CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11040|Reply: 108

[Tempatan] Taktik scammer musim PKP. Buat transaksi TAC hari Jumaat supaya mangsa x sempat

  [Copy link]
Post time 5-4-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Peringatan Bersama

Assalamualaikum..

Ini dugaan yg aku lalui pada PKP Fasa 2  Aku siarkan cerita ni atas nasihat daripada  Inspektor Fatin dari IPD Batu Gajah agar kalian semua lebih berhati menggunakan perbankan internet.

Cerita bermula pada hari Khamis (2 April 2020) sekitar jam 4.57 ptg, membuat pindahan wang sebanyak rm1,000.00 ke satu lagi akaun milik aku. Tak lama lepas tu sekitar jam 6.44 ptg aku menerima wasap daripada nombor 0176312341 menyatakan tersalah hantar TAC ke nombor telefon aku..Masa tu dah rasa lain macam "mana mungkin tersalah hantar TAC. nombor phne aku dgn dia bukan sama pun"..Dia x puas hati sbb aku x rply, dia call dari wasap sebanyak 2 kali tapi aku tetap x angkat sbb masa tu kebetulan aku tgh masak utk makan mlm..Tak lama kemudian menyusul nmbor TAC melalui sms di telefon aku..Aku yg tgh masak ni punya rasa mengeletar lutut bila dpt TAC tu, terus block nombor wasap & sms tu..Aku x boleh fikir masa tu, takut sgt bila teringat kisah org yg pernah kena tipu sblm ni..Bila aku x layan dia dah x call lagi..Aku sedikit lega la..Sambil tu aku hubungi bff zaman sekolah dulu Mastura Abu Bakar yg bekerja di Maybank..Bertanya mcm dgn mas berkaitan scammer ni..Sedikit lega bila mas kata aku bernasib baik kerana tidak berkongsi nmbor TAC tersebut..Dalam lega tu aku cek gak akuan mmg masih ada duit..

Keesokan hari iaitu pada hari Jumaat (3 April 2020) sekali lagi aku dihubungi oleh scammer menggunakan sms sekitar jam 6.53 ptg dari nombor 63044 bertanya kan sama ada aku ada membeli brg dari Lazada bernilai 18k..Aku x layan & terus block..Sekitar jam 8.03 malam aku terima wasap dari nombor 01125835468 sekali lagi bertanyakan sama ada aku ada membeli brg di Lazada & membuat pembayaran pada mereka..Masa tu dah x sedap hati sebenarnya wlupun terus block segala nombor tu..Hati jadi berdebar.. Dengan tangan yg menggigil aku try buka website m2u & mendapati duit aku telah di transfer sebanyak 2 kali transaksi ke First Deposit GSP..nilai bagi kedua transaksi adalah sama dgn nilai brg di Lazada yg dinyatakan dlm sms..Aku menangis xtau nak buat apa tgk duit dlm akaun dah menyusut..Aku call semula mas utk meminta pandangan dia..Aku dah blur masa tu..Mas tenangkan aku & suruh terus pegi buat report polis, tukar password m2u sesegera mungkin & call Maybank Customer Service utk meminta bantuan..Aku terus cerita pd suami apa yg terjadi & kami tawakal bergegas ke IPD Seri Iskandar ber2 sbb aku xleh drive..nasib le IPD dekat je dgn rumah..

Sampai di IPD Seri Iskandar aku terus buat report sambil tu cuba tukar password m2u tapi x berjaya..TAC x sampai..Aku dah menangis masa tu..sambil tu cuba call Maybank Customer Service tapi xdpt bercakap dgn pegawai bertugas sbb diaorg dah di luar waktu operasi..Untuk pengetahuan korang Maybank Customer Service tidak beroperasi 24 jam sepanjang PKP ni..Sambil buat report, sambil sembang dgn pegawai polis yg ada di situ..masing terkejut mcmana scammer boleh ambil juga duit wlupun kita x kongsi TAC..Masa dah print report dpt ckp dgn Inspektor bertugas tapi dia x boleh buat pulak sbb aku buka akaun di Batu Gajah..Diaorg trnsfer report aku ke IPD Batu Gajah..Dapat call dari pegawai penyiasat di sana & dia suruh aku dtg sesegara yg mungkin..Aku setuju dtg keesokan hari (Sabtu - 4 April 2020) memandangkan hari dah jauh mlm..

Balik rumah migrain dah mula menyerang..Perut lapar tapi x rasa nak makan..Aku masih lagi wasap dgn mas sambil cuba tukar password & remove 2 goal yg telah scammer create dlm akaun aku..Tetap x berjaya..Tak sedar bila aku tertidur sbb bnyk menangis..

Sedar dah subuh hari ni Sabtu (4 April 2020), aku try lagi tukar password, hubungi Maybank Customer Service & remove goal tetapi tetap  tidak berjaya hingga hampir jam 3 ptg hari ni..Jangan tanya berapa puluh kali aku call & cuba macam.. Aku dah rasa nak gila sbb banyak kot nilainya diaorg ambik..aku susah payah simpan utk anak, korang setan senang nak curi hasil titik peluh aku..klu rm180 pun aku susah hati inikan pulak jumlah aku diduga

Menurut mas, kita sebenarnya terdedah dgn scammer bila menggunakan online banking melalui WiFi luar/percuma..tapi masalahnya masa tu aku kat rumah..Aku guna INTERNET PERCUMA yg kerajaan bagi tu sbb masih dlm tempoh 8pg - 6 ptg waktu kejadian pertama..YESSSS aku rasa sbb guna Internet Percuma, jadi scammer senang trace transaksi aku ptg khamis tu..Korang rasa x apa yg aku rasa ? Selepas kita guna Internet Percuma minggu ni banyak kejadian scammer curi duit kita dlm akaun..Aku x salahkan Internet Percuma yg kerajaan bagi kita..Aku bersyukur dpt tapi aku geram dgn scammer ni sbb lagi memudahkan kerja diaorg menipu..

Hampir jam 3.18 ptg hari ni atas bantuan mas aku telah dihubungi oleh pegawai dari Maybank Kuala Lumpur..Setelah usaha call Maybank Customer Service & hantar email kat Maybank xde jawapan Allah hantar bantuan utk aku yg dah x tentu arah ni..Aku menangis dpt panggilan dari Maybank KL tu..Pegawai tu bantu aku buat password baru & remove goal yg dicipta scammer binatang tu..kami usaha sama sampai berjaya dapat balik jumlah yg telah pending dlm akaun aku tu..Tqsm mas..Tak terbalas jasa mas pada gee

Lepas selesai dpt semula duit aku, terus siap lepas asar nak teruskan juga bagi statement kat IPD Batu Gajah..Walaupun duit aku dah dpt balik tapi aku nak bagi pengajaran kat scammer bodoh tu..Ber2 lagi kami melalui sekatan jln raya di Siputeh berbekalkan report polis dari IPD Seri Iskandar smlm..Dalam jam 5.30 ptg kami selamat sampai & terus menuju pejabat pegawai penyiasat, Inspektor Fatin..

Menurut Inspektor Fatin, dia sendiri baru tau taktik scammer create My Goal dlm akaun kita..Dia juga yg meminta aku berkongsi pengalaman di laman sosial agar lebih ramai yg peka dgn situasi semasa..Rupanya banyak report yg dikendalikan Inspektor Fatin Sekitar 2, 3 hari ni berkaitan online banking..

Jadi tolong le kwn, ALERT dgn semua sms, wasap & panggilan dari org yg tidak dikenali sama ada meminta TAC atau bertanyakan tentang pembelian brg di LAZADA atau SHOPEE..Paling penting juga korang jangan PANIK ketika lalui detik mcm ni..skrg bukan masa utk kita shopping dgn seronok & menggunakan aplikasi online banking, lagi sepanjang tempoh dari jam 8 pagi hingga 6 ptg..hari ni juga ada sale di LAZADA & SHOPEE sempena 4.4 kan ?? Berhatilah semua..Kalau dah jadi mcm aku mmg menangis je la xtau nak buat apa..Dah le sepanjang tempoh PKP waktu operasi Customer Service & bank dah x sama mcm dulu..Kena pulak mcm aku Jumaat mlm kejadiannya..Sabtu Ahad mana ada bank beroperasi..Macam kemungkinan boleh terjadi sepanjang 2 hari cuti ni..Aku merayu tolonglah lebih berhati

Share dgn org tersayang korang ye..

Akhir kata maafkan aku sbb x reti nak pendekkan cerita..Aku lemah bab mcm ni..Kalau boleh banyak lagi yg nak diceritakan tapi perut dah berkeroncong dari malam tadi x jamah apa makanan..Terima kasih tak terhingga buat bff aku, mas..Jasamu akanku kenang selagi nyawa di kandung badan..Terima kasih juga atas layanan terbaik dari IPD SERI ISKANDAR & IPD BATU GAJAH..

-NORZIEANA BINTI MIOR NORAHAN-

#PKPfasa2 #scammer #PDRM #SKMM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Errkk.. menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis buat transfer duit ke akaun lain tu melalui online ke mesin deposit?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 04:43 PM | Show all posts
yang senang kena scam camni mesti maybank...  kedua selalu dengar cimb...  aku rasa macam nak tukar bank la...  orang kata hsbc ok...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak paham apa maksud..... "cuba tukar password & remove 2 goal yg telah scammer create dlm akaun aku..Tetap x berjaya."
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni pun aku x paham....
"kami usaha sampai berjaya dapat balik jumlah yg telah pending dlm akaun aku tu.."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2020 04:47 PM | Show all posts
Mesti lebih hati2 nampaknya macam2 cara nak menipu zaman sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana boleh dapat balik duit? Tak faham yg part create goal tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa2 boleh explain?

"Menurut Inspektor Fatin, dia sendiri baru tau taktik scammer create My Goal dlm akaun"
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia transfer duit guna mobile online banking app ke?

Aku tak pernah install online banking app kat handphone. Semua transaksi mesti melalui website. Dan aku tak akan guna banking website thru mobile phone bila buat transaction. Semua guna desktop. Sekarang ni dgn kejadian byk duit hilang dari bank, setiap kali buat transaction aku cleared semua cache history bagai.
Handphone & laptop tu install lah malware, virus scanner.

Itu cara aku minimise risks. Tapi kalau terkena jugak... meraung, tak lalu makan lah jugak macam akak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah aku kat m2u ada satu function my goal. Korang boleh allocate duit kat situ. Lebih kurang mcm kutu la tapi ko main sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku paham cenggini,

Scammer dah transfer some money, tapi duit tu float, kena masukkan no TAC baru scammer boleh dapat duit tu. Tapi dalam akaun kita dah tunjuk duit tu dah ditolak.
Kakak ni bertuah, sebab dia tak jawab sebarang panggilan scammer, jadi scammer tak boleh gebang story smpai orang panik dan ikut cakap scammer.
Aku penah dengar voice wasap citer pasal taktik ni. Abg tu nyaris2 nk kena tipu, tapi sebab kewarasan fikiran dia mengatasi panick attack, maka selamatlah dia dari di scamm.
MO yg sama, beri barang kt lazada sekian amaun, scammer call nak hantar barang, ade order ke brg ni?

Panjang pulak aku reply, harap pahamlah dgn ayat aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki iols pernah kena gini
Dan dia terus call maybank
Maybank ckp mmg ada yang cuba hack acc laki iols
Dan semua selamatbselagi kita tak layan scammer tu
Mmg.kena.call m2u customer service la..try call banyak.kali
Time pkp mmg payah sikit
Masa laki iols kena tu akhir tahun lepas
Mmg m2u kena.block.habis....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanatus replied at 5-4-2020 04:58 PM
Dia transfer duit guna mobile online banking app ke?

Aku tak pernah install online banking app k ...

Alamak aku mmg ada apps ni. Senang nak transfer duit dgn member2 ofis. Scan qr code je. Now terpaksa fikir nak uninstall ke tidak apps nih sebab byk kes yg tak terjangka dek akal. Babi betul scammers menyusahkan org ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 5-4-2020 04:43 PM
yang senang kena scam camni mesti maybank...  kedua selalu dengar cimb...  aku rasa macam nak tukar  ...

Kan... Jarang dengar public bank, hsbc kena... Ke ada jugak kes, iols terlepas dgr.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway tq gor sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg iols tahu, dlm maybank2u ada satu part utk goal kita cth roadtax insurance keta, gelang emas, baju raya etc. Ala2 kutu/simpanan sendiri yg akan ditarik dr akaun saving gitu. So dalam jangkamasa yg ditetapkan duit tu auto deduct ke situ. Dlm kes tt mungkin dah selamat masuk ke situ dimana goal tu si scammer yg create, tunggu masa je nak dipindahkan ke akaun lain gitu. Correct me if i'm wrong. Iols penah buat tapi duit x penah masuk ke situ coz amount sekian2 x mencukupi utk ditolak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt bila dah bertenang sila la share camne tt berjaya remove create goal tu. Iols pn dah ingat2 lupa, nak kena try balik. Seram ngn bermacam2 jenis scammer muncul zaman skarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tldr

Summary pls

Btw, doa2kan scammers ni semua dapat Coronavirus dan mampos cepat.

Also 2 of the most dodgiest bank in Msia, Maybank and CIMB. Kenapa yer? Byk white collar criminals keje sini la kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2020 05:37 PM | Show all posts
Edited by midori888 at 5-4-2020 09:26 PM
eyansss replied at 5-4-2020 04:43 PM
yang senang kena scam camni mesti maybank...  kedua selalu dengar cimb...  aku rasa macam nak tukar  ...

i ada acc bank hsbc & credit card...transaction bank takde tac tapi guna dongle, credit card ada tac number...alhamdulillah so far ok...kdg2 kalu tgk transaction meragukan utk cc, bank akan call i dulu baru proceed kasi tac number.

skrg for online shopping biasa guna mbb online transfer jer, letak minimum amount kat mbb acc utk shopping, byr bil, belanja etc.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.313544 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list