sebelum zaman Nabi Isa di Sungai Batu Kedah adalah amat mengejutkan ramai ahli sejarah tempatan dan antarabangsa.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:20 AM | Show all posts
Ini adalah keterangan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia tentang zaman besi di Asia Tenggara. Kesemua tempat yang mempunyai besi ini tidak dijumpai fungsi lain selain berkaitan besi. Ada yang ditemui tapak peleburan besi tetapi tidak mempunyai fungsi yang banyak seperti di Sungai Batu Kedah. Sungai Batu hampir melengkapi fungsi sebuah pusat tamadun kerana adanya pelabuhan, ekonomi yang sangat jelas, tapak ritual keagamaan atau kepercayaan dan pembinaan bangunan pentadbiran. Di setiap tempat yang bertanda di dalam gambar tidak dijumpai sebagaimana dijumpai di tapak arkeologi Sungai Batu Kedah.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:21 AM | Show all posts
Very costly. Tapi sgt2 merugikan unt generasi masa depan kalau tak dapat naikkan kapal2 ni



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
i rasa.yakjuj makjuj juga di tanam di kedah tua.sebab apa.sebab nya kedah tua sudah pandai melebur besi.bukan kah benteng yakjuj makjuj ni di bina dari kepingan besi dan cairan tembaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2020 11:24 AM | Show all posts
pernah pegi sini...kerajaan kedah x ada modal nak bantu pengkaji2 sejarah tanahair...  tu yg terbiar jer.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:27 AM | Show all posts

Sungai Merbok, pusat perdagangan Kedah Tua



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:28 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2020 11:29 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.132931 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list