CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3019|Reply: 26

[Tempatan] Cubaan Lepas Diri: Mujahid Tiada campur tangan politik dalam penjualan aset TH

  [Copy link]
Post time 27-1-2020 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata pengurusan Tabung Haji Plantations (THP) diberi kepercayaan penuh dalam menjalankan jual beli aset miliknya.

Mujahid merujuk penjualan sebahagian daripada ladang kelapa sawit milik Tabung Haji Plantations (THP) kepada Tamaco Plantations Sdn Bhd pada harga RM170 juta, yang dibangkitkan beberapa pihak, antaranya bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sepanjang menjadi menteri, beliau berkata agensi di bawahnya diberi kepercayaan penuh menjalankan urusan tanpa campur tangan politik.

"Perkara sama terhadap THP. Tabung Haji hanya memiliki 72 peratus saham dalam THP dan saya langsung tidak mencampuri sebarang urusan jual beli melibatkan THP.
"Ini kerana saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat ini daripada terus mengalami kerugian," katanya dalam kenyataan, sambil menambah transaksi jual beli adalah perkara biasa dalam mana-mana syarikat.



Tabung Haji telah luluskan 76.2% jumlah keluasan tanah ladang milik TH Plantations dijual tapi Menteri Haji kata dia tak terlibat dan tidak perlu mengambil tahu.

Jumlah keluasan tanah ladang milik TH Plantations akan turun dari 101,000 hektar ke 24,000 hektar pada masa harga sawit memulih, Menteri Haji kata dia tak terlibat dan tidak perlu mengambil tahu.

Dia juga tak kata dia akan halang penjualan ini kerana ianya terpulang kepada TH Plantations.

Menteri yang kononnya jaga Tabung Haji tidak perlu ambil tahu hal-ehwal dan urusan Tabung Haji pada masa harta dan tanah Umat Islam dijual secara lambak.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2020 08:42 AM | Show all posts
WAJAR LETAK JAWATAN MENTERI JIKA TIDAK MAHU TERLIBAT URUSAN TABUNG HAJI

Saya menelitii kenyataan YB Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak perlu mencampuri urusan agensi-agensi Agama di bawah beliau khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuk Lembaga Tabung Haji (TH)

Harus diingat kenyataan ini perlu turut dibaca bersama Akta Tabung Haji 1995 yang dengan jelas memperuntukkan kuasa kepada Menteri dalam hal ehwal TH demi menjaga kepentingan umat Islam terutamanya para pendeposit.

Justeru apabila melibatkan kepentingan 9.4 juta umat Islam sedang digadaikan bagaikan jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang milik TH Plantations yang berkeluasan 101,000 hektar menjadi hanya 24,000 hektar pada masa harga sawit memulih, sudah tentulah Menteri perlu bertanggungjawab untuk menghentikannya!

Apatah lagi banyak persoalan yang telah saya utarakan perlukan jawapan tuntas:-

1. Mengapa ditukar Jurunilai baharu sehingga penilaian harga jauh daripada nilai buku asal? (RM380 juta kepada hanya RM122 juta)

2. Mengapa dijual kepada Tamaco pada harga RM177 juta dibawah nilai buku penilaian asal (hilang RM210 juta)? Dengan bahasa mudah, Tamaco memperoleh 'diskaun' selepas pertukaran jurunilai. Sekiranya penjualan ini adalah bagi membaiki ratio ekuiti:hutang, kenapa dijual dengan harga sedemikian? Bukankah sepatutnya dijual dengan kadar sama atau lebih tinggi dari harga pasaran?

3. Mengapa dijual ladang-ladang ini jika kerugian syarikat hanya sekali dalam tempoh 12 tahun? (TH Plantations tidak pernah rugi sejak tahun 2006 hingga 2017. Ia hanya rugi pada tahun 2018 iaitu selepas kejatuhan besar-besaran harga sawit)

4. Mengapa dijual ladang-ladang sawit ini ketika harga sawit sedang memulih? (Kos break-even TH Plantations adalah RM2200 per tan. THP rugi pada tahun 2018 apabila harga minyak sawit menjunam ke RM2000 se tan. Tetapi hari ini harga sawit sudah mencecah RM2900/tan.

5. Mengapa Tamaco yang dipilih membeli ladang-ladang TH? Bukankah sepatutnya segala penjualan aset kepada pihak luar / swasta semoleknya melalui proses tender supaya THP mendapat nilai yang terbaik. Adakah ia sudah dibuat?

YB Menteri juga tidak wajar 'merendah-nilaikan' (downplay) pegangan 74% saham TH dalam THP walhal pegangan sebesar ini bermakna TH mempunyai pengaruh besar yang signifikan dalam operasi dan hala tuju strategik THP termasuklah pelantikan pengurusan tertinggi!

Oleh yang demikian adalah amat mengecewakan jika Menteri lepas tangan daripada mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan 9.4 juta pendeposit dalam isu penjualan lambak tanah-tanah berpotensi tinggi untuk masa depan ekonomi umat Islam.

Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar YB Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa harus segera MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB atau lebih baik MELEPASKAN SAHAJA JAWATAN SEBAGAI MENTERI!

Saya juga masih berharap agar YB Menteri menerima pelawaan pihak Astro AWANI untuk diadakan satu sesi dialog khas ‘one-on-one’ dengan saya mengenai isu-isu Tabung Haji demi manfaat rakyat terutamanya umat Islam.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

25 Januari 2020



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
wunan88 replied at 27-1-2020 08:42 AM
WAJAR LETAK JAWATAN MENTERI JIKA TIDAK MAHU TERLIBAT URUSAN TABUNG HAJI

Saya menelitii kenyataan  ...

Setan2 ph ckp ini cairkan aset yg liabiliti pd th.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu mujahid mmg terlibat, semoga Allah berikan balasan azab yang setimpal utk setiap sen penganiayaan yang dilakukan pada umat islam kat Malaysia ni dengan kadar segera.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin menjadi-jadi isu TH
Keluar mulut harimau masuk mulut buaya.
Dulu aku kosongkan ASB dan transfer semua duit ke tabung haji sebab taknak fikir isu syubhah,halal haram dan tak payah pening pasal isu zakat.
Skrg ni lain pulak jadinya. Makin teruk
Semoga semua yang terlibat dan penyelewengan dan pengkhianatan duit tabung haji ni akan terima balasan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:03 AM | Show all posts
TH bwh kerajaan lama kumpul aset... TH bwh kerajaan baru kalut jual aset.  bukan TH jer...  Khazanah pun kalut jual segala aset. Tabung angkatan tentera pun sama... jual aset2 strategik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
senang je jawapan nk selamat.... tak tahu. tak tahu. tak tahu.... ulang le smpi mampos
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
celaka mujahid ni.. itu je nak ckp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 09:34 AM | Show all posts
klu TH sukses mesti dia yg claim kejayaan.  bila TH melingkup dia bagi alasan itu semua kerja TH
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak jual... Zaman bn dulu bukan main lagi mengutuk. Kalau dia buat takpe. Hipokrit nak mampus. Celaka la menteri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg baru bersuara. Pastu lepas tengkuk dia jer. Kau letak jawatan jer lah giler!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:03 AM | Show all posts
kepakaran mrk ialah menjual aset.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Butoh ko. Menteri sial.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bodoh kata pencacai..

Tapi 74% adalah kecik?

Ohhh Mujahid rupanya GAGAL MATH
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lemak_masin at 27-1-2020 10:32 AM

Barua dap ni mmg nak jual semua harta melayu dan islam skit2.. kasi terduduk abis ekonomi orang islam kat malaysia ni..  padahal pada zaman bn takde pun masalah..
kalau kata nak cairkan aset pun apsal jual dengan harga yang amat rendah.? memang sengaja nak menjahanamkan.
Giler..! Jahanam laaa korang di dunia dan akhirat!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh juga mujahid ni ye. Tak bleh blah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ph hilang kuasa nanti siap la sekor sekor kena masuk lokap
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
aku ni mmg stp bulan potong gaji masuk TH
tp sejak babi mujahid ni buat perangai mcm munafik setan dlm TH, takdenye aku nk simpan duit lagi kt TH nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 12:01 PM | Show all posts
ya allah ya tuhanku moga mereka yang bersubahat dengan cina komunis jual aset tabung haji penunggang agama di humban ke dalam api neraka mu. mereka bertopengkan agama penunggang agama. mereka susahkan hamba hamba mu menunaikan ibadah haji. hancur leburkan mereka ya allah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.083516 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list