CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lanesra

[Tempatan] (PKPD) di Simpang Renggam terus disambung sehingga 14 April

  [Copy link]
Post time 27-3-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lanesra replied at 27-3-2020 01:14 PM
Kawalan ketat di pintu masuk keluar Simpang Renggam

KERAJAAN Johor mengarahkan semua akses keluar ...

Exco johor tak payah la nak tumpang nama konon mengarahkan. Ni semua operasi kerajaan malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 26-3-2020 10:03 PM
ye la tuu..
sebab terlalu dengor arahan laa nie dua kg da kena lockdown..
mmg ummah Melayu nie y ...

Husnuzonlah... Masa 15-16 mac tu tak mula lg mco... Kalau kenduri masa hujung minggu tu... Mmg masa ni virus2 mengeluarkan dirinya....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sonatalady replied at 26-3-2020 10:45 PM
Kenapalah.degil sangat.
Sendiri menyusahkan diri.
Kalau betul buat kenduri...dorang ingat dorang n ...

Iols pun ada jemputan kenduri masa 15hb tu... Tp iols tak pg... Kemalasan melanda... Myb ni hasil sentuhan kenduri kendara hujung minggu sebelum cmo
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tiesza169 replied at 27-3-2020 04:10 PM
Husnuzonlah... Masa 15-16 mac tu tak mula lg mco... Kalau kenduri masa hujung minggu tu... Mmg mas ...

Even x mula lagi MCO, 15hb memang dah dinasihatkan jangan buat mass gathering lebih 200 (kalau x silap) orang
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:20 PM | Show all posts
MissyMolly replied at 27-3-2020 11:49 AM
kejadian 15hb...sebelum PKP...bsabarlah acik-acik ye...molly doakan semuanya terkawal di sana

owh.. thanx molly.tertanya jugak bila tarikh kenduri tu .sedap2 je panggil org degil tanpa usul periksa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:54 PM | Show all posts
Edited by Peterpan17 at 27-3-2020 04:56 PM
fair_iza replied at 27-3-2020 11:48 AM
Sorry ye. Ganu antara negeri yg tinggi patuh pkp. Marah ni sbg org ganu

oh!! ye ke, hahahah!! kita org pun kena fitnah. Katanya Sabah Sarawak degil. Pdhal rakyat Sabah & Sarawak patuh arahan. Takde yg bondong bondong balik kampung. Pedalaman dan kampung di Sabah Sarawak mostly bebas dr Covide 19. Yg ada jemaah tabligh mcm daerah Ranau ada kes, Tawau dan KK pun byk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2020 04:55 PM | Show all posts

Yg itu mmg degil babal tubal. Dah mcm perangai China mainland.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 04:59 PM | Show all posts
nazzse replied at 26-3-2020 11:57 PM
Ikut covid, bangsa selangor, sabah, kl & johor bangsa degil

Sabah sebenarnya tak termasuk sebab klu tgk kat socmed, pekan dan kampung di Sabah mcm kena langgar garuda. Infact byk komen komen utk Sabah & Sarawak lbh patuh dr Semenanjung. Lbh byk kampung dan pedalaman Sabah & Sarawak takde kes covide 19 sebab derang tak blh bondong bondong mcm kat Semenanjung. Sabah byk kes covid 19 sebab Jemaah Tabligh dr Sabah paling ramai, 2 ribu orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak iols duk kg sebelah pt ibrahim majid ni. Degil2 org kg time pkp ni. Masih lg pergi pekan. Masih lg bersidai kt rumah jiran. Maunya diorang nak duduk rumah. Org kg bkn mcm org bandar yg ddk taman jiran sebelah pun x kenal. Boleh kusut ddk rumah x bersosial
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2020 06:21 PM | Show all posts
Jangan risau, semua kerajaan tanggung



PENDUDUK Kampung Datuk Ibrahim Majid serta kampung rangkaian di Simpang Renggam yang terbabit dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sehingga 9 April ini tidak perlu bimbang dengan bekalan makanan kerana semuanya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, kebajikan penduduk akan dipastikan terjaga walaupun berada di bawah PKPD yang memerlukan untuk terus berada di kediaman masing-masing pada setiap masa.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh penduduk adalah mematuhi arahan serta terus duduk di rumah masing-masing kerana hanya dengan cara itu sahaja wabak Covid-19 boleh disekat rantaian penyebarannya.

“Bantulah kerajaan atasi penyebaran wabak ini bagi membolehkan ia ditamatkan secepat mungkin tanpa membabitkan lebih ramai mangsa,” katanya.

Vidyananthan berkata demikian selepas meninjau persiapan Bilik Gerakkan Bencana Covid-19 Kampung Datuk Ibrahim Majid di Dewan Orang Ramai Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kluang, Ismail Abu dan Yang Dipertua MDSR, Mohamad Sukry Abd Rahim.

Vidyananthan berkata, MDSR akan menyelaras bilik gerakan yang diaktifkan sepanjang 24 jam di bawah pemantauan Pejabat Daerah Kluang dan kerajaan negeri.

“Untuk penduduk kampung, tiada pergerakan keluar masuk termasuk pelawat kecuali agensi yang mempunyai kelulusan seperti petugas yang mengedarkan bekalan makanan kepada penduduk.

“Pusat Kesihatan sementara yang disediakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Ibrahim Majid akan dijadikan kemudahan kepada penduduk untuk membuat saringan serta pemeriksaan kesihatan mereka,” katanya.

Menurut Vidyananthan, semua urusan agihan lojistik dan makanan akan diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2020 06:22 PM | Show all posts
11 laluan tikus PKPD di Simpang Renggam dikawal sepenuhnya

JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 laluan tikus di dua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Kluang, dikawal dan kini ditutup sepenuhnya dari akses keluar atau masuk.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata langkah itu bagi memastikan dua kawasan PKPD itu tidak dibolosi oleh penduduk terjejas mahu pun orang luar.

Sehubungan itu, katanya, seramai 181 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerahkan membuat kawalan di dua kawasan itu bagi memastikan tiada akses keluar masuk sepenuhnya sehingga perintah berkenaan berakhir.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan mengawal 11 laluan tikus yang menghubungkan dua kawasan PKPD itu dengan kawasan lain bagi memastikan ia tidak dibolosi.

“Dua kawasan PKPD itu dikelilingi ladang sawit dan nanas dengan 11 laluan tikus itu membabitkan jalan ladang atau kebun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, malam tadi, hanya 81 anggota dan pegawai membuat kawalan di dua kawasan PKPD berkenaan, namun hari ini seramai 100 lagi dikerahkan membuat kawalan dengan tiga penggiliran tugas selama 24 jam.

Katanya, sekatan jalan raya di laluan utama kawasan PKPD berkenaan juga ditambah menjadi tujuh lapisan hari ini berbanding hanya lima malam tadi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, malam tadi dilaporkan mengumumkan, dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD mulai tengah malam selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Dua kawasan itu membabitkan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Perintah PKPD membabitkan 3,570 penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga di dua kampung berkenaan.

Mengulas lanjut, Ayob Khan, berkata semua pegawai dan anggota yang ditugaskan di dua kawasan PKPD itu akan menjalani proses menyahkuman yang dilakukan ATM setiap kali giliran penugasan mereka berakhir sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata, siasatan awal peningkatan mendadak kes positif wabak COVID-19 di kawasan itu mendapati ia ada kaitan dengan kluster tabligh Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

“Ya mungkin ada faktor kenduri di dua kawasan berkenaan yang menyebabkan kes positif COVID-19 tinggi di situ,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tiesza169 replied at 27-3-2020 04:10 PM
Husnuzonlah... Masa 15-16 mac tu tak mula lg mco... Kalau kenduri masa hujung minggu tu... Mmg mas ...

Ya.. Infact masih ramai lg yg buat kenduri 14,15 n 16hb mac ni.. Kwn2 aku.. Sedara2 aku ade wat kenduri jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 08:26 PM | Show all posts
'Covid-19 mungkin tersebar di masjid, bukan majlis kenduri'
3-4 minutes


SHAH ALAM - Penduduk di Kampung Parit Hassan menafikan punca penularan wabak Covid-19 di kawasan tersebut berpunca daripada majlis kenduri kahwin pada pada 15 Mac lalu.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit Hassan, Najmuddin Dimyati, 38, berkata, individu yang didapati positif wabak tersebut tidak hadir pada majlis tersebut.

"Pihak yang mendakwa wabak ini merebak menerusi majlis kenduri ini juga bukan tinggal di kawasan ini jadi bagaimana dia boleh dakwa perkara seperti ini.

"Kemungkinan penularan wabak ini bermula semasa individu berkenaan menunaikan solat berjemaah di masjid," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.

Dua kawasan terbabit ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif Covid-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid.

Najmuddin, yang juga Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Baru Al-Huda berkata, selepas pengumuman itu dibuat, keadaan kampung bertukar menjadi sunyi sepi.

"Mujur pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan barang keperluan asas kerana ramai penduduk yang tidak sempat untuk membeli makanan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan tidak memikirkan hal-hal dunia kerana segala keperluan akan diuruskan oleh kerajaan.

"Penduduk dikehendaki memberi kerjasama kepada kakitangan KKM yang akan hadir setiap rumah penduduk bagi tujuan saringan dan pengambilan sampel secara swab.

"Bekalan makanan asas akan disediakan oleh JKM untuk tempoh 14 hari ke rumah masing-masing.

"Sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan urusan. Fikir positif buang perasaan negatif, bersyukur dan reda dengan apa yang berlaku," ujarnya.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan KKM akan menyediakan dan membina markas perubatan di kawasan Bandar Baru Ibrahim Majid bagi memudahkan operasi kesihatan dan pencegahan Covid-19 dijalankan secara berpusat di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim Majid.

Penduduk dikehendaki memberi kerjasama kepada staff KKM yang akan hadir setiap rumah penduduk bagi tujuan saringan dan pengambilan sample secara swab.

Manakala bekalan makanan asas akan disediakan oleh jabatan kebajikan masyarakat untuk tempoh 14 hari ke rumah masing masing.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2020 11:46 PM | Show all posts
Lima beranak terperangkap 20 jam, tidur di kebun pisang tak tahu PKPD dilaksanakan

LIMA beranak ‘terperangkap’ hampir 20 jam di kebun pisang di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor kerana tidak menyedari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu, yang bermula tengah malam Khamis.

Nur’Ain Shafiqah Mas’odin, 26, berkata semasa arahan PKPD dikeluarkan, mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Permatang Sepam, Benut, Pontian, tidak mengetahuinya kerana semua sudah berada di kebun pisang yang terletak di hujung kampung terbabit.

Menurut Nur’Ain Shafiqah, bapanya Mas’odin Supian dan adik Kamarul Afiq, telah ke kebun yang terletak lima kilometer dari tempat tinggal sejak pagi, untuk memungut hasil sebelum dia bersama ibunya Indawati Salbani tiba di situ kira-kira pukul 5 petang, untuk menghantar makanan.

“Disebabkan kami sekeluarga ini berpuasa semalam, kami termasuk seorang lagi adik, Nur’Ain Nabiha, 22, yang datang sendirian merancang untuk berbuka puasa bersama-sama di sebuah pondok di kebun pisang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selepas berbuka puasa, Nur’Ain Shafiqah dan ibunya bercadang untuk pulang, manakala bapa dan dua lagi adiknya akan menyusul selepas selesai memunggah hasil tanaman.

Bagaimanapun, dalam perjalanan, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan diminta berpatah balik, kerana PKPD telah dikuatkuasakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

“Kami terpaksa berpatah balik dan memberitahu ayah. Ayah menghubungi ketua kampung untuk memaklumkannya. Kami sekeluarga diminta tunggu serta bermalam di pondok di kebun pisang, sebelum bantuan susulan diberikan.

“Alhamdulillah…setelah hampir 20 jam berada di pondok ini, kira-kira pukul 1 petang tadi, kami dibenarkan keluar dari pondok oleh anggota Rela yang bertugas, dan ditempatkan sementara selama 14 hari di Balai Raya Kampung Ibrahim Majid, disebabkan kami bukan penduduk asal kampung ini,” katanya.

Pada Khamis, dua kawasan di Simpang Renggam itu dikenakan arahan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

PKPD berkenaan melibatkan seramai 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga.- BERNAMA.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 12:33 AM | Show all posts
kalo selangor & KL kes makin meningkat & ramai xduduk umah... mau nyer nnti kene lcokdown full jgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2020 02:20 PM | Show all posts
Penduduk dalam PKPD terima stok makanan



SERAMAI 1,044 keluarga di kawasan tertakluk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sudah menerima bekalan makanan asas yang diagihkan sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail berkata, bekalan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu diagihkan oleh lebih 40 anggota pelbagai agensi.

Antaranya, anggota JKM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah dan Daerah Simpang Renggam dan Malaysian Relief Agency (MRA) Johor.

“Bekalan makanan asas ini adalah beras, gula, teh, susu, sardin, telur, biskut selain makanan basah seperti sayur, ikan atau ayam.

“Setakat malam tadi, ia sudah diedarkan kepada 1,044 rumah yang membabitkan kira-kira 3,000 penduduk.

“JKM akan terus memantau serta melicinkan proses pengagihan bekalan makanan ini, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaiton yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang berkata, proses agihan dipastikan selamat dengan petugas terbabit dilarang berhubung dengan penghuni.

“Petugas hanya meletakkan stok makanan di hadapan rumah penduduk sahaja dan sebarang bentuk hubungan termasuk komunikasi bersemuka tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.

Pada malam Khamis lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua penempatan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif Covid-19.

Ia membabitkan Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang dengan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 keluarga terkesan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2020 08:21 PM | Show all posts
JANGAN berprasangka negatif kepada kami!

Itu luahan segelintir masyarakat dan penduduk di sekitar kawasan Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam, dekat Kluang, yang kini masuk hari kedua berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Luahan hati itu dinyatakan dalam Laman Facebook Kumpulan Simpang Renggam, yang rata-rata mahu persepsi negatif dan prasangka oleh segelintir masyarakat yang mendakwa kononnya mereka tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum PKPD dikuatkuasakan, dihentikan.

Sebaliknya, mereka memohon supaya sama-sama mendoakan agar ujian yang diturunkan Allah SWT kepada mereka dapat dilalui dengan penuh kesabaran.

Penduduk Nor Aslina Paradi, 41, dari Kampung Parit Penghulu yang terletak di bawah pengawasan PKPD dan berhampiran Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid berkata, setakat ini, pihak berkuasa telah membantu menjaga keselamatan dan turut menyampaikan maklumat yang tepat kepada mereka.

“Saya menyeru kepada semua di luar sana. Tolong jangan berprasangka negatif pada kami sebab kami memang menjaga pergerakan dan tolong sama-sama beri sokongan moral agar kami lebih kuat menghadapi ujian Allah ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Nor Aslina yang bekerja sebagai tukang jahit dan berkerusi roda berkata bekalan makanan di rumahnya kini semakin susut dan mendakwa belum memperoleh bantuan makanan.

Beliau memuji pihak berkuasa yang memastikan tiada kesesakan berlaku ketika membuat saringan Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Kampung Dato’ Ibrahim Majid pagi hari ini.

“Untuk ahli keluarga di luar, kami sentiasa berhubung melalui telefon. Untuk video call, line tak berapa kuat jadi dengar suara sahaja.

“Kami juga nasihatkan kepada mereka supaya jaga diri, tak payah balik kampung buat masa ni,” katanya.

PKPD yang bermula semalam dan dijangka berakhir pada 9 April, membabitkan seramai 3,570 penduduk daripada 650 keluarga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2020 11:55 AM | Show all posts
Bekalan rokok tak cukup selepas kampung ditutup

SIMPANG RENGGAM – Makanan kucing dan rokok merupakan antara barang yang diminta penduduk Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

China Press melaporkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat bagaimanapun tidak dapat memenuhi permintaan penduduk berkenaan kerana apa yang diminta bukanlah barang keperluan asas.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang sebaliknya meminta perokok yang berdepan “kekurangan stok” kerana tidak dapat membeli rokok dalam tempoh kawalan pergerakan supaya mengambil peluang untuk membuang tabiat merokok yang tidak sihat.

Jurucakap jabatan itu juga menafikan bahawa penduduk berdepan masalah kekurangan bekalan barangan keperluan harian.

Jelasnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama Jabatan Pertahanan Awam telah menghantar bekalan ke dua kampung yang kini “ditutup” itu.

“Bekalan akan diletak dalam dewan Majlis Daerah Simpang Renggam dulu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan pengagihan mengikut jumlah orang dalam keluarga,” katanya.

Tinjauan wartawan pula mendapati jalan-jalan kecil ke dua kampung itu juga telah ditutup polis untuk mengelakkan penduduk kampung menyelinap keluar.

– MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape suh xstock rokok
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
byk cantik muka mintak rokok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.094517 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list