CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 10

[Dunia] Jepun beri amaran coronavirus jejas ekonomi

[Copy link]
Post time 28-1-2020 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GuaAnakMelaka at 28-1-2020 04:12 PM




TOKYO: Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura memberi amaran keuntungan korporat dan pengeluaran kilang akan terjejas daripada wabak coronavirus di China yang memberi kesan kepada pasaran serta keyakinan global.

Pasaran saham Asia menambah penjualan besar-besaran apabila wabak di China itu, yang sudah membunuh 106 orang dan merebak ke beberapa negara, mencetuskan kebimbangan akan menjejaskan ekonomi kedua terbesar dunia yang juga enjin pertumbuhan global itu.

“Terdapat kebimbangan mengenai impak ekonomi global daripada merebaknya jangkitan di China, pengangkutan terhenti, pembatalan kumpulan pelancong dari China serta lanjutan Tahun Baharu Cina,” kata Nishimura pada sidang akhbar selepas satu mesyuarat kabinet.

“Jika situasi mengambil masa lebih lama untuk reda, kami bimbang ia boleh menjejaskan eksport Jepun, output dan keuntungan korporat melalui impak ke atas penggunaan serta pengeluaran China,” katanya.

China adalah destinasi eksport kedua terbesar Jepun dan pasaran besar bagi peruncitnya.

Warga China merangkumi 30 peratus daripada pelancong mengunjungi Jepun dan membelanjakan 40 peratus daripada jumlah perbelanjaan pelancongan tahun lalu, demikian menurut satu kaji selidik industri.

Wabak itu boleh memberi kesan kepada gedung beli belah, peruncit dan hotel di Jepun, yang memperoleh jualan tambahan daripada kemasukan pelancong Cina semasa cuti perayaan.

Pengeluar kereta, Honda Motor, yang mempunyai tiga kilang di Wuhan, iaitu ibu negeri wilayah Hubei yang menjadi pusat wabak itu, merancang memindahkan kakitangannya.

Aeon akan menutup pusat beli belahnya di bandar itu sehingga Khamis ini.

Ahli Ekonomi di SMBC Nikko Securities menganggarkan jika larangan China kepada kumpulan pelancongnya dibuat sehingga enam bulan lagi, ia akan menjejaskan sehingga 0.05 peratus pertumbuhan ekonomi negara itu.

Sebahagian lagi menjangkakan potensi kerosakan wabak itu kepada ekonomi adalah lebih buruk.

Ketua Ahli Ekonomi Dai-ichi Life Research Institute, Hideo Kumano, berkata penurunan pelancong dari China akan menjejaskan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sehingga 0.2 peratus.

-Reuters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2020 04:05 PM | Show all posts
baghu buka 3 tahun ?

xkn  sbb korona???
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka bajet 500 juta kerajaan bagi boleh tutup sekelip mata. Entah tak nampak apa yang menarik untuk pergi. Memang la kurang promosi. Ni projek abang jejai ke adik dia entah cuba la sprm tanya bajet 500 juta tu habis ke mana, banyak benda tak siap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:09 PM | Show all posts
haa dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap.. Ni citer perak ka citer jepun?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:24 PM | Show all posts
Menteri: Koronavirus mungkin beri kesan ekonomi jika berlanjutan

https://www.malaysiakini.com/news/508659

M Fakhrull Halim

Diterbitkan Hari ini 1:16 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 1:18 tengahari



Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohaned Azmin Ali berkata wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) belum mencapai tahap menjejaskan ekonomi negara, tetapi tidak menolak kemungkinan itu jika ia berterusan.

Bagaimanapun Azmin berkata pada masa ini beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.

"Sekiranya perkara ini berterusan seperti juga dengan wabak-wabak lain sebelum ini, pastinya ia akan beri kesan kepada ekonomi negara.

"Namun saya tak mahu membuat spekulasi kerana perkara ini perkara serius yang perlu dipantau oleh agensi dan kementerian berkenaan.

"Dan kita (Kementerian Hal Ehwal Ekonomi) akan ambil maklumat dan nasihat daripada mereka tentang langkah seterusnya untuk diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Acara Kerjasama Strategik Petronas dan Agrobank: Program Memperkasakan B40 di Pusat Persidangan Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan wabak itu, yang setakat ini mencatatkan 4,500 kes dengan 106 kematian di China, kepada ekonomi negara.



Mengulas lanjut, Azmin berkata belum ada keperluan untuk menghentikan kegiatan import dan eksport dengan China, terutama dari Wuhan.

Tetapi kerajaan tidak memenadang remeh isu wabak itu dan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan sentiasa membuat pemantauan secara dekat, katanya lagi.

"Sebab itu setelah taklimat Kementerian Kesihatan kepada perdana menteri, kerajaan mengambil keputusan mengehadkan pergerakan (kemasukan warga China dari) dua Wuhan dan Hubei. Itu saja pada ketika ini, namun kita masih memantau keadaan semasa," katanya lagi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan memberi tumpuan kepada pergerakan pelancong dan bahan makanan dari China bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia.

Setakat ini, ada empat kes positif koronavirus yang telah disahkan di Malaysia, kesemuanya melibatkan warga China di Johor.

Sementara itu empat individu, termasuk dua warga tempatan, yang disyaki dijangkiti virus itu kini ditempatkan di wad isolasi di hospital.



Kementerian Kesihatan hari ini memperkukuh saringan kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) negara sebagai langkah kesiapsagaan menangani jangkitan virus itu.

Ia termasuk menempatkan pengimbas haba di pusat-pusat entri bagi mengesan kehadiran individu yang mempunyai gejala demam, antaranya di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) yang merupakan pintu masuk darat dari Singapura.

Purata pelancong China yang masuk melalui KSAB adalah 3,000-3,500 orang sehari sepanjang 2019.

KKM turut mengeluarkan senarai 26 hospital di seluruh negara yang akan berfungsi sebagai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan sahih bagi 2019-nCoV.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 04:25 PM | Show all posts
sukahati tukar content...kan ke konpius
delete ajer lah thread buat baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
So, Jepun ban pelancong China dak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2020 05:37 PM | Show all posts
edoraixora replied at 28-1-2020 04:25 PM
sukahati tukar content...kan ke konpius
delete ajer lah thread buat baru

Mod FC ni laju taw campak thread ke jamban ..Subuh2 thread gua masuk jamban
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 05:38 PM | Show all posts
EJALTI replied at 28-1-2020 04:24 PM
Menteri: Koronavirus mungkin beri kesan ekonomi jika berlanjutan

https://www.malaysiakini.com/new ...

pelancong China 2 juta ..makcik jual pisang goreng pun blh jd jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan masing2 kena buang kerja bertambah lagi kes ni....Japan yang kaya pun kena jimat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068480 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list