CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 3

Langkah - langkah bagaimana memulakan Youtube Channel anda sendiri.

[Copy link]
Post time 23-3-2020 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by faraway2514 at 23-3-2020 12:37 AM

Youtube, yang dimiliki oleh Google mempunyai lebih dari billion pengguna - hampir satu daripada tiga individu di atas talian internet - dan setiap hari mereka menonton ratusan ribu jam di Youtube dan menghasilkan billion penonton.  

Ini adalah masa anda menjadi pengarah untuk video anda sendiri! Ini adalah beberapa cara yang anda perlukan untuk memulkan Channel Youtube anda:

1. Mulakan daripada "BASIC"
Perkara pertama yang anda perlukan lakukan adalah membina channel business, dan Youtube membuatkan dia senang mudah dilakukan. Dengan hanya beberapa klik, anda bersedia meletakkan channel baru anda di Youtube platform.

- Daftar masuk di Youtube dan klik pada ikon pengguna di bahagian kanan atas pada skrin.

- klik pada gear ikon untuk ke tetapan akaun Youtube anda.

- klik pada " Create a new channel "

- kemudian pilih " Use a business or other name "

- letakkan nama brand anda dan klik " create "

2. Penuhkan ruangan bahagian yang diperlukan - jika anda tertanya bagaimana memulakan channel Youtube yang menarik minat terhadap brand anda, langkah seterusnya ialah mengisi penuh profil anda dan description channel. Ini merupakan pilihan pertama selepas anda membuat channel anda. Disini, anda menerangkan tentang brand anda dan apa yang penonton akan dapat daripada menonton channel anda. Ini juga tempat yang penting jika anda ingin menambah link kepada websittes anda dan sosial media lain yang anda gunakan. Diskripsi ini akan muncul lebih dari satu di dalam channel anda, pastikan mengisi maklumat yang terbaik untuk menarik minat penonton anda.

3. Pastikan Channel anda menarik - Apabila anda pergi ke channel Youtube, anda akan di sambut dengan banner besar yang terpampar dengan naman channel. Ini merupakan cover foto dan akan memperkenalkan jenama anda. Anda boleh membuat coer foto anda se " extravangant " atau minimal mengikut selera anda. Untuk memudahkan terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk mereka bentuk pilihan mengikut pilihan anda. Peringat awal, Youtube menyarankan untuk memuat naik cover photo berukuran 2540 x 1440 pixel dengan maksimun saiz fail 4MB.
4. Mengetahui pasaran anda, jenis kandungan yang anda hendak masukkan -
anda harus mempunyai sumber bahan yang cukup untuk dimasukkan ke dalam kandungan video anda. Dengan ini anda boleh mempelbagaikan jenis kandungan video anda.

5. Cahaya, kamera dan tariler - Trailer channel selalunya dalam tempoh yang pendek, padat dan sebagai pengenalan yang baik kepada penonton anda. Anda membenarkan penonton anda untuk lebih mengetahui anda dan kandungan apa yang anda sajikan di dalam Youtube channel anda, dan apa yang mereka boleh jangkakan pada masa akan datang daripada channel anda. Membuat trailer channel juga bagus untuk membina video pertama anda.

6. Memuat naik video pertama anda!! - Pada tahap ini, anda mungkin sudah membuat kajian yang cukup untuk video pertama anda, anda sudah bersedia dan perlu memerlukan beberapa latihan untuk menjadikan channel anda lebih menarik dan berjaya menarik penonton. Setelah anda siap merakam dan menyunting video anda, tiba masanya anda memuat naik video anda dengan mencari pilihan " upload" pada bahagian kanan atas pada skrin apabila anda log masuk kedalam akaun anda.

7. Mengoptimumkan carian - Apabila video selesai dimuat naik, anda perlu mengisi Tajuk, description dan juga tags. Ini adalah komponen penting yang perlu ada, untuk memudahkan video anda mudah dicari di dalam carian Youtube.

8. Tetap konsistent - Untuk membuatkan channel anda lebih berjaya, ia memerlukan masa dan usaha lebih. Ini kerana penonton akan menjangkakan konsistent daripada channel yang mereka subscribe. Selepas video pertama berjaya di muat naik, pastikan anda sudah mempunyai rancangan untuk dimasukkan kedalam video pada masa akan datang. Tidak pasti jika anda mempunyai masa akan datang untuk merakam video baru?? jangan risau anda boleh merakam lebih dari satu video pada masa anda free, dan memuat naikkan ia mengikut jadual yang anda tetapkan di Youtube.

9. Mempromosikan channel Youtube anda di sosial platform anda yang lain - Kongsikan video anda di beberapa media sosial dan akan menarik lebih banyak lagi penonton ke channel anda.

10. Mesra dengan penonton anda - Youtube tidak akan berjaya tanpa penonton yang setia. Anda harus mesra dengan penonton anda dengan menjawab bahagian komen, menjawab persoalan dan yang paling penting adalah dengar penonton anda. Penonton anda menonton kandungan video anda, oleh itu pastikan memberikan apa yang mereka inginkan di dalam video.
Sumber : www.wix.com



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2020 07:58 AM | Show all posts

salam syawal korang....

baru nak berkecimpung dlm dunia youtube ni...

help me Subscribe & share my YouTube channel  ya

https://www.youtube.com/user/syokmedia1

tq gais
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:10 PM | Show all posts
Info yang menarik, tq TT
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 10:15 AM | Show all posts
Don't forget to have a FINAS licence first haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.237436 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list