CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5845|Reply: 54

[Jenayah] Kanak2 tiga tahun mati ditikam

  [Copy link]
Post time 28-1-2020 02:17 AM | Show all posts |Read mode
Muhaamad Hafis Nawawimhafis@hmetro.com.my


“SAYA tidak tahu punca mengapa dia (adik ipar) tergamak menikam anak saudara saya kerana ketika kejadian kami berada di tempat kerja,” kata Mohd Afandi Ibrahim, 34.

Mohd Afandi adalah penjaga kanak-kanak perempuan, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, yang maut ditikam bapa saudara di Felda Cherul 2, Kemaman, Terengganu, hari ini.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada isterinya memaklumkan Nur Hafiya ditikam ketika berada di rumah mentuanya di Felda Cerul 2.

“Saya dan isteri (Noradila Ramli) menjaga Nur Hafiya sejak ibu meninggal dunia Ramadan lalu akibat kemalangan sementara bapanya pula bekerja di Johor.

“Jadi, kami berdua yang membantu menjaganya yang mana sebelah siang, dia bersama datuk dan neneknya sebelum isteri akan mengambilnya jam 6 petang selepas pulang dari tempat kerja,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, adik iparnya yang menikam kanak-kanak itu sebelum ini tidak tinggal bersama keluarga mentuanya dan baru saja pulang ke kampung sejak empat bulan lalu.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari menyebabkan mangsa berusia tiga tahun maut serta-merta.

Difahamkan, dia ditikam di dada oleh lelaki berusia 26 tahun itu menggunakan pisau pemotong sayur berukuran 10 sentimeter.

Suspek dipercayai penagih dadah dan menghidap masalah mental.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dijangka hari ini.

Berita berkaitan

• Kanak-kanak 3 tahun dibunuh bapa saudara

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 8:15 PM




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2020 02:18 AM | Show all posts
Rosli Ilhamcnews@nstp.com.my


LELAKI yang menikam kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Felda Cherul 2, Kemaman, hari ini, dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan oleh penduduk kampung sebelum menyerahkannya kepada polis.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek yang juga bapa saudara mangsa positif methamphetamine.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman esok untuk mendapat perintah tahanan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari menyebabkan mangsa, Nur Hafiya Aufa Mohd Taquddin, 3, maut serta-merta.

Hanyan berkata, kejadian disedari ibu saudara mangsa yang kemudiannya bertindak menghubungi suaminya sebelum mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherul.

“Mayat dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Berita berkaitan

• 'Kenapa tikam Hafiya?'

• Kanak-kanak 3 tahun dibunuh bapa saudara

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 9:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok berita tv3... Di sebut berlalu di kemaman terengganu... Terus iols dah boleh agak, mat pit la ni.. tak payah nak kata masalah mental bagai.... Dah taik dadah tu taik dadah jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 02:51 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 02:28 AM
Tengok berita tv3... Di sebut berlalu di kemaman terengganu... Terus iols dah boleh agak, mat pit la ...

Ganu ghamai ke mat pit ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh agak kalau mendadih kompem mental..solutionnya para pendadih ni patut dihukum mati je ikut logik..dibiar hidup yang tak berapa nak 'hidup' tu peratusan untuk menjahamkan hidup org lain amatlah tinggi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 04:59 AM | Show all posts
ellez replied at 28-1-2020 04:45 AM
Dah boleh agak kalau mendadih kompem mental..solutionnya para pendadih ni patut dihukum mati je ikut ...

masalahnya negara kita sediakan Univ Serenti ............................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 28-1-2020 04:59 AM
masalahnya negara kita sediakan Univ Serenti ............................

Bagi iols pusat serenti mungkin membantu kepada pemulihan para penagih awal yang baru berjinak2 dgn dadah..kalau dah tahap tegar tu dah tak berkesan dan ibarat mengabihkan boreh je kan GAM..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 05:24 AM | Show all posts
ellez replied at 28-1-2020 05:21 AM
Bagi iols pusat serenti mungkin membantu kepada pemulihan para penagih awal yang baru berjinak2 dg ...

ni kwn gua citer la..kat Indon xda univ serenti

penagih 2 ni depa masukkan penjara dgn makanan khas

nasi gaul dengan pasir

Gua ingat kalau Malaysia buat,mahu taubat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu koi pernah terbaca dalam majalah,ada satu pusat pemulihan yang menggunakan kaedah islam dan tradisional iaitu menggunakan air kelapa yang dibacakan dengan ayat2 al quran terpilih lalu diberi minum para penagih beberapa kali(rasanya yang tegar pun insyaallah boleh dipulihkan khabarnya)..perawatan rohani dan jasmani..tapi lupa lokasi pusat tu kat mana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 05:30 AM | Show all posts
ellez replied at 28-1-2020 05:26 AM
Dulu koi pernah terbaca dalam majalah,ada satu pusat pemulihan yang menggunakan kaedah islam dan tra ...

ada anak buah gua masuk pusat rawatan Islam yg tok garu pegang mentol menyala tu

haram menjadi

skrg dah main ketum pula
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 28-1-2020 05:30 AM
ada anak buah gua masuk pusat rawatan Islam yg tok garu pegang mentol menyala tu

haram menjadi ...

Alamak..sowi ye GAM nak cakap..ibarat peribahasa anji*g kalo da bese makan taik,tak dapat makan,hidu pon jadilah kan..huhuhu

Semoga anak sedara uols insap satu hari nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:08 AM | Show all posts
Nak ot sket..bole tak minta tolong pada sesapa yang tau setel permasalahan ni..mohon tengok post iols kat bawah..

masalah tiles aka mosaic bertompok putih kesan detergent

Post kat benang sana xde sambutan..huhuhu

Harap momod FC tak potong tacangs iols yang seciput ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:18 AM | Show all posts
ellez replied at 28-1-2020 06:08 AM
Nak ot sket..bole tak minta tolong pada sesapa yang tau setel permasalahan ni..mohon tengok post iol ...
FC dah tengok tengok semua posting Ellez ... ok lah memng bukan niat nak iklan.
Semoga dapat atasi masalah tu.


Semoga pembunuh tu dapat hukuman bunuh juga



Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadah lagi.. Ni pun satu masalah.. Yg patut diselesaikan pada akar.. Selagi punca dadah tak kasi hapus sampai sekor pun x ada.. Selagi tu la penagih dadah wujud di malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:30 AM | Show all posts

ramai... nak sewa rumah sana pun takut iolsss... takut kena pecah masuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 07:37 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 07:30 AM
ramai... nak sewa rumah sana pun takut iolsss... takut kena pecah masuk...

ingatkan dh xda..ye la pemerintahan membangun bersama Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 08:25 AM | Show all posts
ellez replied at 28-1-2020 04:45 AM
Dah boleh agak kalau mendadih kompem mental..solutionnya para pendadih ni patut dihukum mati je ikut ...

kan syed saddiq kata xnak gunakan term penjenayah kat penagih

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:27 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 28-1-2020 07:30 AM
ramai... nak sewa rumah sana pun takut iolsss... takut kena pecah masuk...

kat mana ade mat pit
kat situ la penduduknya x aman
sentiasa dlm ketakutan
waima sorang jer penagih dlm kampung tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk pun dah tau kerja penagih & serta merta terbayang Ganu......

Tak de org nk tikam budak kecik...sejahat jahat perompak pun tak tergamak tikam budak kecik.....mat pit je yg sanggup tikam, semelih budak & mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah dijangka. I tetap dgn pendirian penagih harus dihukum mati sahaja atau pindah kan dipulau khas utk mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.088402 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list