PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia pertama yang didapati positif koronavirus (Covid-19) awal bulan lalu disahkan sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa berusia 41 tahun itu sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
"Kes tersebut adalah kes kesembilan melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun.
"Beliau juga merupakan warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut Dzulkefly berkata, tiada kes baharu melibatkan wabak itu dilaporkan berlaku di negara hari ini.
Doktor2 yg berkelayakan dah sahkan pesakit tu dah sembuh. Pastilah dibenarkan untuk keluar & hidup seperti biasa.
Kenapa pulak nak terus dikuarantin? Zalimlah kalau buat mcm tu.
Author|Post time 19-2-2020 02:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
..Hospital Permai JB bebas Covid-19
KUALA LUMPUR: Hospital Permai di Johor Bahru, Johor kini bebas daripada pesakit yang dijangkiti COVID-19 apabila dua pesakit iaitu pasangan suami isteri warga China yang dirawat sudah sembuh dan dibenarkan keluar wad petang tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit berkenaan yang juga kes ketujuh dan kelapan positif COVID-19, sembuh sepenuhnya selepas keputusan ujian ulangan dua kali berturut-turut didapati negatif.
“Dengan itu, semua kes positif COVID-19 yang dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru telah sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar. Tiada lagi pesakit positif di Johor Bahru, Alhamdulillah dan tuhan memberkati kita semua,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam ini.
Dr Noor Hisham turut berkongsi beberapa gambar kakitangan Hospital Permai bersama suami isteri berkenaan.
Beliau menggambarkan detik gembira dan penuh syukur itu sebagai ‘a picture is worth a thousand words’.
“Terima kasih kepada semua kakitangan KKM (Kementerian Kesihatan) iaitu Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr Masliza Zaid dan kumpulan; Pengarah Kesihatan negeri, Dr Aman Rabu dan kumpulan kesihatan awamnya, pakar perubatan dan jururawat.
“Tidak dilupakan pencuci daripada Medivest yang dengan penuh keberanian dan cermat membersihkan bilik pengasingan serta bilik mandi,” katanya.
Dengan itu, jumlah keseluruhan kes positif sebelum ini yang sudah dibenarkan pulang dari wad setakat ini ialah 13.
Setakat hari ini, tiada kes baharu dilaporkan dan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan hingga kini kekal sebanyak 22.
Setakat hari ini juga, seramai 583 pesakit bawah pemantauan (PUI) dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan. Bagi kontak rapat untuk kes positif pula, sebanyak 230 kes dikesan negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan makmal.
Author|Post time 19-2-2020 04:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
horux replied at 19-2-2020 06:53 AM
sedikitnye indon tak de yg kene langsung pon malon bodoh
Ini menaikkan imej.Msia di mata rakyat China ngok, pastinya nanti Medical Tourism dari China akan mencanak bila wabak stop nanti. Mereka sudah yakin dgn kehebatan doktur Msia. Indon habok pun tarak.