Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4795
View
77
Reply

Anak sulung Farid Kamil bakal muncul dalam filem Remp-it 2

[Copy link]

Author: Boomibulat       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-2-2020 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 13-2-2020 04:36 PM

Farid Kamil ketengah anak sebagai pelakon

Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

FILEM aksi motosikal, Remp-it 2 bakal menyaksikan kemunculan pertama anak sulung pasangan Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle, Muhammad, 7, sebagai pelakon filem.

Farid yang bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon filem itu berkata, dia menghantar Muhammad ke kelas lakonan kelolaan pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.

Farid berkata, Muhammad akan tampil beberapa babak dalam filem itu tetapi enggan berkongsi watak apa yang dibawanya.

Tunggu masa tayangan filem ini nanti. Pada awalnya, saya agak skeptikal kerana takut ada kesukaran untuknya berlakon. Jadi, saya ambil inisiatif dengan menghantarnya ke kelas lakonan kelolaan Norzizi selama sebulan.

Alhamdulillah, dia datang ke set penggambaran dengan persediaan yang lengkap," katanya.

Ditanya mengenai lakonan Muhammad, Farid berkata, proses penggambaran berjalan dengan sangat lancar.

"Kemunculannya dalam skrin umpama magis. Walaupun anak sendiri, saya menganggap dia sebagai pendatang baru. Alhamdulillah, tak banyak 'take' sepanjang proses penggambaran.

Cabarannya adalah apabila ada penggambaran yang berlangsung lewat malam kerana selepas jam 12 malam, dia mula mengantuk dan sebagainya," katanya.

Farid berkata, keputusan untuk menampilkan Muhammad dalam filem pertama terbitan syarikatnya iaitu FKX Film itu adalah keputusan bersama isterinya.

Apabila skrip disiapkan dan ada memerlukan watak kanak-kanak, saya berbincang dengan Diana mengenai Muhammad. Dia pun bersemangat dan bersetuju untuk kami perkenalkan Muhammad sebagai pelakon.

"Saya dapat melihat minat dia terhadap lakonan terutamanya ketika saya menjalani latihan bermotosikal untuk menjayakan watak saya dalam filem ini," katanya.

Selain Farid dan Muhammad, Remp-it 2 turut membariskan pelakon hebat antaranya Niezam Zaidi, Julia Hana, Cat Farish dan ramai lagi.
Remp-it 2 sepatutnya ditayangkan pada 2 Februari , namun terpaksa ditunda ke Ogos atas beberapa perkara tak dapat dielakkan.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2020 04:36 PM | Show all posts
Semoga box-opis..


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah camna rupa Muhammad sekarang? Masih maintain helok?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:41 PM | Show all posts



Pinjam ratudunia punya ayat ...

"Oh ini ke anak Farid yg edisi kalkulator dulu tu?"



Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mzti2 ingat anak sulung dia yg satu lg tu... Rupanya cik mad.. OK jugak la yg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:49 PM | Show all posts
Handsome Muhammad...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:53 PM | Show all posts
zafira replied at 13-2-2020 04:44 PM
Mzti2 ingat anak sulung dia yg satu lg tu... Rupanya cik mad.. OK jugak la yg ni..

Eh, link pulak pemikiran kita. iouls pon ingat anak "sulung" itu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
oohh ank ni yg time pregnant tu nyorok kat aussie eh?? ok la ada bau2 aussie jua anknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:09 PM | Show all posts
'anak sulung' yg dikata tu anak kpd bini pelawak & DJ popular tu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:21 PM | Show all posts
aku pon ingat anak sulong  yg tu..sebab yg tu dah remaja logikla nak berlakon..rupanya cikmad ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-2-2020 04:38 PM
Dah camna rupa Muhammad sekarang? Masih maintain helok?

aku nengok..cam rupa mak nya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsome cik mad ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
zafira replied at 13-2-2020 04:44 PM
Mzti2 ingat anak sulung dia yg satu lg tu... Rupanya cik mad.. OK jugak la yg ni..

ada anak sulung lain selain cik mad ka ?
dia bujang kan masa kawen dgn dd
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem cik mad rupa dd sangat
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 13-2-2020 05:38 PM
ada anak sulung lain selain cik mad ka ?
dia bujang kan masa kawen dgn dd

FK Ada anak x halal.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukul.Besi replied at 13-2-2020 10:20 PM
FK Ada anak x halal.....

Terus terang sgt tu tukul..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih wujud lg julia hana ni punya lama x berlakon. Tak kan  watak ppuan bohsia lg dah 2020?


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikmad jgn disia siakan kehenseman itu setakat berlakon rempit yaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok che mad ni.. Anak dia aurora pun mcm muka dd
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Farid ni ada kat penjara ke tak sebenarnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090094s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list