CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 0

Daniel Maldini sambung legasi keluarga

[Copy link]
Post time 3-2-2020 01:21 PM | Show all posts |Read mode




DANIEL Maldini tampil kali pertama dalam aksi Serie A bersama gergasi Itali, AC Milan semalam sekali gus menyambung legasi bapanya yang juga legenda kelab, Paolo dan datuk, Cesare.

Maldini yang berusia 18 tahun menyertai aksi persahabatan pramusim tetapi terpaksa menunggu untuk penampilan senior bersama juara tujuh kali Eropah.

Detik itu akhirnya hadir pada minit ke-93 ketika seri 1-1 dengan Hellas Verona di San Siro.

"Penampilan saya bagaikan mimpi tetapi malu dengan keputusan,” kata Maldini.

"Kami boleh melakukan dengan lebih baik tetapi masih ada banyak lagi mengenai emosi. Verona pasukan yang sukar, kami berhak mendapat tiga mata tetapi akhirnya hanya mampu seri di tempat sendiri. Harap dapat menang selepas ini.”

Pemain tengah, Maldini beraksi kali pertama 35 tahun selepas bapanya, Paolo dan 66 selepas datuknya, Cesare.

"Penampilan ini memang sasaran telah saya tetapkan dan berharap akan dapat beraksi lebih lagi. Saya dapat merakan emosi yang kuat tetapi bapa saya menyakinkan saya,” katanya.

Datuknya, Cesare yang meninggal dunia pada 2016 beraksi 12 musim bersama kelab dan memenangi empat gelaran liga dan Piala Eropah. Cesare turut menjadi jurulatih kelab dua kali pada 1972-1974 dan 2001.

Paolo yang dianggap salah seorang pertahanan terbaik sepanjang zaman memegang rekod pemain terbanyak beraksi di Serie A di samping penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon dengan 647, semuanya bersama AC Milan. Dia menjuarai tujuh gelaran Scudetti dan lima trofi Liga Juara-Juara.

Paolo Maldini beraksi kali terakhir pada 31 Mei 2009 dan kini bertugas sebagai pengarah teknikal kelab. Anak sulungnya, Christian beraksi bersama kelab belia AC Milan menerusi skuabd B-19 tahun dan kini beraksi di liga rendah Itali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.845742 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list