CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: julia5094

MENIAGA DI SHOPEE UNTUK TAMBAHKAN PENDAPATAN

  [Copy link]
 Author| Post time 23-10-2020 10:22 AM | Show all posts
nipskacang replied at 6-10-2020 09:05 AM
China baju baby x lawa you, sizing die senteng, i penah nk deal, bile beli individual package mmg  ...

Betul..sebab sais diorang ni mana sama dengan kita orang melayu especially...punya la kecik.. Kalau nak beli pun kena ambik 2 saiz lebih besar dari saiz normal kita pakai.


Macamana la saiz diorang boleh terkecik macama tu kan? Ke saiz kita yang terbesar??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2020 10:38 AM | Show all posts
Macam mana sales semua lately... Ramai jugak seller shopee merungut sale dah tak macam dulu lagi. Since Mora pun dah berakhir kan?

I lately rasa stress jugak. Pulun dok share sana sini semata2 nak dapatkan order. Penat jugak la...Alangkah bagusnya kalau ada satu sistem yang auto yang boleh share produk kita ke medsos secara automatik hari2.

Ada satu produk yang i dok jual ni. Biasa mmg masyuk la...at least hari2 masuk order. Sekarang ni memang slow la. Ada srg dropshipper baru ni, sale dia memang laju sgt..tak tau la apa yang dia buat. Dia pun meniaga kat shopee jugak...Padahal dia baru je start meniaga kat shopee.

So pengajaran kat sini, tak kira baru ke lama...kalau kita rajin belajar pelbagai cara untuk boostkan sale...mungkin boleh jadi hebat dari yang lama...sekian celoteh pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 02:12 PM | Show all posts
julia5094 replied at 23-10-2020 10:38 AM
Macam mana sales semua lately... Ramai jugak seller shopee merungut sale dah tak macam dulu lagi. Si ...

dekat dekat nak hujung tahun ni, org dah start kurang berbelanja, ditambah plak kita kena 3rd wave covid-19 ni, ramai yg berhati-hati berbelanja, ramai yg nak saving dari berbelanja, so kesan yg paling terasa kpd peniaga-peniaga di luar sana.

Just nak bagi sedikit tips di kala kesenduan sale sekarang ni tak kira la dekat mana-mana platform

1. no.1 paling penting jgn terlalu hard sale, terlalu post di sana di sini dgn banner banner menjual, 50% discount, 90% potongan. Please stop buat benda2 mcm ni. Pembeli buat masa ni cukup tak suka nampak iklan menjual sekarang ni.

2. Sekarang ni tak sama dah mcm 5 tahun lepas, u post je something dekat fb atau ig bederet org pm berminat. Dengan competition yg sengit, strategi sekarang ni kena gunakan funnel. Byk kos yg perlu digunakan. Start dgn awarness, branding, engagement, dan seterusnya baru convert. Ramai yg tak tahu pe benda funnel ni. Simple je, kalo nak jual sesuatu tak bleh terus menjual, mula2 kena bagi org nampak, kenal, lepas tu org yakin dgn sendirinya org tu rasakan benda yg kita nak jual memang berguna utk dia secara automatik org tu akan membeli tanpa kita iklan kan.

Sebagai contoh, kalo nak jual tudung, content yg perlu di post bukan nya gambar model siap dgn harga discount tulis cepat beli, tapi kena ada content2 yg membuatkan emosi pembeli terjungkit, contoh post kan la gambar2 customer yg ber gaya ootd dekat office, rumah, gambar kita tengah sibuk packing, video teaser, dll yg bukan nya hard sell.

ok done membebel, next pulak kita sambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2020 11:15 AM | Show all posts
evolutionary replied at 1-11-2020 02:12 PM
dekat dekat nak hujung tahun ni, org dah start kurang berbelanja, ditambah plak kita kena 3rd wave ...

Ok2..tq2...memang kena banyak belajar la macam ni. Betul jugak ye. Kena banyak berfikir di luar kotak. Dah la ilmu pun tak berapa banyak lagi ni. Hi..hi..

Tq sebab banyak beri tunjuk ajar kat sini. Nanti nak belajar lebih lagi tentang funnel ni. Sumpah...1st time tau pasal benda ni...

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 07:22 PM | Show all posts
HARI NI NAK CITER PASAL ASAS FBADS PULAK
.
fbads ni jenis contextual ads dimana dia buat targeting berdasar kepada beribu ribu datapoints yang facebook compile.
.
contextual ads ni bersifat interrupt dan disruptive - dimana ads dihantar kepada segolongan manusia yang memerlukan apa yang produk tu offer...tapi tak tahu mereka ada masalah tu dan tak tahu produk tu wujud
.
berbeza dengan google ads , ia merupakan ads dari jenis query ads.
.
query ads ni bermaksud, dia tunggu orang tanya dan dia bagi apa yang orang nak tahu
.
kelebihan context based ads ni, kita boleh scale sampai spend juta juta sebab audience yang boleh terima tu adalah sangat ramai kerana ia berdasar kepada data point yang algorithm fb compile.
.
kekurangan fbads ( context based ads ) pula ialah sales cycle / customer journey / sales funnel adalah panjang. Untuk lengkapkan proses dari top of funnel sampai bottom of funnel dan jadi ready to buy.. kadang2 ambil masa sehingga setahun.. malahan ada yang lebih lama.
.
google ads pula, ataupun query based ads ..kelebihan dia, sales cycle atau customer journey adalah pendek.
.
Sebab orang yang search adalah orang yang dah tahu dia nak apa dan tengah mencari penyelesaian.
.
biasanya kalau orang tu dah masuk dalam query , sales cycle hanya ambil masa 3-4 hari dan purchase akan berlaku.
.
contoh query based ads ni adalah macam amazon, shopee. google, bing, yahoo etc
.
so kat sini memang sedap sebab sales berlaku dengan cepat, dan geng2 shopee / marketplace tak akan nampak kelebihan fbads atau kekuatan fbads sebab mereka jarang success dalam fbads kerana tak sanggup menunggu cycle untuk complete.
.
cuma kekurangn query based ads ni... kita ada duit banyak pun, kita tak boleh scale up melebihi market deman.
.
kalau banyak tu aje orang cari, kita tak boleh tambah bilangan orang yang mencari dengan meletakkan bajet tambahan.
.
tugas kita dalam query based ads ialah untuk mencari keyword yang akan trigger visibility kepada orang yang relevan.
.
siapa pandai cari keyword dan pandai tulis headline akan jadi king untuk query based ads.
.
walaupun begitu, untuk bina demand, kita kena guna context based ads jugak.
.
so tugas kita sebagai marketer kena pandai sesuaikan strategy berdasarkan keadaan ini dan gabungkan 2 jenis ads ini.
.
kalau dalam fbads, disebabkan ia adalah context based, dan sales cycle dia adalah panjang... maka dia ada fasa2 yang perlu dilalui.
.
fasa pertama ialah acquisition.
.
fasa ni kita buat detailed targeting atau kita guna lookalike audience untuk pancing dia masuk kolam.
.
kat fasa ni, iklan yang terbaik yang kita boleh buat ialah iklan video.
.
kat fasa ni kita nak kumpul audience untuk kita tetarget selepas ini.
.
kita nak kumpul
1. video views
2. engagement
3. page likes
4. pixel
5. messenger engagements
.
dan audience ini yang kita akan retarget dengan 2nd level ads dan 3rd level ads supaya mereka akan membeli pada level seterusnya.
.
diperingkat acquisition ni... kita perlu belanja 50% dari keseluruhan bajet yang ada supaya kita dapat kumpul kolam untuk retarget.
.
di level ini... walau banyak mana pun kita spend duit...sales akan sikit.
.
Mungkin kita spend 100k, tapi sales hanya 20k atau 10k sebab kat sini kita tak cari jualan. Kita hanya nak penuhkan kolam. Ini fasa prospecting... so kita tak expect ada jualan.
.
tapi kadang2 ada jualan berlaku... dan itu adalah bonus.
.
diperingkat awal marketing... 90% dari bajet poknik akan spend dekat fasa acquisition

ini sebab pool untuk retarget masih terlalu kecil, jadi poknik tak akan dapat spend banyak kat fasa 2, 3 dan 4
.
fasa 2 dan 3.. poknik akan spend untuk membuat reengagement, untuk membina hubungan, untuk brand awareness, untuk brand education.
.
Proses ini kena buat, kerana kita nak dia trust brand kita... dan jualan hanya berlaku apabila trust wujud.
.
fasa ke 4 ialah fasa dimana semua orang ambik screenshot dan tepek kat facebook.
.
kat sini... mana2 audience yang sampai peringkat ini selalunya dah ready untuk membeli.
.
Poknik selalu dapat cost per purchase yang murah kat sini. Kadang2 bawah RM1 pun ada. Sebab itulah fasa ini seronok untuk screenshot.
.
so kalau kolam kita kat fasa 4 ni dah ramai dan ada dalam 200 ribu orang yang dah ready nak beli... insyaallah spend ads 10 ribu boleh dapat sales 3 juta.
.
cuma kat fasa 1, 2 dan 3 tu kena habis dulu 1 juta kalau nak suruh fasa 4 bawa 3 juta dengan ads spend 10k.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 08:50 PM | Show all posts
NAK BINA BISNES?
.
Step #1 : cari produk
.
bab cari produk ni adalah bab paling kritikal. Sebab kalau salah pilih produk, memang tak dapat sales walau hebat macamana pun promosi yang kita buat.
.
contoh : google glass - yang ni produk yang sebenarnya sangat hebat, tetapi ia mendahului zaman.
.
Masa tu mana ada orang pakai wearables lagi.. dan sekarang ini wearables ni sedang bertatih. Kira masih baby lagi la. Apple, samsung dan beberapa company besar dah mula agresif memindahkan bajet rnd kepada wearables berbanding kepada mobile tech.
.
so masa tu, produk ni tak ada demand lagi. Dan market pun tak faham serta tak tahu macamana nak react kepada google glass.
.
jadi produk ni fail.
.
so macamana nak cari produk yang demand tinggi?
.
ini kemahiran yang sangat tinggi, dan untuk kita cari produk yang boleh jatuh dalam kategori blue ocean ni bukannya senang.
.
jadi ambik sahajalah produk yang berada dalam red ocean. Tapi ini juga bermakna kita akan mempunyai sangat ramai pesaing.
.
jadi macamana kita nak jual produk yang ada banyak pesaing?
.
sebenarnya nak jual produk yang dalam red ocean yang mempunyai banyak saingan adalah satu kerja yang agak mudah kerana kat situ ada begitu ramai ready buyer.
.
nak run ecom pun boleh, nak run bot pun boleh, sebab kat situ memang dah tersedia ramai pembeli.
.
Setelah kita jumpa produk yang kita nak jual, apa kita kena setup?
.
1. kita kena setup offer
2. kita kena setup funnel
.
offer ni adalah satu perkara yang sangat penting yang akan menentukan samada orang nak beli produk kita atupun tidak....
.
kalau orang rasa offer kita tak berbaloi, maka tak akan ada orang nak beli.
.
kalau orang rasa offer kita tu power, kita tak buat ads pun stok kita akan habis.
.
bab membina offer ni adalah satu bab yang panjang. Poknik study 3-4 buku pasal bina offer ni.. ..nanti poknik cerita dalam post lain.
.
kalau cerita dalam post ni.. maka kita akan terpesong dalam perbincangan kita, sebab perbincangan ni nak cerita step nak bina bisnes jual produk fizikal.
.
next, kita nak bina funnel.
.
kita kena faham konsep front end funnel dan back end funnel.
.
untuk bersaing dalam market red ocean, orang seeloknya tak tahu yang kita sedang promote barang A.
.
sebaliknya kita letak barang B kat depan dan kita promote barang B supaya kita boleh jual barang A kat back end funnel.
.
Dengan meletakkan barang B yang lebih mudah dijual, kita akan dapat cover kos marketing kita atas ads yang tak dapat tarik jualan dari produk A.
.
Kita juga akan dapat mengumpul leads dan prospek untuk kita buat offer produk A melalui kempen lain.
.
Produk B adalah merupakan lead magnet dan juga merupakan cushion utk cover kos ads kita. Ia juga boleh bertindak sebagai acquisition ads.
.
so produk B tu sepatutnya ialah brand kita sendiri dimana kita tak ada pesaing, margin kat sini kecil pun xpe sebab kita bukan nak jual produk B.
.
di bahagian back end, kita boleh jual produk A dimana ia menawarkan komisen yang lebih tinggi.. dan ini boleh merupakan produk orang lain yang kita jadi ejen.
.
anyway, bab funnel ni... lagi panjang cerita dia dari bab offer... you guys baca la buku ok.
.
baiklah... mari kita sambung..
.
apa kemahiran yang kita perlu ada?
.
1. kemahiran customer avatar - ini supaya kita boleh cari angle untuk attack market
2. kemahiran targeting ads - ini supaya kita boleh cari orang yang kita dah takrifkan sebagai avatar kita
3. kemahiran copywriting - ini untuk communicate idea kita dengan efektif. Micro angle adalah sangat penting dan setiap penulisan kita utk dibuat iklan perlu mampu menerbitkan kecelaruan emosi dalam jiwa pembaca.
.
kalau kita tak mampu celarukan emosi dia, maka kita tak dapat disrupt pattern dia. Dan jualan hanya berlaku bila graf emosi dia cukup bercelaru.
.
4. creative - ini bermaksud video dan juga gambar yang bersesuaian.
.
mcamana kalau kita tak pandai ?
.
video boleh suruh orang buat
gambar boleh suruh orang buat
.
copywriting tak boleh suruh orang buat. sebab orang yang buat copywriting utk kita tak study avatar kita. Jadi dia tak akan dapat menyelami perasaan prospek kita dengan cukup baik.
.
lagipun, kita bukan nak serang market dengan semberono. Kita nak serang market guna micro angle dan kumpulkan pelanggan kita dari golongan micro angle tersebut.
.
so sekarang ....
.
kita dah ada produk yang ada demand
kita dah ada offer yang kuat
kita dah ada funnel utk serang market
kita dah ada produk bayangan
kita dah tahu siapa kita nak target
kita dah tahu angle kita nak serang
.
apa yang kita perlu buat sekarang ialah menyerang.
.
masa ni baru masuk peranan fbads atau google ads atau youtube ads atau tiktok ads.
.
sama seperti kita sebagai orang islam...
.
setel dulu syahadah
setel dulu solat 5 waktu
setel dulu puasa ramadha
setel dulu zakat
setel dulu haji (bila ada kemampuan)
.
baru la fikir pasal nak ada amalan amalan eksotik
zikir special itu ini
follow tok guru itu ini.
.
sebab yang asas kena kuat dan kukuh
baru lah yang lain boleh bergerak dengan baik.
.
.
JOM SUCCESS!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2020 10:18 AM | Show all posts
ada video panduan ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 10:10 AM | Show all posts
evolutionary replied at 7-11-2020 07:22 PM
HARI NI NAK CITER PASAL ASAS FBADS PULAK
.
fbads ni jenis contextual ads dimana dia buat targeting ...

Nampaknya ilmu saya bab marketing ni memang zero sangat..alhamdulillah ada otai yang sudi nak curahkan ilmu kat sini. Saya nak try jugak guna fb ads. Tapi jenis yang takut ambik risiko. Ni tengah dok belajar pelan2 macamana nak set up fb ads ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2020 10:16 AM | Show all posts
evolutionary replied at 7-11-2020 08:50 PM
NAK BINA BISNES?
.
Step #1 : cari produk

Rasa nak like 1000 kali post ni...macamana nak jadi creative dalam copy writing ye?? Saya ni memamg betul2 buntu bab ni. Tak pandai buat ayat yang menyentuh perasaan. Jenis yang tak pandai meluahkan emosi. Kadang2 saya rasa orang yang pandai create ayat yang best2 ni memang dah dilahirkan macam tu..maksudnya memang ada talent bab penulisan ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 10:24 AM | Show all posts
Semalam nak jadikan cerita, memang agak lawak dan saya rasa diri ni sangat la tak pandai meniaga. Nak meniaga main taram je. Concept asa pun saya tak berapa ambik peduli...hi..hi..

Ada kat group shopee tu mengadu, dia kena fees yang agak tinggi untuk setiap order yang masuk. Sampai kentungan yang dia dapat tinggal sikit je. Ye la..harga yang diletakkan tak dimasukkan sekali dengan fees yang di kenakan.

So ada yang baik hati pun cakaplah kena mark up margin peratusan keuntungan sekali dengan percentage fees yang shopee kenakan. Then dia pun bagi la rumus which is..PERATUSAN MARGIN KEUNTUNGAN = untung /harga jualan.

Dan baru saya perasan...rupanya selama ni saya silap kira margin...adui la... contohnya saya nak keuntungan 30%...saya just darabkan modal dengan 130%. Yang kelakarnya...bila tanya kawan2 yang semuanya cikgu cikgi dan ada antaranya ambik acc. Diorang pun kira mcm saya jugak.

Adui...selama ni saya dah set margin keuntungan rendah..di sebabkan silap formula...hu...hu..Tu la...rang suruh study dulu..tap saya main taram je..kan dah mendapat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2020 12:27 PM | Show all posts
julia5094 replied at 25-11-2020 10:24 AM
Semalam nak jadikan cerita, memang agak lawak dan saya rasa diri ni sangat la tak pandai meniaga. Na ...

cepat betulkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2020 01:53 PM | Show all posts

Baik mod...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 11:10 AM | Show all posts
mcm ramai peniaga je kat shopee sekarang ni dibandingkan dengan pembeli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 01:57 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 31-1-2021 11:10 AM
mcm ramai peniaga je kat shopee sekarang ni dibandingkan dengan pembeli

Memang pun..persaingan agak sengit sekarang ni..Sekarang ni peniaga local lagi susah nak cari makan. Sebab seller indon pun dah masuk malaysia sekarang ni. Diorang jual..mak ai..harga memang org kita tak boleh nak compete. Kalau meniaga makanan, insyaAllah boleh laku.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 02:09 PM | Show all posts
Sekarang nak belajar cara buat ads kot ig..penah kot dok asyik up status je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 11:26 AM | Show all posts
julia5094 replied at 1-2-2021 02:09 PM
Sekarang nak belajar cara buat ads kot ig..penah kot dok asyik up status je...

ads IG lebih berbaloi. Ads FB indon or sesapa bangsa je like
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 01:48 PM | Show all posts
adila39 replied at 3-2-2021 11:26 AM
ads IG lebih berbaloi. Ads FB indon or sesapa bangsa je like

Tu la...Ig ada..tapi macam hidup segan mati tak mahu. Tu la..untung budak2 sekarang...pandai berIG semua. Ni baru merangkak-rangkak nak nak mulakan balik. Story pun stahun skali baru up...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 02:11 PM | Show all posts
waa byk info pasal shopee dapat kat thread ni, bagus bagus
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 09:47 AM | Show all posts
julia5094 replied at 5-2-2021 01:48 PM
Tu la...Ig ada..tapi macam hidup segan mati tak mahu. Tu la..untung budak2 sekarang...pandai berIG ...

jue,
variance tu kat shoppee tu i kalau nak include asyik salah je so i give up nak menaip bebanyak. tu x jejual..i thought nak jual garlic spread.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 11:34 AM | Show all posts
mcm mana nak dapat preferred+ kat sopee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076459 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list