CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6473|Reply: 32

Myvi berlumba atas jalan raya, kanak2 terpelanting keluar kereta dilanggar

[Copy link]
Post time 11-2-2020 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 11-2-2020 02:55 PM

[VIDEO] Myvi ‘Racing’ Atas Jalan Raya, Kanak-Kanak Terpelanting Keluar Kereta Dilanggar

Keselamatan di jalan raya merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Namun, ada juga dalam kalangan pemandu yang masih degil dan tidak memandu dengan berhemah sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook,Paidaiah Ramu menceritakan detik cemas apabila kereta yang dipandu adiknya secara tiba-tiba telah dilanggar sehingga anak buahnya itu tercampak keluar dari kereta.

2 buah Myvi berlumba di jalan raya

Menerusi video berdurasi 0:57 saat yang dimuatnaik Paidaiah di laman Facebooknya, memaparkan dua buah kenderaan jenis Perodua Myvi dipercayai sedang berlumba di atas jalan raya Pedas Linggi, Negeri Sembilan.

Pada ketika itu, adiknya yang juga sedang memandu di laluan tersebut secara tiba-tiba telah dilanggar kereta berkenaan dan apa yang paling mengejutkan anaknya yang turut berada di dalam kereta tersebut telah tercampak keluar dari kereta.

Disebabkan pelanggaran yang berlaku, kanak-kanak tersebut telah mengalami kecederaan dan luka dibahagian mukanya. Kanak-kanak itu kemudian telah dihantar ke Hospital Tunku Jaafar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mengalami kecederaan di muka

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang pengguna Facebook curiga dengan kesahihan kejadian tersebut memandangkan tarikh yang dipaparkan pada rakaman dashcam itu adalah berlaku pada 18 Mac 2018 iaitu sekitar 2 tahun yang lalu.

Tetapi Paidaiah walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan perkara sebenar.

Menurutnya, kejadian ini berlaku pada 10 Februari yang lalu dan dia turut menjelaskan bahawa tarikh tersebut berbeza kerana adiknya itu tidak melakukan penetapan semula pada dashcam berkenaan.

Sementara itu, melalui posting terbaru Paidaiah dia memberitahu bahawa mereka telah mendapat nombor plat kereta Perodua Myvi yang dipercayai melanggar kenderaan adiknya sehingga mendatangkan kecederaan kepada anak buahnya itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2020 02:56 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 11-2-2020 07:34 PM

Tarak paham apa macam itu budak boleh tercampak keluar dari itu kereta..sapa2 ada paham boleh kasi cerita sama saya..

SEKARANG BARU SIKIT2 ADA PAHAM INI JALAN CRITA..

Tiba-tiba anak di pangkuan hilang

“SAYA tanya suami anak mana. Tiba-tiba saya panik dan cemas,” kata T Citra, ibu kepada S Tisshaaands, kanak-kanak berusia dua tahun yang tercampak keluar dari kereta selepas kenderaan dinaiki itu dilanggar kereta lain.

Citra, 26, berkata, dia terkejut apabila anak bongsunya itu yang sedang tidur dan berada di pangkuannya terlepas dari pegangan dan tercampak keluar dari cermin kereta yang pecah.

Suri rumah itu berkata, kejadian yang berlaku begitu pantas membuatkan dia tidak dapat berfikir apa yang terjadi selepas terkejut kereta dipandu suami, K Satthiaseenan, 31, dilanggar.

“Secara tiba-tiba bunyi hentaman kuat di sebelah kiri kereta kami menyebabkan cermin sebelah penumpang pecah.

“Saya hanya mendengar anak sulung dan dua anak saudara di tempat duduk belakang menjerit.
“Tidak menyangka anak yang sedang dipangku tercampak keluar melalui cermin kereta yang pecah itu.

“Sebaik kereta kami berhenti disebabkan tayar hadapan pecah, saya terus keluar dan mendapati anak yang ketika itu berada di lorong tengah lebuh raya.

Saya terus meluru ke arahnya dan lihat ada darah pada mukanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ), Seremban, petang tadi.

Citra berkata, mereka sekeluarga yang menaiki Honda Civic dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Cempaka Rantau, selepas menyambut Thaipusam di rumah abang ipar di Johor Bahru, Johor.

“Detik cemas ini sukar dilupakan namun saya sedikit lega kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa.
“Namun kesal kerana kejadian itu mengakibatkan anak saya mengalami luka di muka dan kepala,” katanya.

Dalam kejadian di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Simpang Empat, Melaka ke Pedas Linggi, Negeri Sembilan, Honda Civic dipandu Satthiaseenan dilanggar sebuah kereta lain yang dipercayai dipandu laju.

Kejadian berlaku 3.21 petang semalam dan akibat pelanggaran itu, kereta dipandu Satthiaseenan hilang kawalan dan melanggar besi penghadang lebuh raya.

Kereta itu kemudian terlanggar belakang Perodua Myvi yang memandu di lorong tengah.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:06 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 11-2-2020 02:56 PM
Tarak paham apa macam itu budak boleh tercampak keluar dari itu kereta..sapa2 ada paham boleh kasi c ...

budak kici tu dalam keta yang dilanggar
oleh salah satu keta yang berlumba tu..

bila dilanggar maka terpelanting la budak kici
tu ke luar..

ada paham?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2020 03:26 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 11-2-2020 03:06 PM
budak kici tu dalam keta yang dilanggar
oleh salah satu keta yang berlumba tu..

tapi kalau tercampak keluar msti dilanggar kete bapak dia..takkan tercampak ke tepi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:32 PM | Show all posts
pemandu mabuk lagi bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
pengadu boleh repot polis...biar polis siasat..kalau benar berlaku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2020 03:40 PM | Show all posts
video tu dr dashcam siapa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:44 PM | Show all posts
bodohlah lumba kt highway
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 03:45 PM | Show all posts
Nak berlumba masuk F1 Sepang ler ni berlumba dijalanraya lepas tu menyusahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Empunya dashcamtu kereta yg warna maroon tu bukan ke orang yg pakai kemeja biru tu punya? Camna pulak dia cakap adik dia tak buat penetapan semula pada dashcam? Kena cari lori dan empunya kereta maroon sebagai saksi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:59 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 11-2-2020 03:26 PM
tapi kalau tercampak keluar msti dilanggar kete bapak dia..takkan tercampak ke tepi..

tak kena langgar la sebab budak tu mungkin terpelanting ikut tingkap atau pintu kereta yang terbuka secara tiba2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2020 04:01 PM | Show all posts
sehirkedi replied at 11-2-2020 03:58 PM
Empunya dashcamtu kereta yg warna maroon tu bukan ke orang yg pakai kemeja biru tu punya? Camna pula ...

itu la yg x paham..yg baju biru tu mcm cina kan..ini cerita banyak kasi pusing saya punya kapla..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 04:03 PM | Show all posts
Habis ler budak Myvi tu.. mamandu dengan berbahaya lagi besar dosanya dan hukuman jika dibanding dengan pemandu mabok yang menentang arus lalu melanggar kerata lain dan menyebabkan kematian..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 04:06 PM | Show all posts
aku pun pening,budak ni tercampak dari keta mana?tetiber dah kat atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 04:19 PM | Show all posts
myvi berlumba tu dah tentu hanat..
tapi mak bapak yang bawak anak pun sama je tak fikir keselamatan anak/penumpang..
kalau kedekut nak beli child seat, pasang seat belt tu ketat-ketat..
takde la kejadian anak/penumpang terpelanting keluar..
nak pulak geng ni memang suka drive tingkap buka selebar alam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 04:24 PM | Show all posts
Tunggu hasil siasatan polis ajelah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ka kereta yg dashcam tu mcm owner cina? Byk pusing ini punya citer
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 05:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 11-2-2020 04:19 PM
myvi berlumba tu dah tentu hanat..
tapi mak bapak yang bawak anak pun sama je tak fikir keselamatan ...

ehhh yelahh kenapa yeee diorang drive suka bukak tingkap, then keluarkan tangan??taksukerr aircond ke??

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
owner cins dh post kt fb, dia x seting dashcam dia, mungkin tersilap ayat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 11-2-2020 04:01 PM
itu la yg x paham..yg baju biru tu mcm cina kan..ini cerita banyak kasi pusing saya punya kapla..
...

Bawak bersabar aje lah dek boomi.. Nk buat mcm mana dh mangsa kejadian ni set2 pyropura.. Berbelit lah sikit

Aku cuma nk komen besar jgk size budak tu wpun umur baru 2 tahun. Sakit tu terkoyak kulit kt muka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.075320 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list