CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5406|Reply: 7

[Buku] NOVELOG: USTAZAH BASIKAL NEKAD KE MEKAH

[Copy link]
Post time 22-3-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Noonanur at 24-3-2020 02:21 PM

“Cerita Ustazah Basikal ni bukti, apa yang anda nak capai dalam dunia ni, anda boleh capai, walaupun benda tu Impossible as long as, you put your mind there, believe in Allah dan nekad buat benda tu sampai dapat” - Afnan Rosli, Influencer.
.

Saya sendiri dah baca dan rekemen sangat-sangat untuk anda baca Novelog Ustazah Basikal ni.
.

Saya seolah-olah seperti mengembara bersama Ahmad & Adilah sama-sama berbasikal dari Malaysia, Thailand, Myanmar, Nepal, India dan Pakistan.
.

Jantung berdegup kencang bila part drama di Myanmar, Nepal, India dan Pakistan. Fuhh.
.

Saya ingat buku ni buku ilmiah, rupanya tulisan penulis ni sangat santai, sampai keluar air mata saya baca part yang kelakar.. haha!
.


Ada 3 Hikmah dan Pengajaran terbesar yang saya belajar dari buku ni.
.

NOTHING IMPOSSIBLE!

Kita mampu capai apa sahaja yang kita nak, selagi kita PERCAYA, Allah tu bersama dengan kita.
.

2) REZEKI ALLAH MELIMPAH RUAH

- Allah beri rezeki dari pelbagai cara yang kita tak sangka-sangka, bukan semata-mata bekerja je.

3) THE POWER OF DOA

- Betullah doa tu senjata orang mukmin. Tak sangka, dengan berdoa je, banyak perkara yang Allah mudahkan.

Jika anda nak ubah Mindset untuk tahun 2020 ni. Saya rekemen anda baca buku ini.
Pelbagai kisah yang dialami penulis seperti ditahan oleh pihak polis,tidur dirumah orang tempatan,masuk hopital dan banyak lagi pengalaman yang menarik.Dalam thread ni nanti saya akan letak sedikit content yang ada dalam buku.Nak lebih lagi,kenalah dapatkan novelog ni.hehehe






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Noonanur at 24-3-2020 02:11 PM

TEMPAH SEKARANG SEBELUM PEJABAT POS LAJU PULA TUTUP!
.

Ada ke yang boring gila tak tahu nak buat apa duduk rumah sekarang ni?
.

Jom travel dengan Buku Ustazah Basikal dengan naik basikal. Boleh la dapat sikit info macam mana kehidupan manusia kat luar Malaysia ni.
.

Bagi saya, pengalaman ni mahal sangat. Bagi saya lah.
.

Boleh jadi saya tak mampu nak buat perkara yang sama. Boleh jadi orang lain pun tak boleh buat perkara yang sama.
.

Jika ada, pasti pengalaman berbeza. Lagi-lagi musim ni yang kita langsung tak benarkan travel. Kini semua orang takut nak travel lagi.
.

Anda suka travel? Buku ini tepat untuk anda!

Anda suka adventure? Lagi tepat untuk anda!

Anda suri rumah yang bercita-cita untuk travel bersama suami tercinta?

Tempah sekarang, buku ini khas untuk anda
.
Sempena Lockdown ni, penulis buka peluang untuk 50 buah buku je dengan harga RM69 (POSTAGE PERCUMA).Harga asal RM 79 tidak termasuk postage.
KLIK bawah ni
http://bit.ly/Promoustazahbasikal






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh tak cukup stamina boleh tombong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Novelog ni sangat tebal ada 700 lebih muka surat,kertas berkualiti dan gambar berwarna.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 22-3-2020 10:58 PM
Fuhh tak cukup stamina boleh tombong

Memang...Baca buku ni pun rasa respect giler terutama dekat bini dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Noonanur at 24-3-2020 02:29 PM

.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2020 01:34 PM | Show all posts
Edited by Noonanur at 24-3-2020 01:45 PM

THAILAND :  FIRST TIME HITCHHIKE


“So, kemana kita lepas ni Mirul?”

“Kami nak ke Suratthani, korang nak ke mana?”

“Kami kayuh ke arah Bangkok, dalam perjalanan nanti, kami singgah la mana-mana kampung, takde plan yang tepat pun..”

“Awak semua nak ke Suratthani ke? Saya ada kawan kat sana yang boleh bantu awak, nama dia Pak Sak, saya beri nombor telefon pada awak ya” Ustazah Hamidah mengambil kertas dan pen untuk menulis info sahabatnya di Suratthani.

Ustazah Hamidah menghulurkan kertas kepada Amirul.

Sebelum berangkat meninggalkan Pondok Bantan, kami bersalaman dengan keluarga Ustazah Hamidah.
.

Team Aulia berangkat ke Suratthani dengan menaiki van. Kami pula sambung kayuhan kami dengan basikal.
.

“So, kita nak ke mana bang?” Adilah tanya aku.
.

“Kita kayuh ke arah Suratthani juga, kalau sempat sampai sana, boleh jumpa balik dengan group kita”
.

Baru sahaja kami mula berkayuh, kami ditahan oleh sekumpulan pakcik yang menaiki kereta Innova, no plat Malaysia.
.

Mereka tahu tentang perjalanan kami dan minta untuk tangkap gambar bersama.
.

Sebelum mereka meninggalkan kami, mereka sempat menghulurkan duit kepada kami untuk buat belanja. Alhamdulillah.

Kami perlu bergegas mencari masjid kerana sebentar sahaja lagi akan berkumandang azan zohor. Aku perlu cepat berkayuh jika nak solat jumaat berjemaah.

Kami sampai di Masjid Darul Islam 5 minit sebelum azan zohor, Alhamdulillah.

“Ayang nak duduk mana ni sementara abang solat jumaat?”

“Ayang duduk kat tepi pantailah”

“Panas ni”

“Pinjam hammock bang, ayang nak ikat hammock kat pokok kat tepi pantai”

“Jom, abang tolong” aku offer diri.

Aku mengeluarkan hammock dari beg aku dan bantu Adilah ikat hammock sebelum aku bergegas ke masjid untuk solat jumaat.
.
.
.

Setelah habis solat jumaat, ada seorang jemaah mengajak aku pergi makan tengahhari, aku cakap isteri aku tengah tunggu kat pantai.

Dia cadangkan untuk beli nasi bungkus untuk aku dan isteri. Aku ikut dia naik kereta ke gerai berdekatan. 15 minit selepas makanan siap, dia hantar aku balik ke pantai.

Adilah terkejut aku balik masjid bawa makanan.

“Ada makan-makan ke kat masjid tadi bang?”

“Takdelah, tadi ada seorang pakcik bawak abang keluar pergi gerai makan, Alhamdulillah, rezeki kita hari ini”

“Ayang tak solat lagi ni bang”

“Lepas makan nanti kita cari port untuk ayang solat”

“Ok” jawab Adilah pendek.

Selepas makan, aku masuk ke masjid dan bertanya jemaah, boleh tak isteri aku tumpang solat.

Salah seorang jemaah ajak Adilah untuk solat di rumahnya.
Alhamdulillah.

Aku hantar Adilah ke rumah jemaah tadi, isterinya menyambut kami dengan mesra. Sementara Adilah solat di dalam, aku baring di atas sofa di luar rumah.

Lepas habis solat, Adilah kejut aku.

“Bang, tuan rumah ni bukan orang biasa-biasa bang, diorang ni kerabat diraja Kelantan”

“Oh ye ke?”

“Ha’ah, dia siap tunjuk lagi surat jemputan kahwin Tengku Mahkota Kelantan tu”

Walaupun mereka ni kerabat diraja, mereka hidup sederhana je di thailand ni. MasyaAllah.

Kami teruskan kayuhan menuju ke Suratthani.
.
Sedar-sedar, hari dah senja. Aku tengok peta, Suratthani jauh lagi. Di sekitar kami tiada kampung, apatah lagi masjid.

“Macam mana ni bang? ada 30km lagi nak ke Suratthani tu..”

Aku mati akal. Takkan nak tidur kat tepi highway ni.

“Kita hitchhike nak bang? kita tumpang lori pergi ke Suratthani tu” Adilah beri cadangan pada aku.

Aku senyap je. Aku tak pernah hitchike dengan cara tahan kereta di tengah highway.

“Takpe yang, kayuh slow-slow, nanti mesti ada hotel kat depan sana”

“Tapi dah nak gelap ni..bahaya la bang..”

Aku suruh Adilah teruskan kayuhan.
Adilah mengerutkan dahinya, dia tahu aku tak setuju dengan cadangannya.
.
Aku lihat Adilah sambil kayuh, dia melambai-lambai tangan ke arah highway tanda nak minta bantuan.
Aku biar je apa yang Adilah buat.
Hati aku berat nak hitchhike, aku pun tak tahu kenapa.

Dari jam 6.30 petang sampai betul-betul matahari dah nak menghilangkan diri, Adilah tak henti-henti melambai tangan ke arah highway dengan harapan ada orang berhenti dan menumpangkan kami.

Akhirnya, ada seorang wanita menaiki motosikal berhenti di sebelah kami. Dia memperkenalkan diri sebagai Jay Jay. Dia sebenarnya dari jalan sebelah. Dia nampak Adilah melambai-lambai dan dia patah balik untuk bertanya.

Selepas Jay jay berhenti, 1 trak pikap pula berhenti di sebelah kami. Subhanallah.

Kereta pikap itu juga nampak Adilah melambai di jalan tadi. Aku bercerita kepada Jayjay kami nak ke Suratthani, dia cakap dalam 30km lagi.

Pemandu trak pikap pula tidak pandai cakap bahasa inggeris. Jayjay terangkan kepada pemandu yang kami nak pergi ke Suratthani, boleh tak tumpangkan kami ke sana.
Pemandu itu setuju. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.
Malam itu, kami berangkat menuju ke Suratthani dengan hitchhike.

Adilah menitiskan air matanya, usahanya berbaloi. Kalau Adilah tak lambai tadi, otak aku dah fikir nak camping tepi highway je. huhu.

Alhamdulillah.

*********
#Hikmah : “Silaturrahim asbab rezeki, jangan malu untuk minta bantuan pada orang yang tidak dikenali. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam”

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 02:48 PM | Show all posts
Noonanur replied at 24-3-2020 12:34 PM
THAILAND :  FIRST TIME HITCHHIKE

best gak berhammock ni masa MCO...ni jemu dah main buaian kayu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.111424 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list