CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4545|Reply: 15

[Buku] Novel mana yang anda ingin difilemkan?

[Copy link]
Post time 17-2-2020 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Mampukah naskhah sastera ini diterjemahkan dengan baik menjadi sebuah filem / drama?

Trivia : Srengenge sudahpun diadaptasi menjadi telemovie pada tahun 2017





SALINA
Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an. Salina menceritakan kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan ke-miskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

TULANG TULANG BERSERAKAN
Sejarah hitam telah melanda Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) pada bulan Jun tahun 1948. Pertentangan politik yang tajam di antara pelbagai fahaman telah mengakibatkan perisyhtiharan Undang-undang Darurat seluruh negara. Pemerintah Inggeris mengambil kesempatan untuk terus menekan pemimpin-pemimpin politik yang progresif yang dianggap membahayakan pemerintahannya. Satu pasukan yang khusus untuk berjuang menentang tentera komunis di hutan-hutan telah dibentuk, yang terdiri daripada anggota polis yang kebanyakannya baru saja tamat latihan di Depot Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Pasukan ini dinamakan Jungle Squad (Polis Hutan) yang antara tugasnya meronda di hutan belukar mencari jejak gerila komunis. Sebahagian daripada suka duka pasukan polis hutan inilah yang dirakamkan oleh pengarangnya - Usman Awang - berdasarkan pengalaman sendiri sebagai salah seorang daripada mereka dalam Tulang-tulang Berserakan.

SRENGENGE
Memaparkan konflik nilai di kalangan watak-watak di sebuah desa terpencil. Ini berlaku kerana munculnya manusia yang bersikap dinamik untuk mengubah cara hidup mereka agar sesuai dengan zaman moden. Prinsip ini membawa kepada pertelingkahan dengan manusia yang bersikap mahu mempertahankan nilai-nilai lama seperti percaya kepada penunggu dan enggan memugar bukit untuk tanaman baru bagi kepentingan diri masing-masing. Masalah ini lebih dibebani oleh Imam Hamad selaku ketua yang harus membuat keputusan untuk menerima atau menolak nilai-nilai baharu itu. Akhirnya Imam Hamad mati akibat perbuatan kuasa ghaib yang dipercayai dilakukan oleh golongan yang percaya kepada hantu tadi sebagai balasan daripada niat buruk ketua tersebut. Shahnon, sekali lagi memaparkan unsur-unsur khayalan dan ingatan yang memberi kesan kepada kehidupan desanya dan ternyata memberikan kesegaran alam mengolah unsur-unsur tradisi.

IMAM
Mengisahkan tentang perjuangan seorang imam yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya sendiri.Namun ia mendapat tentangan dari sebahagian penduduk kampung yang seagama dan sebangsa malah dari saudara-maranya sendiri. Imam Hj Mihad didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu sehingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama. Banyak perkara yang berlaku ketika perjuangannya terutama ditentang dengan begitu hebat oleh orang kampung. Ketika Imam dipanggil oleh majlis Agama dan berdebat dengan mereka, penulis telah membuat rujukan yang banyak dan sangat teliti bila menyampaikan hujah-hujah dari sumber-sumber yang sahih. Kerana pada zaman sekarang manusia agak jumud dalam mengamalkan amalan-amalan Islam.

PENYEBERANG SEMPADAN
Novel itu mengangkat semangat pejuang untuk membebaskan negaranya daripada berterusan dibelenggu oleh kuasa penjajah, manakala ideologi untuk memperjuangkan kebebasan tanah air yang ada pada masa itu, diilhamkan daripada gerakan yang berlaku di tanah air. Perjuangan ini dilangsungkan melalui dua pertubuhan penting yang ada pada ketika itu, iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Komunis. Pemuda Melayu, Kuay terjebak dalam gerakan nasionalisme Melayu dan menjadi buruan pihak Inggeris. Sebagai anak muda, dia mudah terpesona dengan propaganda ideologi seperti komunisme, sosialisme dan demokrasi tetapi menjadi insaf secara berhikmah untuk kembali kepada Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan terbaik berbanding dengan ideologi ciptaan manusia yang menarik minatnya selepas bertemu wanita Palestin, Shafi'aa di Amerika Syarikat



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
The Sunan Series.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak Mona Gersang di pilemkan..setelah Cikgu Suraya bakal ke layor peghok..can do? Bukan candu yer..can do

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols biasa suka baca buku yg ada filem. Tambiruo, 5 sekawan, 12 monkeys

Nak tengok siri blog shashafiksyen jadi drama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-2-2020 04:57 PM
The Sunan Series.

Novel ram ke?lupa kan jelah kalo ikutkan novel trilogi tombiruo tu best tapi bila djadikn movie...hurmmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zuuu replied at 17-2-2020 05:59 PM
Novel ram ke?lupa kan jelah kalo ikutkan novel trilogi tombiruo tu best tapi bila djadikn movie... ...

Hahaha.. Betul.. Novel RAM..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2020 06:47 PM | Show all posts
SATU JANJI oleh RAM
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak novel boleh jadi movie n drama.. Rasenya boleh start dgn drama dulu, karya cerpen dbkl tahun 80 an - 90 an bnyak sentuh pasal kisah sekarang.... Pelakon kene pilih2 cantik2 n muda2.. N bukan kayu kayan... Sebagai tarikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 07:00 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 17-2-2020 06:03 PM

Karya forumner CARI @Ipo @MystiQue
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 11:15 AM | Show all posts
seribulan replied at 17-2-2020 07:00 PM
Karya forumner CARI @Ipo @MystiQue

Aamiin.
Tak banyak novel thriller seram diangkat ke layar tv atau filem. Semoga producer dapat terbitkan lebih banyak karya thriller atau seram adaptasi daripada novel tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 11:21 AM | Show all posts
Ipo replied at 20-2-2020 10:15 AM
Aamiin.
Tak banyak novel thriller seram diangkat ke layar tv atau filem. Semoga produ ...

Maaflah tak boleh bagi kredit...teruskan berkarya...elakkan plagiat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 11:38 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-2-2020 11:39 AM
seribulan replied at 20-2-2020 11:21 AM
Maaflah tak boleh bagi kredit...teruskan berkarya...elakkan plagiat

tak apa tak dak tacang.

Srengenge dah tengok dramanya. Ada mistiknya juga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Novel imam lah sesuai didramakan atau difilemkan...asyik2 adaptssi novel cinta bbnu...apa salahnya adaptasi novel sasterawan negara atau yg ada value...cth mcm imam ni..hujan pagi...mereka yg tertewas..etc..maybe i ni old school
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 20-2-2020 11:15 AM
Aamiin.
Tak banyak novel thriller seram diangkat ke layar tv atau filem. Semoga produ ...

Novel by abd rahim awang. Realiti..best..secara peribadi suka lg novel ara berbanding ram...novel pulang yg ada sedikit mcm kisah norita. .novel org ketiga....novel saka etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 08:10 AM | Show all posts
Novel Corona Virus
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin tengok cerita ni.. Tunggu Teduh Dulu by ft.
Ataupun ada satu novel tajuk Tok Ali, penulis singapore.. Lupa nama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.614413 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list