CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71584|Reply: 378

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
Post time 25-2-2020 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Salam semua. Untuk artikel pertama aku ni,nak cerita pasal rumah arwah atuk aku yang misteri di Keramat,KL. Keramat di mana tu rahsia,cuma yang boleh aku cakap rumah ni tak jauh dari Kementrian Pertahanan (Mindef).Rumah ni banglo & atuk aku beli dengan harga murah selepas berlakunya kejadian 13 Mei,1969. Ramai kaum Cina yang tinggal di deretan banglo banglo yang dibina tahun 1960 an ni,tapi selepas kejadian 13 Mei tu,ramai lah yang jual rumah sebab dekat dengan tempat askar melayu kan.Salah seorang pembeli ialah arwah atuk aku.Rumah atuk aku ni besar. Tanah dia lebih kurang 10,000 kaki persegi.Arwah tok wan aku suka tanam pokok bunga jadi banyak pokok bunga orkid,bunga kertas kat depan & tepi rumah.Dekat belakang rumah ada pokok rambutan dan ada 1 rumah kayu sebagai store tempat letak barang2.

Rumah atuk aku ni bila malam memang seram.Lampu pulak malap.Lampu rumah dulu2 jenis yang suram,warna oren tu kan. Kalau ada lampu panjang yang terang sikit dekat hall aje.Tapi dekat bilik2 memang pakai lampu oren tu lah.Bila masuk rumah atuk aku ni (entrance belah kanan),ada dua hall besar kiri dan kanan.Kanan pintu entrace ada tangga menuju ke atas.Sebelah dua hall besar ni,ada bilik makan.Di hujung hall dan di tengah2,ada satu lorong korridoor menuju ke belakang.Di kiri lorong ialah dapur dan kanan lorong ialah bilik.Di hujung lorong ni ada satu lagi hall kecik (macam bilik tv) dan ada bilik2 lagi dan juga 1 bilik air.Aku cukup tak suka lalu dekat lorong ni sebab gelap. Kalau siang pun gelap.Dulu2 kalau tengok TV di bawah dan kena pergi bilik air,terpaksa la lalu lorong gelap ni. Mula2 masuk lorong tu akan terus ternampak di hujung dinding, lubang2 udara bentuk empat segi (rumah lama selalu ada lubang udara bentuk macam ni) dengan bayang2 pokok rambutan di belakang rumah. Bila tengok bayang pokok rambutan tu,mula la aku terbayang bentuk2 lain tapi tak pernah pulak ternampak.Dekat belah atas,ada 4 bilik tidur.Bilik yang kami selalu tidur setiap kali balik KL ialah bilik paling belakang di tingkat atas.Bilik ni pun kena lalu lorong korridoor yang gelap jugak yang kanannya tingkap,yang kiri bilik lain. Bilik ni mengadap pokok rambutan dan malam2 selalu la nampak bayang pokok dan daun rambutan tu. Bilik ni pun ada cerita tapi kemudian la aku cerita.

Waktu kecik dulu,hampir setiap minggu akan balik KL tidur rumah atuk aku ni.Kami tinggal di negeri di Pantai Timur sebab mak bapak aku kerja sana.Atuk nenek di dua dua belah duduk di KL & Kajang jadi memang selalu la balik KL.Jadi keluarga aku ni banyak pengalaman kena kacau di rumah ni.Bapak aku,abang2 dan aku sendiri ada kena.Bukan keluarga kami aje tapi keluarga makcik,sepupu sepupu aku pun kena dan kemuncaknya bila makcik aku kena histeria teruk di rumah ni.Makan masa bertahun untuk dia pulih.Banyak cerita jadi aku cerita sikit sikit ye.Tak sempat nak sekali harung cerita semua kat sini.

Permulaan yang aku sedar rumah atuk aku ni sesuatu waktu umur aku lebih kurang 5 tahun.Tadi kan aku ada cerita pasal lorong gelap menuju ke belakang rumah ni.Di hujung lorong tu ada satu hall kecik yang ada bilik2 dan bilik air.Aku perasan dekat siling hall ni ada kesan tapak kaki budak kecik macam 4,5 langkah macam tu.Tapak tu jelas macam dicop dengan ink warna tanah.Tapak pertama jelas tapi tapak seterusnya pudar sikit.Siling rumah dulu2 ni tinggi,ada ke orang normal saja2 nak panjat tangga tinggi,angkat anak dia dan cop tapak kaki anak dia kat siling tu?Jadi tapak apakah tu.Waktu tu pun aku dah boleh fikir.Aku cuba tanya atuk aku,kata dia tapak tu dah ada waktu dia beli rumah tu dan macam taknak layan sangat bila aku tanya.

Yang paling banyak pengalaman seram dekat rumah atuk aku ni ialah abang sulung aku.Dia tinggal dengan arwah atuk dan tok wan aku sejak baby sampai umur 6 tahun.Aku namakan abang aku ni Man.Mak bapak aku waktu tu belajar overseas & abang aku lahir waktu diaorang masih belajar.Tak cukup duit nak sara anak dengan biasiswa kecik jadi atuk & tok wan aku la yang jaga.Diaorang lagi suka sebab Man ni cucu yang pertama.Waktu tu,abang aku selalu tidur dengan tok wan atau makcik aku.Dia cerita,bila malam selalu ada bayang2 satu keluarga.Ada bapak,ada mak dan 2 budak kecik.Budak budak kecik ni pulak selalu ajak Man main dengan diaorang.Man cakap pernah main lompat lompat dengan budak2 ni.Ada sekali Man terlepas cakap pada arwah tok wan pasal dia main dengan bayang bayang tu.Terkejut tok wan aku.Lepas tu sebelum tidur,tok wan aku baca ayat ayat pelindung dan pagar abang aku.Dah tak ada lagi bayang bayang tu kacau Man.

Selain bayang bayang tu,Man pernah jugak cerita pasal satu benda jahat ni.Kena waktu dia kecik jugak.Satu malam waktu Man tidur,dia terdengar bunyi benda berdengus.Terus dia terjaga dan dalam gelap tu,dia nampak pergerakan di sudut bilik yang berupa orang yang berbadan besar,hitam dan botak.Yang menakutkan,benda tu bermata merah.Bila benda tu sedar Man terjaga dan tengah tengok dia,terus dia menyeringai tunjuk taring dia dan perlahan lahan berjalan ke arah abang aku tidur.Man nak nangis tapi tak boleh.Makin lama benda tu makin dekat sampai lebih kurang 2 kaki.Waktu tu dia berhenti dan tundukkan badan mengadap muka Man sambil angkat dua tangan nak cekik Man.Waktu benda tu angkat tangan,Man nampak la kuku tajam dia warna hitam jugak.Tangan dia makin lama makin dekat dengan leher Man dan dia rasa dah nak mati dah dan mula pejamkan mata.Tiba2 tok wan aku bergerak pusingkan badan dia dan terus benda tu hilang.Man apa lagi terus meraung sambil nangis gila2.Terkejut tok wan aku pasang lampu dan peluk dia semua.Bila dah lama sikit baru diaorang sambung tidur tapi lampu tak tutup. Beberapa tahun lepas tu bila Man dah 20 tahun lebih,dia kena kacau dengan benda sama tapi waktu siang.Makcik aku yang tengah gosok baju dekat bilik sebelah boleh terdengar Man ni macam bersilat dan maki2.Man waktu tu,dia tak ada lah nak nangis,rasa nak bertumbuk aje dengan benda tu.Benda tu pun takut,hilang & tak kacau lagi Man lepas tu.

Macam aku cerita tadi,Man ni tinggal dengan atuk dan tok wan sampai umur 6.Bila umur dia 6 tahun,mak bapak aku dah habis belajar dan balik Malaysia.Jadi diaorang ambik la balik Man dan bawak dia tinggal sama di rumah tak jauh dari KL.Bila umur 9 tahun,kami berpindah sekali lagi dan kali ni di Kuantan.Lepas Man habis STPM,dia dapat tawaran ke UITM Shah Alam.Tahun pertama,Man tinggal di asrama tapi bila dia di tahun kedua,dia kembali tinggal dengan atuk aku di Keramat.Waktu Man masuk mendaftar di Shah Alam tu,arwah tok wan aku sempat hantar cucu kesayangan dia tapi bila Man tinggal balik di Keramat,tok wan aku dah pun meninggal.Jadi bermula la kehidupan Man semula di Keramat.Dia tidur di bilik kami di atas,di bahagian belakang menghadap pokok rambutan tu.Waktu ni banyak kali la dia kena kacau.Kadang kadang siang waktu dia tengah baring sambil baca buku,tiba2 ada benda menghimpit badan dia sampai buku atas dada dia senget kena tekan.Sekali sekala kami balik hujung minggu,suka la Man sebab dia tak perlu tidur sorang.

Waktu ni,Man paling rapat dengan abang sepupu aku.Aku bagi nama dia Fazrul.Fazrul ni beza 3 tahun dari Man.Mereka dua orang ni macam belangkas,kira partners in crime la.Makcik aku,mak pada Fazrul ni ada beli rumah,betul2 berhadapan rumah atuk aku.Jadi diaorang berdua ni selalu la jumpa.Bila berjumpa dan takde benda nak buat,selalu plan buat benda2 mengarut.Pergi tempat macam hospital dan bangunan tinggal,cari hantu la atau main ouija board.Walaupun rumah atuk aku dah cukup seram,tapi Man ni macam tak serik.Fazrul ni pulak nakal sikit,perangai macam hantu la lebih kurang.Kalau kami balik ke KL,Fazrul ni suka benar menyakat abang kedua aku,si Rizal.Rizal ni muda 6 tahun dari Man & 3 tahun dari Fazrul dan penakut sikit.Ada satu hari tu,Fazrul menyakat Rizal kata 'malam ni siap la kau,nanti nampak hantu terapung tepi tingkap pandang kau'.Rizal dah mula takut tapi malam dia tidur jugak satu bilik dengan Man dan Fazrul di bilik kami selalu tidur tu.Tak silap malam tu,aku dan parents aku tidur di rumah atuk nenek di belah bapak aku.Tengah tidur,Man terdengar macam bunyi pasir kena campak dalam bilik.Man bukak mata dah ternampak Fazrul tengah kejang macam cuba nak duduk tapi tak dapat,sambil ulang ulang baca 'bismillah,bismillah' sambil mata dia pandang kat tingkap.Jadi Man perlahan lahan pandang ke tingkap.Korang tau apa dia nampak?Dia nampak ada perempuan rambung panjang & baju putih terapung dekat tingkap sambil tenung Fazrul.Man terus azan dan benda tu pun hilang.Lepas kejadian ni,Fazrul tu insaf la sikit tapi kejap aje.

Ok lama dah aku menulis,nanti aku sambung balik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita tt. Share lg ya. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat bukit pawang ke rumah atok tt?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeay . Dah lama xde cter best kat mps...good job tt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow..

I is sukaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:12 AM | Show all posts
aku rasa aku tau kat mana tempat ni....
kat jalan kent kan..
dulu aku selalu gi sini, ex gf ku duduk sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2020 02:53 PM | Show all posts
interesting
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:24 PM | Show all posts
Bila sambungan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2020 04:10 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 25-2-2020 10:53 AM
Kat bukit pawang ke rumah atok tt?...



Bukit Keramat.Memang tak jauh dari Jalan Pawang,Jalan Bomoh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 04:11 PM | Show all posts
mienina replied at 25-2-2020 10:25 AM
Menarik cerita tt. Share lg ya. Tq



Tq nanti sambung citer lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 04:12 PM | Show all posts
awaynepian replied at 25-2-2020 11:04 AM
Yeay . Dah lama xde cter best kat mps...good job tt..

Tq nanti sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 04:14 PM | Show all posts
zulka replied at 25-2-2020 11:12 AM
aku rasa aku tau kat mana tempat ni....
kat jalan kent kan..  
dulu aku selalu gi sin ...



Bukan Jalan Kent.Bukit Keramat tepi Gurney Heights
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 04:17 PM | Show all posts
Straya replied at 25-2-2020 04:14 PM
Bukan Jalan Kent.Bukit Keramat tepi Gurney Heights

ok, tapi tu dah jauh sgt dgn mindef
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 25-2-2020 05:04 PM
Straya replied at 25-2-2020 04:10 PM
Bukit Keramat.Memang tak jauh dari Jalan Pawang,Jalan Bomoh


Iya bkt keramat, jln pawang.....

Aku tersilap tulis bkt pawang pulak...
Kat situ siang pun rasa seram....mcm kat bkt tuanku.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 25-2-2020 04:17 PM
ok, tapi tu dah jauh sgt dgn mindef

Ek elehhh.....

Kau tau ke bkt keramat tu kat mana?....dah kata dekat mindef...memang bkt keramat tu sebelah je mindef
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 05:10 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 25-2-2020 05:07 PM
Ek elehhh.....

Kau tau ke bkt keramat tu kat mana?....dah kata dekat mindef...memang bkt kerama ...

12 taun aku keje kt mindef tu dik oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 05:13 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 25-2-2020 05:07 PM
Ek elehhh.....

Kau tau ke bkt keramat tu kat mana?....dah kata dekat mindef...memang bkt kerama ...

jalan pawang tu atas bukit, jln kent depan mindef..seberang jln je dgn mindef, pun ada rumah lama sebiji2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 25-2-2020 05:19 PM
zulka replied at 25-2-2020 05:13 PM
jalan pawang tu atas bukit, jln kent depan mindef..seberang jln je dgn mindef, pun ada rumah lama  ...


Tu tak seram.....aku lalu pkl 2pagi pun steady lg.....tapi klu jln pawang tu...dekat maghrib je pun aku dah cuak....pokok besar besar.....suram je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 05:29 PM | Show all posts
zulka replied at 25-2-2020 04:17 PM
ok, tapi tu dah jauh sgt dgn mindef



Tak jauh la dari Mindef.Sebelah aje.Kalau drive tak sampai 5 minit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 05:30 PM | Show all posts



Malam sikit nanti sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.189671 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list