CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4230|Reply: 12

Studio 'Hollywood' Kedua Rupanya Di Maghribi

[Copy link]
Post time 24-2-2020 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Getty Images





Apakah persamaan filem-filem hebat yang disenaraikan ini; The Mummy (1999), Star Wars (1977), The Living Daylights (1987), Kundun (1997) arahan guru filem Martin Scorsese, filem epik arahan Ridley Scot Gladiator (2000), dan Body of Lies (2008).


Kesemua filem-filem ini mempunyai latar lanskap yang lebih kurang sama kerana proses penggambaran dibuat di studio filem yang sama iaitu Studio Filem Atlas.  



Pintu depan Atlas Studio. Kredit foto: Harrison Jacobs


Studio Filem Atlas terletak 8 km dari Ouarzazate (disebut Wa-za-zat) merupakan studio terbesar di dunia dengan keluasan 322,000 kaki persegi kawasan padang pasir. Dinamakan Atlas sempena Gunung Atlas yang terletak hampir dengan tanah tandus ini. Lebih daripada 200 filem utama dan program televisyen telah difilmkan di sana termasuklah program bersiri kegilaan ramai "Game of Throne” dan Aladdin 2019.



Indah dilatari landskap gurun berona merah yang luas menakjubkan, Studio Atlas sering dipilih pembikin filem berbajet besar yang memerlukan landskap berciri dramatik yang boleh ‘bercerita’, ditambah dengan kos produksi filem yang lebih murah dan penduduknya yang mahir berlakon sebagai ekstra.


Studio mega ini mula dibina pada 1983 oleh usahawan berasal dari Maghribi bernama Mohamed Belghmi. Kerancakan industri filem di Barat memberi jalan kepada beliau untuk membuka sebuah studio tetap. Kawasan Ouarzazate sebelum itu pernah menjadi lokasi penggambaran filem epik Lawrence of Arabia pada tahun 1962. Keindahan padang pasir dalam filem ini sering menjadi sebutan komuniti dan peminat seni.


Terdapat banyak set filem di studio ini boleh dilawati apabila tiada penggambaran diadakan. Dengan tiket masuk berharga USD5 (RM20.98) pengunjung pasti akan kagum dengan pelbagai prop pelbagai saiz dan jika dipandang sekali imbas amatlah menyakinkan walaupun hakikatnya banyak diperbuat dari styrofom saja. Para pereka prop sangat teliti contohnya dalam rekaan tugu-tugu purba Mesir semirip yang dipamerkan di Kota Luxor, Mesir, kuil Buddha di Tibet dan bandar-bandar mengikut gambaran kisah nabi-nabi dalam kitab Injil.   


  



Sebaik melangkahkan kaki ke studio ini, objek pertama yang menyapa pengunjung adalah prop pesawat jet yang digunakan pada tahun 1985 dalam filem Jewel of the Nile. Selain itu pengunjung pasti tertarik dengan struktur Colosseum yang teliti pembinaannya serta sebuah replika "kasbah" lengkap dengan lintasan dan lorong.


Di kawasan lain di studio, terdapat sebuah makam Firaun Mesir seolah dikawal ketat oleh patung-patung berukuran hampir 4 meter tinggi yang menjaga pintu masuk dan keluar.

Kereta kuda yang digunakan dalam filem Ben Hur (2016). Kredit foto: Harriosn Jacobs



Adegan Game of Thrones. Kredit foto: CNN



Antara lambakan 'kereta' mewah diperbuat dari sryrofom. Kredit foto: Harrison Jacobs



Kuil Buddha yang menyamai bangunan asal di Tibet. kredit foto: Harrison Jacobs


Set kuil Mesir purba. Kredit foto: Harrison Jacobs

Oasis Fint yang hijau kontra dengan kekakuan binaan set di belakangnya.





Banyak set bangunan yang terbiar tidak diselenggara disebabkan kekurangan dana. Kredit foto: Harrison Jacobs




Lawatan ke sini pasti berbaloi dengan nilai tiket yang dibayar namun pengunjung juga diingatkan agar tidak terkejut akan penampakan bangunan atau binaan yang rosak dan terjejas agak teruk hingga menyembah bumi disebabkan kekurangan dana. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 01:01 PM | Show all posts
cantiknya set dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 01:38 PM | Show all posts
seriusla styrofoam..mcm real sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 03:59 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 24-2-2020 01:38 PM
seriusla styrofoam..mcm real sangat

Ha'ah, nmpak real sngt.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:00 PM | Show all posts

bolehla beli tiket ke maghribi sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2020 04:34 PM | Show all posts
wow..baru tau... bila aku tgk filem the mummy, selalu pikir, kat mana drg shoot scene2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:52 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 24-2-2020 04:00 PM
bolehla beli tiket ke maghribi sis

In Shaa Allah, who knows one day.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah movie sex in the city 2 dishoot di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 12:37 PM | Show all posts
Kalau gi mana2 negara yang ada filem studio silalah pergi tak rugi malah dapat pengalaman yang berbeza.  Sesetengah set nya macam kembali ke zaman lampau amat menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-2-2020 12:37 PM
Kalau gi mana2 negara yang ada filem studio silalah pergi tak rugi malah dapat pengalaman yang berbe ...

Boleh senaraikan pengalaman uols yg lelain selain benang ni & hollywood
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 04:42 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 1-3-2020 12:02 PM
Boleh senaraikan pengalaman uols yg lelain selain benang ni & hollywood

Di Hong Kong, Korea, Japan, Shanghai China etc, yang ni semua memang ada permenat structure.  Betul2 terasa macam kembali ke zaman lampu tahun 40an, 50an, 60an hingga kini.  Kalau nasib baik boleh tengok sesi mereka tengah shooting filem dengan full prop dan dressing.  Kenderaan macam kereta lori tram semuanya ada belum lagi set bangunan2nya.  Terasa macam satu pekan kecil.  Tapi tak boleh terlalu dekat dengan area scene atau buat bising.  Kalau tak mau tuan director naik angin macam dalam citer seniman bujang lapuk hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya Maghribi ni. Siapa tahu kenapa nama negara ni ada Maghrib? Mcm negara sunset jer bunyi.. aesthetic jadinya nama maghribi ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.088144 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list