CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Straya

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
Post time 3-3-2020 11:46 AM | Show all posts
kancilku_biru replied at 2-3-2020 09:58 PM
Ehhh sorry chuols... iols tersalah reply plak. Malas nak edit balik.

x pe..selamat berkenalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak dengar kisah berubat di ipoh tu.tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2020 12:43 PM | Show all posts
Straya replied at 25-2-2020 11:00 PM
Abang Sepupu Aku – Fazrul

Ok sambung balik cerita. Aku dah cerita pasal pengalaman abang sulung  ...

i masa kat UITM suka naw main spirit ni..ada sekali tu dapat roh prempuan Melayu, asal dari Semabuk melaka..bila tanya sebab apa mati..dia kata dia bunuh diri sebab pregnant anak tuan dia orang puteh..dia mati awal 1900an..terkejut meols, dia x mo balik puas pujuk..lastnya nak balik tu dia buat eja suara nangis..huhuhuhuhu,,laju2..suspen berpeluh kita org.malam tu ..dua org kawan kena kacau..nmpak pompuan rambut panjang duduk kat ujung katil..haa padan muka..tp x serik gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 3-3-2020 12:43 PM
i masa kat UITM suka naw main spirit ni..ada sekali tu dapat roh prempuan Melayu, asal dari Semabu ...

Scary nya.Ratus tahun dulu pun perempuan melayu dah pandai bunuh diri. Macam mana la dia buat agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 3-3-2020 12:08 PM
Tak sabar nak dengar kisah berubat di ipoh tu.tq tt

1,2 hari lagi I update
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2020 02:37 PM | Show all posts
Straya replied at 3-3-2020 01:00 PM
Scary nya.Ratus tahun dulu pun perempuan melayu dah pandai bunuh diri. Macam mana la dia buat agak ...

alaa..iols rasa bukan roh pun..tu syaitan nak kelentong kita..reka citer bukan2..iols n rakan2 masa tu jahiliah..siap pecaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2020 03:29 PM | Show all posts
TT tlg sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik betul citer tt. Iols tunggu sambungan ni. Tq ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2020 05:30 PM | Show all posts

Ok sambungan pasal aunty Nisa ni, bukan lagi di rumah atuk tapi di sebuah rumah lain, banglo lama utk government officer di Ipoh. Macam yang aku ceritakan sebelum ni, aunty Nisa dibawa ke Ipoh untuk berubat dengan dua bomoh adik beradik selama seminggu. 3 orang pakcik aku iaitu abang abang aunty Nisa semua ambik cuti untuk bawak adik diaorang ke Ipoh ni. Sepupu mak aku offer rumah dia untuk diaorang tinggal selama seminggu tu. Takkan nak tinggal hotel pulak kan dalam keadaan aunty Nisa macam tu.

Sewaktu seminggu tu macam macam yang berlaku. Bila bomoh adik beradik ni nak datang rumah tu, macam biasa aunty Nisa akan mengamuk. Sepupu mak aku kunci pintu dalam rumah dengan gate luar sekali sebab aunty Nisa kalau pantang terlepa aje, mesti nak lari keluar. Bila berubat dengan bomoh adik beradik ni, barulah tau yang aunty Nisa ni dihantar sihir oleh 3 orang.

Aunty aku ni ni lawa, waktu dia belajar di uitm dulu memang ramai yang minat dia. Ramai lelaki yang nak jadi boyfriend dia tapi aunty Nisa ni waktu tu memang tak minat nak couple couple. Jadi, dalam ramai2 lelaki tu ada la yang sakit hati bila kena reject dengan aunty Nisa. Ada dua orang lelaki yang hantar sihir pada dia sebab sakit hati. Salah seorangnya ialah kerabat raja dekat belah selatan. Dan menurut bomoh adik beradik ni, sihir dari kerabat raja ni yang paling kuat dan susah nak dibuang. Yang dia kena histeria, mata hijau kat belakang kepala dia semua ni belaan dari orang ni la.

Satu lagi sihir dihantar pada arwah atuk aku oleh orang yang dengki dengan dia. Tapi terkena kat aunty Nisa sebab dia makan pisang yang orang tu bagi. Boleh jadi jugak sebab atuk aku kuat mengaji dan sembahyang, jadi tak kena pada dia. Atuk aku cakap, orang yang hantar pisang tu orang Kampung Datuk Keramat. Dia tak kenal sangat dan pelik jugak apasal tiba2, orang tu datang rumah dan bagi pisang. Sampai dia meninggal, atuk aku tak bagitau pun siapa orang kampung tu. Dia diamkan aje sebab mungkin tak mau anak cucu dia yang baran macam Fazrul balas dendam.

Jadi selama seminggu tu, hampir tiap2 malam, aunty Nisa naik hantu. Malam2 dia akan gegar gegar pintu rumah. Sebab tenaga dia kuat, kadang2 dia dapat bukak pintu rumah dan pergi ke gate depan dan gegar gate kuat2 jugak sampai kena seret oleh pakcik2 aku dan sepupu mak aku. Ada satu malam, pakcik aku nampak ada perempuan pandang kat tingkap bilik atas waktu diaorang semua kat luar nak seret aunty aku masuk. Padahal semua orang kat luar rumah, tak ada yang ada kat dalam. Kadang kadang tengah malam bila orang semua dah tidur, aunty Nisa ni main piano sambil bang keyboard piano tu kuat2. Pakcik aku kata punya la seram scene tu macam dalam cerita horror movie orang putih.

Menurut cousin mak aku, rumah diaorang tinggal tu berhantu tapi tak la teruk sangat. Tapi sejak aunty Nisa ada situ, makin menjadi jadi activiti hantu sebab dah jumpa ramai geng agaknya. Ada satu malam ni, selepas sehari suntuk berubat dengan bomoh adik beradik tu, aunty Nisa pengsan dan tertidur terus. Pakcik pakcik aku angkat dia tidur kat bilik atas. Diaorang semua tidur kat bawah sebab nak jaga2, taknak aunty Nisa lari keluar. Tengah malam tu, diaorang dengar ada orang mandi dekat bilik air dalam bilik yang aunty Nisa tengah tidur. Ada suara perempaun yang kejap ketawa mengilai dan kejap menangis dalam bilik air. Diaorang tengok dalam bilik, nampak aunty Nisa masih tidur. Jadi, siapa dalam bilik air tu? Diaorang tak kuasa la nak tengok sebab masing2 pun dah seram semacam.

Ada satu malam pulak, sepupu mak aku tu tidur satu bilik dengan aunty Nisa, temankan dia sebab nampak aunty makin bertambah baik. Waktu ni dah hampir seminggu dan nampak dia makin normal. Dalam bilik tu, ada 2 single bed. Jadi aunty aku tidur satu katil, satu lagi single bed ni, sepupu tu tidur. Sekali waktu malam tu, sepupu tu nampak hantu bungkus / pocong kat bawah katil aunty Nisa tengah tidur sambil benda tu pandang dia. Sepupu mak aku tu terus bangun & lari keluar bilik.

Selepas seminggu, aunty Nisa tu nampak dah ok. Kira macam dah sedar balik dan tak ada lagi buat benda pelik2. Adik beradik bomoh tu pesan jangan tinggal sembahyang dan selalu mengaji. Lepas seminggu, diaorang pun balik KL. Aku waktu ni tak sedar pun bila aunty Nisa pelik dan bila dia dah baik. Sebab bila dia tak sihat, atuk aku tak bagi balik KL. Selalu bila aku jumpa dia, macam normal aje dan memang tak perasan langsung benda2 yang mak aku ceritakan kemudian ni. Bila dia berubat dekat Ipoh pun aku tak tau.

Selepas aunty Nisa ni dah baik, dia duduk tinggal di PJ dengan suami dan anak2 dia. Hidup dia sederhana dan suami dia pun kerja biasa biasa sebagai kakitangan kerajaan. Antara semua, aunty Nisa ni yang kurang sikit dari semua segi banding adik beradik yang lain. Walaupun dia nampak yang terpandai dalam adik beradik mak aku, tapi Aunty Nisa ni tak pernah bekerja sebab sibuk menjaga anak anak dia seramai 5 orang dan dia dulu pun tak habis belajar. Tahun lepas dia dapat tau dia ada kanser seminggu sebelum hari raya. 3 minggu lepas tu aunty Nisa meninggal. Al-fatihah untuk aunty Nisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2020 05:31 PM | Show all posts
puteribaya replied at 3-3-2020 02:37 PM
alaa..iols rasa bukan roh pun..tu syaitan nak kelentong kita..reka citer bukan2..iols n rakan2 mas ...


Betul jugak. Setan saja2 nak kacau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2020 05:32 PM | Show all posts
mienina replied at 4-3-2020 02:05 PM
Menarik betul citer tt. Iols tunggu sambungan ni. Tq ye



Dah sambung dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2020 05:36 PM | Show all posts
any42 replied at 1-3-2020 02:48 PM
bca smbil duk imagine plan rumah atuk tt & situasi yg blaku msa tu adoiii seram. baring tp mata tb ...


Gambar rumah ada tapi takut pulak nak post
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 4-3-2020 05:36 PM
Gambar rumah ada tapi takut pulak nak post

kasi effect extra seram. hihi. mlm2 bila tringat trus bca ayt qursi pastu ttup mata dgn bntal punya la seram bca kisah u. tp nnti tt smbung la lg. hahhahaha.

kira dah stage akhir ke arwah bru dpt tahu sbb lps bbrapa mnggu tu mninggal dah. al-fatihah utk aunty nisa. semoga roh arwah dcucuri rahmat. pd kki2 santau/sihir tu semoga dpt balasan !
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2020 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian arwah aunty nisa. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Fatihah buat aunty Nisa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
polluxsstar replied at 2-3-2020 10:08 AM
lama jgk eh 2 tahun baru pulih sepenuhnya.Al-Fatihah untuk aunty Nisa.

cerita awak ni pun sema ...

Tak sampai 2 tahun tp yang pastinya lebih dari setahun. Memang kesian arwah aunty Nisa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zafira replied at 2-3-2020 10:23 AM
kesian arwah aunty nisa.  Semoga arwah tenang di sana  dan ditempatkan di kalangan orang yang berima ...

Amin.Arwah aunty Nisa ni memang baik & banyak tolong orang2 susah walau dia sendiri pun bukanlah senang mana.Harap syurga balasan dia.
Kawasan tu rasanya sekarang dah ok kot sebab dah banyak apartment,rumah rumah baru & kurang pokok pokok besar macam dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kancilku_biru replied at 2-3-2020 09:38 PM
Interestingnya laaa nama2 jalan... jalan bomoh pawang nujum. Rasanya situ pun memang antara penemp ...

Memang nama jalan2 “sesuatu” sangat.Rasanya mungkin la.tu sebab dapat idea bagi nama2 jalan macam tu.
Dulu tak banyak ambik gambar sebenarnya.Bila raya aje ambik gambar kat dalam rumah atuk.Gambar luar rumah lak,ada sorang sepupu post pic dia & atuk kat depan rumah tu.Puas cari kat FB post dia tak jumpa lak.Nak tanya dia karang kantoi pulak haha.
Tapi last year melawat si Fazrul,ada ambik gambar rumah ni dr belakang.Nanti cuba letak kat sini.Memang sama pesen banglo2 lama ni kot.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2020 02:14 PM | Show all posts
Straya replied at 5-3-2020 10:40 PM
Memang nama jalan2 “sesuatu” sangat.Rasanya mungkin la.tu sebab dapat idea bagi nama2 jalan maca ...

teringin nyer nak tenguk gamba2 tu kalu ada tepek la..TT ni mesti dari family yg well off kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2020 08:59 AM | Show all posts
puteribaya replied at 6-3-2020 02:14 PM
teringin nyer nak tenguk gamba2 tu kalu ada tepek la..TT ni mesti dari family yg well off kan..



Arwah atuk & tokwan govern servants aje tapi jenis menyimpan.Lepas dah pencen,senangla sikit.Nanti I cuba cari pics kalau dapat tepek sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.211474 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list