CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rantaikendoq

WAHABI @ WAHBABUN SESAT DALAM TERANG...

  [Copy link]
Post time 19-4-2020 05:21 PM | Show all posts
Kesimpulan

Adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila tuduhan bid’ah selalu dihalakan kepada amalan orang Islam dalam hal-hal ibadat, masyarakat yang sememangnya ingin meningkatkan amal ibadah dan dinasihatkan oleh para ulama’ mazhab untuk melakukan amalan-amalan tersebut, seperti tahlil, membaca yasin, talqin, zikir berjama’ah, menyambut maulid. Persoalan bid’ah yang sepatutnya dibahas dan diterangkan untuk menghentikan unsur-unsur anti agama, anti Shari’ah, dan anti Sunnah justeru menjadi punca perbalahan dan permusuhan sesama Islam. Kita sepatutnya menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang berlaku dalam masyarakat Islam yang menyalahi Shari’ah Islam, inilah perkara bid’ah yang lebih penting untuk ditangani, iaitu bid’ah dalam pemikiran seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme agama yang sudahpun meresap masuk dalam akal fikiran ramai umat Islam, termasuk juga bid’ah dari segi akidah seperti tashbih dan tajsim, bid’ah dalam sistem politik dan sosial, dalam pendidikan dan etika.

Perkara-perkara ini yang lebih tepat dianggap bid’ah kerana bertentangan dengan ajaran Islam, dan berupaya menghapuskan dan mengaburkan Shari’ah serta pelaksanaannya dalam kehidupan. Ia adalah bid’ah bukan semata-mata kerana ianya baharu dan tidak ada di zaman Rasulullah salla’Llah ‘alayhi wa sallam. Maka suatu yang amat keliru apabila bid’ah difahami secara rigid sebagai sesuatu yang tidak ada di zaman Rasulullah salla’Llah ‘alayhi wa sallam. Tindakangolongan ini menyerang sesama Islam dan menuduh masyarakat Islam melakukan bid’ah sama dengan kesilapan Timur Lank, seorang raja Muslim yang tidak bertamadun, pada abad ke-14 Masihi menyerang negara-negara Islam dari Timur sedangkan kuasa Barat menyerang dari Barat. Telah jelas bahawa kedua-dua tindakan ini hanya merugikan peradaban Islam, melemahkan umat Islam dari dalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2020 12:58 PM | Show all posts
begitulah manusia2 dikahir zaman
lihatlah saja perkara terbaru ketika puak2 wahabi bertemu menteri agama kita ni...

mereka nak perbaharui kitab2 hadis soheh imam2 muktabar terdahulu
nak berfatwa dgn kitab hadis?
sedangkan di zaman nabi saw dahulu, nabi DAH SEBUT, abu hurairah yg paling terbanyak HAFALAN
tetapi nabi tunjuk MUAZ BIN JABAL sebagai PAKAR FIKAH YG FAQIH LAGI ALIM WARAK
nampak dak dimana kecelaruan wahabi tuan2??

tak semestinya org2 yg byk phD byk hafal ilmu tahu itu ini
tapi belum TENTU KENAL SEBENAR KENAL SEBAGAI AHLI BIDANG SYARIAT FIQH YG FAKEH DAN WARAQ...
sbbtu jika berharap pd org yg kuat hafalan tapi bukan pakar dlm AHLINYA...
rosaklah syariat AGAMA ISLAM...
hukum2 Islam akhir zaman ni bukan merujuk pada SIAPA PALING BYK HAFALAN INGATAN ILMU
TAPI DIRUJUK PADA SIAPA YG PALING TANZIH AHLI DLM BIDANG SESUATU CABANGNYA
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2020 07:34 PM | Show all posts
Huzaifah ibnu Al-Yaman رضي الله عنه antara Sahabat Rasulullah saw yang sangat tekan mengenai pentingnya Ikut jalan Rasulullah saw dan jauhi Bidaah amalan² baru dalam Ibadah yang boleh bawa ke arah kesesatan :

روى الامام عبد الله بن المبارك عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه أنه أخذ حجرين، فوضع أحدهما على الآخر ، ثم قال لأصحابه : " هل ترون ما بين هذين الحجرين من النور " ؟ قالوا : يا أبا عبد الله ، ما نرى بينهما من النور إلا قليلا .

قال : " والذي نفسي بيده، لتظهرن البدع حتى لا يرى من الحق إلا قدر ما بين هذين الحجرين من النور ، والله لتفشون البدع حتى إذا ترك منها شيء; قالوا : تركت السنة".

Abdullah ibnu Al-Mubarak meriwayatkan bahawa: Huzaifah ibnu Al-Yaman mengambil dua batu dan meletak salah satu batu atas yang lain secara bertindih kemudian berkata kepada teman temannya:

"Adakah kamu nampak sebarang cahaya yang boleh lalu di celah² dua batu itu?!"

Jawab kawan² nya semua:
" Kami nyaris tak nampak sebarang cahaya kecuali sikit sikit sangat.."

Lalu kata Huzaifah berkata:
" demi Allah yang Nyawa aku di tangan-Nya, bidaah² akan muncul sehingga tidak akan dapat melihat langsung kebenaran kecuali sedikit seperti cahaya yang kamu dapat melihat dari celah dua batu itu..
Demi Allah Bidaah² akan tersebar sehingga apabila ada orang tinggalkan salah satu amalan bidaah, akan dimarahi oleh orang ramai yang akan berkata: kamu telah tinggalkan Sunnah !! "

من كتاب الاعتصام، للإمام الشاطبي.
Kitab Al-E'tisam karangan Imam As-Syatibi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2020 08:33 PM | Show all posts
selagi tak kenal apa beza ilmu musa as dan khidr as,
sampai sudah tak sempurna lengkap kefahaman rukun Iman
kerana rukun Iman itulah yg nak membuka laluan rukun Islam menjadi ibadah yg sampai ke akherat...yg ada nilai dan tingkatan iman...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 04:07 PM | Show all posts
Penegasan Aliran ASWJ dan Penetapan Autoriti Institusi Islam

Oleh :

Datuk Hj. Abdul Aziz bin Jusoh
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Pertembungan antara aliran dan kumpulan dalam Islam bukan perkara baharu. Sesetengah pihak melihat pertembungan ini sebagai menggambarkan sikap ketaksuban dan kejahilan pengikut sesebuah aliran dalam mendepani kepelbagaian. Namun dari sisi lain, pertembungan ini juga sebenarnya menggambarkan komitmen Islam terhadap kebenaran. Maka apa-apa yang dilihat bertentangan dari kebenaran itu dikenalpasti, dilabel seterusnya diperjelaskan supaya umat Islam sentiasa mengenal dan mengikuti ajaran Islam yang asli serta menjauhi sebarang ajaran yang bersalahan atau yang bertentangan.

Penegasan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagai aliran yang mewakili golongan yang benar (Ahl Haq) ini telah dijadikan asas untuk membentuk kesatuan umat Islam sepanjang zaman. Ia sama sekali menolak sebarang bentuk golongan ekstrem sama ada yang terlalu longgar contohnya fahaman-fahaman moden seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan sebagainya atau fahaman yang terlalu keras seperti aliran radikal esktrim ataupun golongan literalis.

Perkara ini yang ditegaskan oleh Mengeri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam salah sebuah makalah terkini beliau berjudul “Malaysia Negara Ahli Sunnah Wal-Jamaah : Satu Penegasan”.

Penegasan ini antara lain bagi menekankan sekali lagi betapa negara ini sejak awal kedatangan Islam ke rantau ini telah tertegak atas ajaran Islam yang berteraskan aliran ASWJ, secara khususnya yang tertuang di dalam penghuraian berteraskan Aliran Asyairah dan Maturidiyyah dari sudut akidah, Mazhab Shafie dari sudut fiqh dan juga penghuraian oleh Imam al-Ghazali dan guru-gurunya dari sudut tasawwuf.

Merujuk Autoriti Sebenar

Penegasan ini bagi kami bukanlah semata-mata sebuah penyataan yang dibuat atas dasar kepentingan peribadi atau untuk menonjolkan kelebihan sesebuah institusi, namun ia merupakan sebuah penegasan yang penting bertujuan memelihara autoriti institusi Islam di negara ini.

Autoriti yang dimaksudkan di sini bukanlah semata-mata pemaktuban bidang kuasa terhadap mana-mana individu atau institutsi oleh sesebuah sumber perundangan. Autoriti sebenar yang kami maksudkan adalah sebuah peletakan kepercayaan atau tanggungjawab atas dasar kewibawaan ilmiah dan amaliah. Malah itulah yang kami fahami tentang makna sebenar integriti iaitu refleksi sifat amanah yang merujuk kepada komitmen terhadap kebenaran di dalam pertuturan dan kelakuan.

Dalam erti kata lain kewibawaan tersebut tertegak atas dasar ilmu dan juga akhlak yang merupakan kualiti yang bersifat individu. Justeru dasar JAKIM sejak dahulu adalah dengan merujuk dan melibatkan individu-individu berautoriti ini pada masa yang sama melahirkan individu-individu berautoriti itu sendiri.

Penglibatan individu yang berautoriti ini merujuk kepada pakar-pakar dalam bidang masing-masing yang dilantik menganggotai panel-panel rujukan yang terdapat di JAKIM seperti Panel Pakar Akidah, Syariah, Muamalat, Sosial, Pendidikan, Dakwah dan sebagainya yang merupakan tulang belakang kepada dasar-dasar yang diputuskan di peringkat Jakim selama ini.

Paling penting kedudukan JAKIM selaku penyelaras pentadbiran hal ehwal Islam sentiasa menghormati bidang kuasa pihak negeri selaku autoriti sebenar pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan, perkara 3. (2). Justeru sebarang bentuk penyelarasan yang dibuat, sentiasa melibatkan pihak berautoriti negeri-negeri.

Melahir autoriti sebenar

Selain daripada merujuk pihak yang berautoriti, JAKIM pada masa yang sama sentiasa memberi ruang para pegawainya mengasah kepakaran masing-masing dengan memberi galakan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini bertujuan untuk melahirkan individu-individu yang berkualiti yang dinyatakan memiliki kekuatan ilmu dan juga akhlak yang kelak akan menjadi sandaran untuk menerajui jabatan ini.

Pada masa ini JAKIM telah memiliki hampir 120 orang pegawai yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan 28 orang yang mempunyai kelulusan di peringkat Doktor Falsafah. Kami selalu berkongsi ingatan dengan para pegawai supaya mempersiapkan diri dengan kedua-dua aspek ini iaitu kekuatan ilmiah dan juga kecekapan urustadbir yang berteraskan nilai-nilai integriti seperti yang dihuraikan sebelum ini.

Akhirnya ketinggian kedudukan institusi-institusi Islam harus menjadi hasrat yang didokong bukan sahaja oleh kakitangan-kakitangannya malah oleh setiap umat Islam di negara ini. Sokongan tersebut barangkali perlu dimanifestasikan dalam bentuk nasihat menasihati, saling membetulkan antara satu sama lain dan saling hormat menghormati. Ini kerana matlamat akhir kita tentulah untuk melihat kemurnian dan kedudukan Islam di negara ini terus terpelihara, bukannya dicemar, dipandang rendah atau diperlekehkan.


https://www.facebook.com/MyJAKIM ... 97669388?__tn__=K-R
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2020 06:06 PM | Show all posts
Siapa yang menang dalam membentuk kerajaan, suara dialah yang dipakai. Meskipun di Mekah tu banyak yang beraliran Salafi dan Wahhabi.

Nak tuduh Salafi dan Wahhabi sesat?

Alamatnya kau tak payah sembahyang dekat Mekahlah wei...

buang karan jer orang macam kau nie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2020 06:42 PM | Show all posts
doden replied at 12-5-2020 06:06 PM
Siapa yang menang dalam membentuk kerajaan, suara dialah yang dipakai. Meskipun di Mekah tu banyak y ...

ALANGKA dangkal dan c etek fikiran sesatmu
xkenal apa itu akidah
kamu ingt wahabi ke yg mendirikan mekah tu?
Mekah tu kiblat dari sejak Adam as
wahabi tu sesat dlm akidah, tak kiralah sapa berkuasa...tak de selamat disisi Allah
wahai si cetek sesat akidah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 01:00 PM | Show all posts
doden replied at 12-5-2020 06:06 PM
Siapa yang menang dalam membentuk kerajaan, suara dialah yang dipakai. Meskipun di Mekah tu banyak yang beraliran Salafi dan Wahhabi.



Salam Ramadhan Kareem.... saja nak mencelah sikit....

Berkaitan kerajaan, betul lah tu siapa yang naik (diangkat) dia jadi kerajaan.... di Makkah memang ada tokoh agamawan beraliran Salafi dan Wahhabi, tapi itu bukan bermakna kesemua di situ Wahhabi belaka...

Nak tuduh Salafi dan Wahhabi sesat?
Alamatnya kau tak payah sembahyang dekat Mekahlah wei...

Salafi dan Wahabi pun ada beberapa pecahan. Yang ekstrim dari kalangan mereka tu (Wahhabi literalist yang ekstrim), yang suka mengkafirkan orang Islam yang tak ikut Aqidah mereka, sehingga ada fatwa dalam Malaysia yang menyatakan kesesatan mereka, yang itu biarlah pihak yang berautoriti meletakkan fatwa untuk kemaslahatan umat Islam di Malaysia.

Kalau pendapat peribadi saya, saya tiada masalah dengan yang mengaku salafi. Hmmm.... saya pernah tanya kepada seorang Alim berbangsa Arab (Quraish), juga seorang guru saya, siapa salafi? Beliau sendiri mengaku dia salafi. Orang yang mengikut para salaf....

Kesemua imam mujtahid yang empat, mana-mana dari kita yang ikut mereka pun, sebenarnya mengikut para salaf, jadi secara tak langsung bolehlah dikatakan 'salafi'

Cumanya ada golongan 'salafi' yang mengaku salafi dan menisbahkan diri mereka salafi berdasarkan aliran tokoh agamawan yang terkemudian yang kebanyakannya bersumberkan fatwa Ibnu Taymiyyah dan Sheikh Abdul Wahhab, menyebabkan istilah 'salafi' ni kadang-kadang disamakan juga dengan Wahhabi (Pendokong aliran Sheikh Abdul Wahhab).

Alamatnya kau tak payah sembahyang dekat Mekahlah wei...

Di Makkah sekarang bukannya diperintah oleh golongan Salafi atau Wahhabi, akan tetapi kerajaan Bani Saud. Dalam kerajaan Bani Saud, memang ada pengaruh tokoh Wahhabi, namun bukannya negara Arab Saudi digazetkan menggunakan aliran Wahhabi. Mungkin salah faham berlaku bila ramai tokoh agama yang beraliran 'salafi' di Universiti di Arab Saudi, menyebabkan orang ingat Saudi diperintah oleh Wahhabi. Ini salah faham.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2020 01:34 PM | Show all posts
sehingga ada fatwa dalam Malaysia yang menyatakan kesesatan mereka,


Boleh nyatakan sumber? Setahu saya menteri di jabatan perdana menteri pun tak pernah mengatakan mereka sesat cuma mereka hanya kata tidak sesuai sahaja diamalkan di Malaysia.

Berhati-hati bila menghukum orang,  satu jari menuduh seseorang sesat, 4 jari patah balik dekat diri sendiri.

Nau'zubillahiminzalik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 10:14 PM | Show all posts
doden replied at 13-5-2020 01:34 PM
Boleh nyatakan sumber? Setahu saya menteri di jabatan perdana menteri pun tak pernah mengatakan  ...



Saya bukan maksudkan kesemua Wahabi, yang melampau (ekstrim) dari kalangan Wahabi.

http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15888
Keputusan:
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 3 Rejab 1436 bersamaan 22 April 2015 telah mengambil maklum perkara-perkara berikut:

i Umat Islam di Malaysia secara umumnya berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, aqidah berasaskan mazhab Asya’riah dan al-Maturidiah dan feqah berdasarkan mazhab Syafie.

ii Ajaran agama berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan ajaran yang sederhana atau wasatiah. Ajaran yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama ini ternyata menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

iii Kehadiran mana-mana aliran pemikiran baharu seperti pemikiran Islam Liberal, fahaman salafiah wahabiah yang melampau, fahaman syiah dan fahaman sufi yang menyeleweng dan terkeluar dari mazhab arus perdana boleh menyumbang kepada kekeliruan pemikiran masyarakat awam dan akan mengancam perpaduan yang sedia ada di Malaysia.

iv Gerakan syiah di Malaysia sudah meluas dan tersusun. Bilangan pengikut syiah sedang berkembang dan mereka sudah berani menzahirkan kewujudan mereka. Ini dapat dilihat antaranya dari keberanian mereka menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, menghantar memorandum terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta membuat perakuan bersumpah di mahkamah. Ternyata mereka sudah tidak lagi menggunakan prinsip taqiyyah dalam menghadapi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia

v Aliran Salafi-Wahabi adalah tidak selari dengan jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, ramai sekali tokoh-tokoh besar Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dari kemunculan wahabi sampai sekarang memberikan pendapat negatif dalam pegangan Salafi-Wahabi.

vi Dalam konteks aqidah yang berkaitan dengan pegangan kepada tauhid tiga iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Al Asma Wa As Sifat, ajaran Salafi-Wahabi sudah terdedah secara meluas dalam masyarakat Islam di Malaysia melalui penerimaannya dalam silibus pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah dan universiti. Hal ini adalah suatu perkara yang amat tidak wajar dan cukup membimbangkan kerana konsep tauhid tiga jelas bertentangan dengan konsep tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan kepada ajaran Asya’riah dan al-Maturidiah.

Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian , maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut:

i Pihak penguatkuasaan perlu konsisten dalam mengambil tindakan undang-undang ke atas para pengikut fahaman syiah dan salafi-wahabi yang didapati menyebarkan fahamannya kepada masyarakat awam.

ii Enakmen undang-undang negeri yang melibatkan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai mazhab rasmi negeri perlulah disemak semula dan dibuat penambahbaikan sekiranya perlu.

iii Silibus sekolah agama hendaklah disemak semula khususnya yang berkaitan dengan aqidah.

والله اعلم بالصواب




Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2020 10:28 PM | Show all posts
doden replied at 13-5-2020 01:34 PM
Berhati-hati bila menghukum orang,  satu jari menuduh seseorang sesat, 4 jari patah balik dekat diri sendiri.

Baiklah, saya boleh tarik balik kenyataan saya jika itu terbukti tidak benar. Sememangnya saya TIDAK suka menuduh orang lain sesat, melainkan dengan bukti yang jelas.

Dalam forum ni ada satu forumer @Kilokahn yang mengaku Wahhabi (tulen). Hanya berdasarkan video yang telah diedit pihak tertentu, berdasarkan gambar yang diedit pihak tertentu, dia boleh tuduh orang Islam tertentu sembah kubur. Banyak yang FITNAH. Yang macam ini yang saya katakan ekstrim. Menyesatkan orang, tuduh terkeluar dari Islam, dan tuduh sembah kubur.

Err... saudara ni aliran Wahabi jugak ke? Maaf bertanya jika tersinggung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2020 10:06 PM | Show all posts
alangkah bodohnya lagi jahil manusia yg tidak tahu kesesatan Akidah itu membatalkan IMAN DAN RUKUN SYAHADAH...

wahabi itu tertolak dr ASWJ...itulah jahilnya manusia skang
wahabi percaya Allah itu bersemayam di langit dan di atas arshy
sedangkan  Allah swt itu bukan lah berbentuk ruang atau jisim utk diletak ukuran atau bayangan...
mengaji agama biar elok supaya terpelihara iman akidah..
SAHNYA rukun2 iman itu dgn makrifatullah saja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2020 10:05 AM | Show all posts
tidak ada istilah BERLAPANG DADA DALAM HAL TAUHID AKIDAH
kerana wahabi berfahaman Allah itu seperti berjisim dan berjirim
mereka beranggapan Allah bersemayam di arshy, sepertimana gambaran2 bentuk dan sifat dlm khayalan minda,

sedangkan nabi saw menjelaskan, Allah itu laisa kamislihi syaiun dan mukhalafatahu lil hawadis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2020 02:50 PM | Show all posts
takkan berketurunan Islam tak perlu mengaji agama kot
tauhid fikah tasswuf tu wajib bagi umat Islam
cemana nak sempurnakan 6 rukun iman dan 5 rukun Islam jika takde pengajian bersanad mursid
ingt pakai skolah punya dah sempurna ke? sapa cakap?
sbbtu la ramai melayu keturunan Islam jahil tentang Islam tu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
saya nk tanya klau wahabi sesat,

imam mekah pkai silibus wahabi...

imam.sudais semua tu, tapi takpa kan,  solat belakang diorg ok juga kan....


saya secara peribadi sgt sgg sgt bersyukur mekah dijaga oleh aliran yg diejek sbg wahabi...

bukn aliran ahli bid'ah...

sejuk hati bila tgk tanah nabi dipegang oleh aliran ortodoks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2020 04:31 PM | Show all posts
ussopp replied at 8-6-2020 02:04 PM
saya nk tanya klau wahabi sesat,

imam mekah pkai silibus wahabi...

sebenarnya ramai org keliru antara wahabi, mazhab hambali maliki yg jarang ilmu ada pd mereka
hanya yg menguasai 4 mazhab utama tahu perbezaan
1 lagi, andai mereka syeikh, yg ADA SANAD MUSYAHADAH, mereka bukan lagi wahabi syiah
walau kelompok mereka maseh percaya syeikh mereka tu wahabi
syeikh yg sebenar anugerah Allah pd mertabat syariat berhakikat makrifatullah
jika tgk sikap mereka tidak memusuhi aswj, tiada masalah
atau mungkin merahsiakan, sepertimana sesetengah pope paus yg tua, mereka beriman secara rahsia
semua ni ada cerita dlm quran dan hadis...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2020 09:25 PM | Show all posts
Jangan jadi sesat.Mari mengaji dan berguru yang sahih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 01:32 PM | Show all posts

RE: WAHABI @ WAHBABUN SESAT DALAM TERANG...

Hannah.Montana replied at 10-6-2020 09:25 PM
Jangan jadi sesat.Mari mengaji dan berguru yang sahih.

ya begitulah
bab agama tauhid tasawuf wajib ada sanad guru mursid
kerana sepertimana nabi saw mengajar para sahabat
begitula juga ulam2 imam mazhab dahulu mengajar pada murid2nya
dgn mata rantai yg saheh agar selamat landasan dunia akherat
amin amin ya rabbal alamin....

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 10:57 PM | Show all posts
rantaikendoq replied at 11-6-2020 01:32 PM
ya begitulah
bab agama tauhid tasawuf wajib ada sanad guru mursid
kerana sepertimana nabi saw me ...

4 Hukum perundangan dalam Islam.

1.AlQuran.
2.Hadith
3.Qiyas.
4.Ijmaak Ulama'

Mubadi 10 yakni tempat keluar ilmu ada 10.

Rasanya ko lebih pandai dari aku.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 10:56 AM | Show all posts
Hannah.Montana replied at 11-6-2020 10:57 PM
4 Hukum perundangan dalam Islam.

1.AlQuran.

semuanya ada sifat 20 juga...
krana didalam solat nak memandang musyahadah tu pd rukun sifat 20 tu juga...
tasswuf terbahagi 3 peringkat, insyallah
sama2 dlm lembayung landasan aswj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.069074 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list