CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] #42 Laporan ujian air kencing ADUN Bersatu masih tak dapat! WOW...hahahh

  [Copy link]
Post time 5-2-2020 06:43 PM | Show all posts
kencen bukan sebarang kencen;
kencen bersepah di pantai buruk;
kencen ni bukan sebarang kencen;
kence ni ph nya terokkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2020 12:10 AM | Show all posts
Masih tunggu keputusan air kencing


POLIS masih menunggu hasil laporan ujian saringan air kencing kali kedua daripada pakar patologi berhubung kes 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong pada 12 Januari lalu.

Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Roze Shaari berkata, tindakan susulan akan diambil sejurus menerima laporan berkenaan.

“Kami masih menunggu keputusan laporan itu. Saya tidak boleh memberi satu tempoh masa bila polis dijangka akan menerima laporan terbabit.

“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan kes itu akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Pada 28 Januari lalu, Pengarah JSJN Bukit Aman ketika itu, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilaporkan berkata, polis sudah menjalankan ujian saringan air kencing untuk kali pertama dan ujian kedua diserahkan kepada pakar patologi untuk mendapatkan pengesahan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dipetik berkata, JSJ Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan sekiranya laporan berhubung kes berkenaan diperolehi nanti.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah ditahan bersama 16 individu lain dalam serbuan di sebuah kondominium yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

Hasil saringan awal dilakukan terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka didapati positif dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Februari 2020 @ 10:36 PM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 10:54 AM | Show all posts
Keputusan siasatan kondominium runtuh siap dalam sebulan - Menteri Kerja Raya
Bernama | Diterbitkan pada Februari 19, 2020 07:59 MYT

KUALA LUMPUR: Keputusan siasatan ke atas sebahagian struktur kondominium 37 tingkat dalam pembinaan yang runtuh di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini Jumaat lepas dijangka siap dalam tempoh sebulan, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Beliau berkata pegawai Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berada di lapangan sejak insiden itu berlaku, mengumpul maklumat dan bukti untuk menjalankan siasatan dalam pelbagai aspek.

"Berkaitan insiden itu, saya ingin mengingatkan peserta industri pembinaan supaya mematuhi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkaitan pembinaan.

"Adalah jelas mengikut akta semua pekerja perlu didaftarkan dengan CIDB selain daripada memastikan bahan binaan dan produk menepati standard tinggi di bawah Perakuan Pematuhan Standard' (PPS)," katanya dalam sidang media sempena pelancaran Portal Maklumat Pembinaan Sehenti CIDB - CONVINCE di sini pada Selasa.

CIDB sedang menyiasat insiden itu di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994, iaitu, Seksyen 33D(1) mengenai Sijil Pematuhan Standard, Seksyen 33A(1) mengenai pendaftaran pekerja dan akreditasi dan Seksyen 25 (1) berkenaan pendaftaran kontraktor.

Sementara itu portal CONVINCE, satu inisiatif utama di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) dari 2016 - 2020, kini boleh diakses oleh semua pemegang kepentingan industri.

CONVINCE menyediakan maklumat terkini dan dikemas kini dalam bentuk perangkaan pembinaan interaktif, perkhidmatan permintaan data, penerbitan digital dan direktori pencarian.

Baru berkata maklumat yang disediakan menerusi CONVINCE akan membolehkan organisasi membuat formulasi dasar yang lebih berkesan, perancangan strategik dan ramalan industri pembinaan.

"Mempunyai akses maklumat pembinaan komprehensif akan membolehkan peserta industri dan pemegang kepentingan membuat keputusan berdasarkan maklumat dan mengurangkan risiko perniagaan, katanya.

--BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 10:55 AM | Show all posts
sori 'tersilap' copy paste
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha... urine test yg satu hari boleh siap kini jadi rumit sejak Ketua Polis & AG lantikan PH campur tangan.   cctv HD pun x blh cam muka siapa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 19-2-2020 10:54 AM
Keputusan siasatan kondominium runtuh siap dalam sebulan - Menteri Kerja Raya
Bernama | Diterbitkan ...

siasatan kondo runtuh lg mudah dari air kencing anak mat sabu &  adun Bersatu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2020 12:40 PM | Show all posts

12 Januari ambil sampel air kencing
sekarang sudah 19 Februari...

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 02:22 PM | Show all posts
teknologi paling canggih pun susah dpt result bila berdepan dgn air kencing PH  


POLIS masih menunggu hasil laporan ujian saringan air kencing kali kedua daripada pakar patologi berhubung kes 17 individu termasuk seorang ADUN Bersatu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 02:23 PM | Show all posts
rashiman replied at 19-2-2020 12:40 PM
12 Januari ambil sampel air kencing
sekarang sudah 19 Februari...

klu mat rempit biasa,  pagi buat urine test, petang dah tau result.   kencing PH mmg luar biasa DNA nya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 03:00 PM | Show all posts
harizs replied at 19-2-2020 02:23 PM
klu mat rempit biasa,  pagi buat urine test, petang dah tau result.   kencing PH mmg luar biasa DN ...

bukan beshe2 hokehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 19-2-2020 03:00 PM
bukan beshe2 hokehhhhh

air kencing luar biashe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2020 06:05 PM | Show all posts
ada apa2 berita terkini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.082004 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list