CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3567|Reply: 51

[Tempatan] #42 Laporan ujian air kencing ADUN Bersatu masih tak dapat! WOW...hahahh

  [Copy link]
Post time 28-1-2020 04:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 14-2-2020 12:11 AM

Polis masih tunggu laporan ujian air kencing Adun Bersatu
Dikemaskini Hari ini 3:40 petang

Polis masih menunggu ujian patologi berhubung sampel air kencing yang diperoleh dari tangkapan kes dadah di sebuah kondominium di Puchong pada 12 Jan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Mohd Khalil Kader.

Mohd Khalil ditanya mengenai status Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah yang merupakan antara individu yang ditangkap dalam kes itu.

"Kami masih menunggu laporan.

"Siasatan masih dijalankan. Kami masih menunggu laporan patologis. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menerima laporan itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 17 individu ditahan semasa serbuan itu.

Adhif Syan, yang juga ketua Pemuda Bersatu Selangor, menafikan sebarang kesalahan, mendakwa bahawa dia berada di "tempat yang salah pada masa yang salah.

Sebelum ini, Khalil berkata walaupun ujian dadah awal yang dijalankan oleh polis positif, mereka masih memerlukan keputusan ujian patologi untuk pengesahan.

Mengulas mengenai isu lain, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim semalam disoal siasat mengenai rakaman audio yang dikeluarkan oleh SPRM.

Ditanya bila kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak akan diambil, beliau menjawab: "Saya belum menerima sebarang kemas kini."

Menjawab soalan lain, Abdul Hamid berkata bahagian penyiasatan khas Bukit Aman (D5) sedang menangani banyak kes yang berkaitan dengan hubungan kaum dan oleh itu, tidak ada jangka masa untuk membincangkan penyiasatan berkenaan.

"Kami akan memanggil mereka satu persatu. Perkara itu akan disiasat secara adil dan telus," katanya.

Pada 8 Jan lepas, SPRM mengeluarkan beberapa rakaman audio melibatkan perbualan telefon Najib dengan beberapa individu mengenai skandal 1MDB.

Turut didedahkan ialah perbualan Azeez dengan bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, yang ketika itu bersama Jabatan Peguam Negara.

Najib, yang sedang berdepan perbicaraan susulan pertuduhan yang berkaitan dengan 1MDB, berkata beliau akan memulakan prosiding penghinaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya kerana mendedahkan rakaman perbualannya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Laporan air kencing tu guna lab negara Uganda.. Mesti la lambat.. Korang ingat dekat ka Uganda dgn Malaysia mcm jiran sebelah?

Korang niii pun
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:46 PM | Show all posts
Sama la kes anak mat sabu dulu..bertukar tahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hm husnuzon chuollss,,  air kencing vip ni struktur kimia dia sangat berbeza sebab tu berbulan2 baru report keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:56 PM | Show all posts
wow sangat.


makmal tutop chinese new year kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 28-1-2020 04:46 PM
Sama la kes anak mat sabu dulu..bertukar tahun

gila kan.. kes urine org biasa x sampai sehari dah tau result.  air kencing PH sampai bertahun peram
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-1-2020 05:34 PM | Show all posts
sama la kes EXCO Perak
ambik masa juga nak settle
tak kira la bersalah ke tidak
sempat lagi exco gi sidang dewan
Cina DAP  
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
agak dah...klu kena geng PH mesti slow.  mcm video semburit tu.  video tulin tapi muka kononnya x cam.  padahal satu msia kenal tu muka siapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 05:41 PM | Show all posts
pekat sangat "piii-hhhh" nye kottttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 05:44 PM | Show all posts
kes ni rumit
ni pun susah korang semua nak faham ka
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
PH dgn air kencing berpisah tedaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Gua yakin mamat ni lepas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Amanah kes air kencing
Bersatu kes air kencing
DAP kes rogol
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Rule of law terpilih

Terpakai utk bn dan rakyat jah rules tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh sgt dia tukar air kencing klu gini, dia amek org lain punya. Klu mat rempit jam jam tu jgk dpt. Ni nk tlg tgk sekali kot2 ada kencing manis ke, batu karang ke. Nk tlg buat appointment kt hospital sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
baghal_bortuqal replied at 28-1-2020 04:56 PM
wow sangat.



Kena hold dulu, semua makmal sibuk dgn kes virus dr wuhan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2020 10:32 PM | Show all posts
ya
makmal sibuk sejak 12 Jan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 09:32 AM | Show all posts
test air kencing mat rempit tepi jalan masa operasi tak sampai sejam dpt result
bodoh amat penyokong hancing yang masih tak nampak fishy benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg biasa kita dgr kan urine test waktu kene tahan positive. Masuk test kali ke 2 di makmal terus negetive.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2020 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg result di tunggu ni lebih detail dan accurate. Tp lama sangat nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.553044 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list