Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 January 2020 @ 8:34 PM
Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my
PASUKAN perubatan membantu mangsa yang cedera. FOTO ihsan pembaca
MASALAH kewangan dan hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki terjun dari tingkat lima bangunan pusat membeli-belah di Jalan Kuhara, Tawau, 12.10 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, mangsa berumur 48 tahun yang berstatus duda anak tiga itu patah tulang kaki kiri dan bahu kanan.
Katanya, mangsa berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa di Hospital Tawau.
“Selepas diambil keterangan, mangsa mengaku dan memaklumkan melompat dari tingkat lima bangunan Eastern Plaza Tawau dengan niat untuk membunuh diri kerana tekanan kewangan dan masalah hutang,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.
Peter berkata, ketika kejadian mangsa yang juga seorang penganggur, berseluar jeans biru serta berbaju kemeja warna coklat dalam keadaan separuh sedar sebelum bertindak terjun dari bangunan berkenaan.
Katanya, mangsa bernasib baik apabila jatuh dan menghempap bumbung Proton Saga FLX yang diparkir di lokasi kejadian.
“Akibat kejadian itu, kereta terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung (remuk), cermin kanan di bahagian pemandu pecah selain cermin hadapan retak manakala pemandu bersama penumpang kedua-duanya wanita berumur 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri,” katanya.
kesian.... tapi tu la masalah yang dia hadapi tu hanya tuan empunya yang tahu... kesian juga dekat tuan kereta tak pasal2 kereta rosak sebab lelaki ni.. nak tuntut ganti rugi... yang terjun tu pun ada masalah kewangan.