CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 8

[Tempatan] COVID-19: Malaysia mungkin alami pertambahan kelahiran bayi pada 2021!!!

[Copy link]
Post time 3-4-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu dan dilanjutkan sehingga 14 April ini, Malaysia berkemungkinan akan mengalami situasi pertambahan jumlah kelahiran bayi yang luar biasa pada Januari tahun depan.

Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Hamizah Mohd Hassan, menjelaskan PKP mampu mempengaruhi kadar kelahiran penduduk negara menjelang awal tahun depan kerana majoriti pasangan berkahwin kini terpaksa berkurung sepanjang tempoh itu.


Beliau merujuk kepada kes kelahiran baharu secara luar biasa pernah berlaku di luar negara khususnya di Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat apabila bandar berkenaan ditutup beberapa minggu akibat cuaca ribut salji yang buruk pada tahun 1998.

“Saya memetik kenyataan dibuat Patrick Whittle (wartawan Associated Press) iaitu pada tahun 1998 terdapat ribut salji yang buruk di Maine dan New Hampshire. Bandar itu terpaksa ditutup dan penduduk terperangkap di rumah dalam jangka lama.

“Sembilan bulan kemudian terjadi ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar biasa) di sana. Perkara yang sama juga dijangka boleh berlaku di Malaysia kerana rakyat terpaksa duduk di rumah melalui tempoh PKP ketika ini,”

katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Radio Televisyen Malaysia (RTM), hari ini.

Kerajaan melaksanakan PKP fasa pertama antara 18 hingga 31 Mac lalu dan melanjutkannya pada fasa dua bermula 1 hingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

PKP menuntut seluruh rakyat duduk di rumah, penangguhan hampir seluruh operasi harian jabatan dan agensi kerajaan serta swasta kecuali bagi bidang penting yang dikhususkan kerajaan.

Dr Hamizah berkata, bagi menangani kemungkinan kehamilan susulan PKP, pasangan berkahwin digalakkan mengamalkan perancangan keluarga menerusi kaedah tertentu seperti pengambilan pil kontraseptif kecemasan (ECP) bagi mencegah kehamilan.

Katanya, kaedah lain termasuk menggunakan suntikan hormon pencegah kehamilan, memasang alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), memasang implan atau menggunakan kaedah lazim iaitu kondom.

“Sekiranya bimbang berlaku kehamilan selepas melakukan hubungan kelamin, wanita boleh mengambil serta merta ECP pada kadar dua biji sekali makan disusuli sebiji pil selepas 12 jam.

“Pil ini boleh dimakan dalam tempoh 72 hingga 150 jam atau tiga hari maksimum tetapi keberkesanannya hanya 85 peratus saja.

“Begitu juga jika penggunaan IUCD atau impan sudah tamat tempoh, wanita boleh mengambil pil pencegah hamil atau kondom. Pil pencegah hamil boleh dibeli di farmasi atau klinik kerana ia ubat yang termasuk dalam kategori C iaitu boleh dibeli tanpa memerlukan preskripsi doktor,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan suami isteri supaya bijak merancang kehamilan sepanjang tempoh PKP dan perlu bersedia untuk menerima kelahiran baharu seandainya terjadi kehamilan luar jangka.


https://www.bharian.com.my/node/672437/amp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunno wht to say
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak panggil gen covid ka

covid boomers
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ok la tu, harap in future  job opportunity pun berkembang sama. Japan patut ambil masa ni utk naikkan bilangan generasi org muda balik. tp ak rs dorg prefer guna protection. aritu kn ada artikel ckp, lampin dewasa lg laku dr lampin bayi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 09:41 PM | Show all posts
ok boomers 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 10:20 PM | Show all posts
hmm...interesting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2020 10:25 PM | Show all posts
tapi kalau berlaku pun, given a stable family , this wont matter much kan.
lagipun DG Dr Norhisham tak lah anggap ni case kecemasan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah jika terjadi baby boom pd thn 2021 membawa akibah buruk atau bagaimane? Adakah perkara begitu  harus dikhuatiri,  diwaspadai atau disyukuri.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
baby boom ade sejarah dia. kt negera jepun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.351190 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list