CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2656|Reply: 27

[Tempatan] [Coronavirus] Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia gesa henti pelancong

  [Copy link]
Post time 28-1-2020 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-1-2020 08:45 AM

Menteri gesa henti sekat pelancong ke lokasi tumpuan
https://www.malaysiakini.com/news/508674

Diterbitkan Hari ini 2:37 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 4:32 petang



Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menulis surat kepada pihak yang berkenaan agar menghentikan larangan kepada pengunjung yang mahu melawat sesuatu lokasi tumpuan pelancong.

Menterinya, Mohamaddin Ketapi, berkata larangan tersebut adalah tidak bagus dan salah sama sekali.

"Orang yang dah masuk ke negara ini adalah yang sihat dan kita akan (tulis) surat kepada pusat-pusat pelancongan ini," katanya.

Menurut beliau pihak yang berkenaan diminta memberikan kerjasama untuk tidak menghalang mana-mana pelancong yang berhajat mengunjungi tempat yang menarik minat mereka.

"Tolong jangan halang pelancong untuk melawat tempat yang perlu dan yang nak dilawati oleh pelancong-pelancong ini.

"Ini tak bagus, ini salah sama sekali. Kita nak halang orang melawat dalam negara kita, apa semua ini?" soalnya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas dan taklimat bersama kementeriannya dan Kementerian Kesihatan Malaysia, di Putrajaya, hari ini.

Mohamaddin berkata demikian sebagai mengulas langkah pentadbiran Masjid Putra di Putrajaya yang menutup rumah ibadat itu kepada pengunjung bukan Islam.

Sasaran tak berubah
Langkah itu bermula sejak 26 Jan lalu ekoran kebimbangan terhadap penularan virus Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Jurucakapnya dilaporkan berkata, penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pengunjung beragama Islam yang datang untuk menunaikan solat.

"Pelawat bukan Islam masih boleh mengambil gambar, tetapi sehingga hadapan pintu gerbang masjid sahaja (sebelum pos kawalan masjid)," katanya.

Sementara itu, mengulas langkah kerajaan menggantung visa kepada pelancong dari wilayah Hubei dan kawasan terjejas wabak koronavirus, Mohamaddin berkata, tindakan berkenaan langsung tidak menjejaskan sasaran yang ditetapkan kementeriannya.

Sebaliknya Mohamaddin berkata, kementerian itu tetap positif akan mencapai sasaran tersebut.

"Kita masih kekalkan sasaran 30 juta pelancong dan RM100 bilion pendapatan dapat dicapai.

"Kita ada pelancong (lain) dari Australia, England dan seluruh dunia," katanya.

Mohamaddin berkata, keyakinannya itu berdasarkan keupayaan Malaysia menangani setiap bencana yang melanda negara.

"Malaysia mempunyai pengalaman yang cukup dalam mengendalikan kes ini dan saya masih lagi bersemangat tinggi, agenda nasional akan diteruskan dan kita harap kita akan berjaya," katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan langkah penggantungan kemudahan imigresen kepada penduduk Hubei dan bandar Wuhan serta sekitarnya.

Kemudahan imigresen berkenaan termasuklah eNTRY (kemudahan masuk tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketapi ni dia baca ka berita tentang nCov ni? Ka dia koma selama ni?

Mcm ni la pakcik ketapi.. Sy sarankan (sopan pulak aku rasa) kepada pemandu pelancong yg membawa pelancong2 PRC melawat rumah2 barisan Menteri2 Malaysia sewaktu menteri dan ahli keluarga menteri berada di rumah tersebut..

Tak ada lagi negara buat trip ke rumah Menteri2 oiii.. Mesti bertambah pelancong PRC ke Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 04:52 PM | Show all posts
sarah82 replied at 28-1-2020 08:51 AM
Ketapi ni dia baca ka berita tentang nCov ni? Ka dia koma selama ni?

Mcm ni la pakcik ketapi.. S ...

Bila ada anak bini dia mampos sebab nCov, baru dia baca betul2 pasal nCov nihh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh la dia yang jemput pelancong2 yang datang tu ala2 stewardess kapal tebang sambil senyum2 tak pakai topeng. Baru dia ada akal dan fikiran....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 28-1-2020 04:52 PM
Bila ada anak bini dia mampos sebab nCov, baru dia baca betul2 pasal nCov nihh...

Uishhh.. Takkan la.. Anak bini dan laki menteri2 semuanya kalis virus nCov laa.. Tu yg dok marah sbb rakyat bising.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 04:56 PM | Show all posts
sarah82 replied at 28-1-2020 08:54 AM
Uishhh.. Takkan la.. Anak bini dan laki menteri2 semuanya kalis virus nCov laa.. Tu yg dok marah s ...

Yerla kan....bak kata sorang porumer, anak2 menteri nih mana ada naik bas, LRT dan teksi bagai kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 28-1-2020 04:56 PM
Yerla kan....bak kata sorang porumer, anak2 menteri nih mana ada naik bas, LRT dan teksi bagai kan ...

Ya.. Sebab tu mesti kalih virus juga bila pelancong PRC pi melawat rumah depa kan. Hahahaha.. Knights pulak tugas dia penyerap virus nCov tau.
Tu hari ni sibuk x buka thread
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp dgn menteri2 ni.. ke mmg niat nak minta org islam terjangkit.. tp biasanya kalau betul mereka berniat jht mcm tu, aku rs puak2 cina dapig yg byk kena virus ni nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyampahnya tgk muka diorg ni.... mcm sengal pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni antara menteri yg bila tgk muka dia rasa nak diludah je
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Merapu rapu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:08 PM | Show all posts
Edited by brego at 28-1-2020 07:09 PM

bodoh punya menteri, sibuk dengan dia punya KPI.
kalau yakin tourist PRC ni sihat, apa kata kau sendiri buktikan,
pegi sambut dengan kalung bunga di airport sana.
tak payah pakai hazmat suit dan gas mask segala.

sebut pasal tourist,
kalau tourist PRC berpenyakit ni bebas keluar masuk,
yang tourist luar yang lain dari arab, europe dan us,
ingat mereka ni berani nak masuk sini ker?

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:20 PM | Show all posts
Sementara itu, mengulas langkah kerajaan menggantung visa kepada pelancong dari wilayah Hubei dan kawasan terjejas wabak koronavirus, Mohamaddin berkata, tindakan berkenaan langsung tidak menjejaskan sasaran yang ditetapkan kementeriannya.


dah sampai tahap macam ni masih lagi ko pikir duit ye, asal masyukkkkkkk  
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:21 PM | Show all posts
apa ke bodohnyaaa lah KERAjaan baru ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa ketapi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:16 PM | Show all posts
bawa jaa pelancong dari china tu melawat munteri pelancongan ni di pejabat dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni org sabah ke?

Stress tengok dia jawab soalan reporter kat berita tv1 tadi. Reporter tu kemain laju tanya soalan dia duk terkulat2 nak menjawab. Duk pusing2 ayat sampai tak paham apa dia cakap. Cemana la boleh jadi menteri gini, tak pernah bercakap kat parlimen agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
babinya org tua nih
harap ko dgn bini dan anak ko yg tukang perabih duit gomen tu sama2 kene virus nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
agaknye kat malaysia ni position menteri menjadikan mereka lemah IQ.tak kira zaman pemerintahan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:30 AM | Show all posts
kalau aku jadi pelancong negara lain, kalau tau ramai tourists PRC bebas berlegar kat malaysia ni,
either aku kensel trip aku or duk berkurung je kat hotel.

masa cny aku pegi KLCC, ramainya manusiaaa.. yg pakai mask cuma mat salleh ngn staff je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.095392 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list