CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Straya

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
Post time 25-2-2020 05:34 PM | Show all posts
zulka replied at 25-2-2020 05:10 PM
12 taun aku keje kt mindef tu dik oi

alang2 dah 12 tahun. kubur loke yew dh lawat blom bang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 05:48 PM | Show all posts
zulka replied at 25-2-2020 05:10 PM
12 taun aku keje kt mindef tu dik oi

rejimen askar wataniah tu kot

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 05:59 PM | Show all posts
sambung lagi cik tt

ku suka baca citer2 pasal rumah lama nih
rumah tu skrg ade org duduk tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 11:00 PM | Show all posts
Abang Sepupu Aku – Fazrul

Ok sambung balik cerita. Aku dah cerita pasal pengalaman abang sulung aku, Man. Ni nak cerita pasal abang sepupu pulak yang aku namakan Fazrul (bukan nama sebenar). Fazrul ni dia paling rapat dengan abang Man. Dia tinggal depan rumah atuk aje sejak kecik sebab makcik aku beli rumah situ tapi kebanyakan masa dia lepak rumah atuk. Kadang kadang confuse lak mana satu rumah dia sebab ada aje muka Fazrul ni setiap kali aku balik rumah atuk.

Walaupun dia muda 3 tahun dari abang Man, tapi kalau plan apa2, nak ngorat awek ke, cari gaduh dengan orang atau cari hantu ke, Fazrul ni la mastermind. Abang abang aku banyak mengikut aje. Kalau dah mati akal, tak ada apa nak buat malam2 tu, Fazrul ni selalu ajak abang Man & abang Rizal aku main Ouija board. Masa budak budak dulu memang tak fikir dosa pahala diaorang ni. Fikir nak thrill aje. Main Ouija board dekat rumah atuk aku pulak tu tapi sorok sorok la sampai atuk dengan parents aku tak tau pun. Bertambah banyak la benda2 tu datang ke rumah Keramat ni. Mengikut cerita Fazrul, selalu roh yang datang kebanyakan orang cina & orang putih. Ada sekali dapat Jepun, lupa pulak aku tanya macam mana diaorang communicate dengan Jepun ni.

Tapi ada sekali diaorang main Ouija board ni dapat roh melayu. Bila tengok nama melayu, abang Man dah rasa cuak dah dan tak mau teruskan. Tapi si Fazrul ni kata relax lah. Macam macam dia tanya roh ni. Fazrul tanya pasal awek la dan soalan akhir dia tanya roh ni, macam mana dia mati. Roh ni jawab bunuh diri dan waktu tu, semua meremang bulu roma. Abang aku & Fazrul terdiam dan suruh roh tu pergi. Benda tu tak mau dan asyik kata NO. Dalam 5 minit jugak la diaorang suruh roh tu pergi sampai abang Rizal aku dah nangis. Man kata dia dah mula baca ayat Qursi baru roh tu nak pergi. Lepas tu diaorang dah serik dan tak main lagi Ouija board sampai sekarang.

Lagi satu cerita, terjadi kat Fazrul di rumah Keramat waktu bulan puasa. Punya nakal abang sepupu aku ni, sampai bulan puasa pun kena kacau. Macam biasa, Fazrul akan tidur rumah atuk aku kalau abang abang aku ada. Lepas bersahur, orang lain masih lepak borak borak di bawah. Fazrul mengantuk jadi dia terus aje naik ke bilik atas nak tidur balik.

Waktu masuk bilik tu, dia kata dia nampak lipas. Dia memang anti lipas dan pijak nak bunuh lipas tu. Fazrul kata dia perasan badan lipas tu hancur tapi dia pelik benda tu masih boleh berjalan dan pergi ke tikar sembahyang. Sampai kat tengah tengah tikar sembahyang, lipas tu berhenti & macam tunduk sujud dan tak gerak dah lepas tu. Fazrul ni buat tak tau & terus tidur. Tak lama lepas tu, dia terjaga sebab perasan ada sorang lelaki pakai kopiah dan jubah putih berdiri sebelah katil. Lelaki tu renung tajam Fazrul dan angkat kedua tangan dia macam nak cekik leher dia. Fazrul kata tangan lelaki tu panjang semacam macam lipas. Waktu dia tengah panik nak kena cekik tu, abang Man aku masuk bilik dan perasan Fazrul ni kejang dan dengar dia cakap ‘bismillah,bismillah’. Abang Man jadi penyelamat sekali lagi macam kes nampak hantu perempuan tu. Tapi kali ni, abang Man kata dia tak nampak pulak apa2 dekat tepi katil tu.

Banyak lagi cerita pasal sepupu aku Fazrul ni. Selalunya dia kena kacau dengan benda benda ni lepas menyakat abang kedua aku Rizal. Kalau nak tau, rumah atuk aku ni sekarang dah jadi rumah Fazrul. Dia beli rumah ni daripada adik beradik mak aku dan rumah Keramat ni dah pun di ubahsuai oleh Fazrul. Dia letak tingkap dan sliding door lebar lebar dan cat rumah warna putih. Suasana rumah ni sekarang dah terang dan dah tak seram. Tak pernah lagi dengar cerita hantu dekat sini sekarang sejak Fazrul tinggal dengan isteri dan anak dia. Isteri Fazrul ni dengarnya penakut, jadi aku tak tanya apa2 dekat dia nanti dia takut pulak.

Lepas ni aku cerita apa yang terjadi dekat makcik aku pulak. Cerita ni agak panjang jadi perlu 2 atau 3 hari nak karang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 11:04 PM | Show all posts
edoraixora replied at 25-2-2020 05:59 PM
sambung lagi cik tt

ku suka baca citer2 pasal rumah lama nih



Dah sambung dah. Rumah tu sekarang sepupu aku, Fazrul tinggal dengan wife & anak dia. Dia beli rumah dari makcik pakcik dan dah renovate gila2. Semua jadi terang dan dah tak seram.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 25-2-2020 05:03 PM
Iya bkt keramat, jln pawang.....

Aku tersilap tulis bkt pawang pulak...

Rasanya sekarang dah tak berapa seram sebab dah banyak rumah.Dulu sebelum
Gurney Heights ada,memang seram walaupun waktu siang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah tu masuk sebelah kiri dekat selekoh pintu masuk gurney heights ke? Ke dekat bawah sikit? Kt kedai wadi tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 09:02 AM | Show all posts
Straya replied at 25-2-2020 05:30 PM
Malam sikit nanti sambung

Done baca. Sambung lagi please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 26-2-2020 12:13 AM
Rumah tu masuk sebelah kiri dekat selekoh pintu masuk gurney heights ke? Ke dekat bawah sikit? Kt ke ...

Kedai Wadi tu dah bawah.Rumah ni atas lagi tapi aku taknak la reveal exact location sebab dah jadi rumah sepupu aku.Nanti takut dia atau bini dia baca,kena marah pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 26-2-2020 10:21 AM
Kedai Wadi tu dah bawah.Rumah ni atas lagi tapi aku taknak la reveal exact location sebab dah jadi ...

Dulu mase mula2 duk kl iols penah sesat kt bukit keramat tu. Selepas simpang ke kuarters ATM wangsa keramat, ade satu simpang lg sebelah kiri dekat selekoh. Mase tu mmg noob. Iols masuk laa. Konon2 pikir ade jln shortcut. Sekali jln tu jln mati. Waktu tu hampir maghrib. Scary  jln tu. N yes iols ade perasan satu rumah besar kt situ. Agknya rumah atuk tt la tu,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 26-2-2020 10:30 AM
Dulu mase mula2 duk kl iols penah sesat kt bukit keramat tu. Selepas simpang ke kuarters ATM wangs ...

Ha’ah belakang rumah atuk aku mengadap kuarters lama atm.Kuarters lama tu pun dah tak ada sekarang.Banyak rumah baru.Hujung lorong ke rumah atuk tu memang jalan mati tapi ada lorong jalan kaki situ,short cut ke Kg Datuk Keramat.
Ada lebih kurang 12 rumah situ dan boleh kata semua besar.Rumah hujung tu la paling besar kot tapi tu bukan rumah atuk aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 11:45 AM | Show all posts
Straya replied at 25-2-2020 04:10 PM
Bukit Keramat.Memang tak jauh dari Jalan Pawang,Jalan Bomoh

fuhh nama jalan pun dah seram.

Fazrul tu kental jgk ehh...
siap beli lak rumah yg selalu buat dia kejang kena kacau hantu.

ok tt cepat sambung pasal makcik pulak. makcik yg mak Fazrul tu ehh?'


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 11:54 AM | Show all posts
Tak sabar nak baca cerita seterusnya...thanks tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
polluxsstar replied at 26-2-2020 11:45 AM
fuhh nama jalan pun dah seram.

Fazrul tu kental jgk ehh...

Tapi sekarang dah tak dengar Fazrul tu kena kacau.Aku rasa sebab dia owner rumah tu kot.Macam arwah atuk & tok wan dulu relax aje tak ada cerita apa apa pun.Rasanya benda2 ni tak kacau tuan rumah tapi kacau orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 01:06 PM | Show all posts
Straya replied at 26-2-2020 12:01 PM
Tapi sekarang dah tak dengar Fazrul tu kena kacau.Aku rasa sebab dia owner rumah tu kot.Macam arwa ...

ye lah dia dh renovate habis rumah tu kann
hantu pun dh x kenal rumah lama
hiks.
tp I rasa Fazrul mmg dh suka rumah n lokasi tu,
senang nk pegi balik kerja, dkt dgn rumah mak ayah dia
n lgpun bkn rumah org lain...rumah atuk dia jgk kann...
byk la nostalgia dia kt situ, tu yg susah nk lepaskan ke org lain
wpun berhantu apedehal...halau je. hihi. mmg dh kena halau la tuu...

I nak tahu jgk laa cmne proses dia renovate rumah tu
kot2 laa dia ada jumpa benda pelik2 ke, ape ke kann...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2020 02:32 PM | Show all posts
jalan cerita macam menarik.. harap tt tak hilang focus semasa menulis nnti.. kipidap !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2020 02:57 PM | Show all posts
Edited by zafira at 26-2-2020 03:03 PM

Ini rumah banglo yang first sekali kat hujung penjuru mindef tu ke... rumah tu memang seram ok.. dari  time ai sekolah sampai la ni.. yang ke kanan nak turun bukit ke keramat, sebelah gurney heights tu,  sebelah kiri menghala naik ke bukit ke jalan rumah kru lama   dan tengah2 ke kuarters atm lama. Ai memang biasa kawasan tu dari kecik sampai la ni...Dulu my bas sekolah hari2 lalu situ amik budak kat one of the bungalows.  Even sekarang pun ada kenal orang yang ada rumah kat situ.....
Even dulu2 pun kalau lalu kawasan tu lampu jalan pun kaler oren... tak macam la ni...  


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak lagi citer tt..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 11:37 AM | Show all posts
polluxsstar replied at 26-2-2020 01:06 PM
ye lah dia dh renovate habis rumah tu kann
hantu pun dh x kenal rumah lama
hiks.



Mungkin la kot.Rumah tu lepas atuk & tok wan aku meninggal dah ada orang nak beli dah tapi tak jadi.Lepas tu disewakan dekat 10 tahun.Last2 adik beradik mak aku tanya family kalau ada yang nak beli.Jual family price aje tapi ok la dari dapat kat orang lain.Rumah tu pun dah tak gelap.Dah tak ada tempat untuk benda2 tu nak menyorok .Lorong gelap yang dekat bawah tu & beberapa bilik tidur pun dah dipecahkan jadi lapang.Bilik dapur pun dah terbukak jadi open kitchen macam tu.Rumah tu dah terang benderang dengan cahaya dari depan,belakang,tingkap tepi & atas.

Tak silap aku setahun lebih Fazrul ambik masa nak renovate rumah tu.Aku tak tau sangat time tu sebab tak tinggal kat Malaysia.Tau2 aje bila balik,rumah tu dah siap renovate dan Fazrul dah tinggal situ dengan family dia.Rumah mak dia kat depan tu pun dapat ke adik perempuan dia.Kakak Fazrul pun beli property tak jauh dari situ jugak.Bila aku pergi area tu sekarang,melawat 3 cousins sekaligus la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 11:47 AM | Show all posts
zafira replied at 26-2-2020 02:57 PM
Ini rumah banglo yang first sekali kat hujung penjuru mindef tu ke... rumah tu memang seram ok.. dar ...



Rumah ni bukan la betul betul kat tepi Mindef.Kena naik sikit ke atas bukit & masuk salah satu lorong berhadapan Gurney Heights.Rumah rumah kat sini dulu bila malam aje memang menyeramkan.Banyak pokok pokok besar sini dulu & lampu jalan malap.

Parents KRU dah pindah rumah ke?Aku tak perasan.Makcik aku sorang lagi neighbour KRU kat Jalan Bomoh tak silap.Tapi dah lama dah tak pergi rumah dia & tak tanya pulak pasal KRU
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.195559 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list