CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2032|Reply: 4

Pengarah, pelakon dan kru produksi positif Covid19

[Copy link]
Post time 8-4-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Pengarah, pelakon dan kru produksi positif Covid-19

PENGARAH drama, Rahila Ali dan empat kru produksi drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland disahkan positif Covid-19.

Rahila ketika dihubungi berkata, dia bersama kru dan pelakon yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.

Turut positif penyakit itu ialah salah seorang pelakonnya, Puteri Aishah.

“Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.

Kami tidak ada simptom seperti demam dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.

“Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Rahila berkata, dia bersama kru seramai 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Rahila juga terpaksa menghentikan penggambaran dan pulang selepas diarahkan berbuat sedemikian.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Drama Demi diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni untuk slot ramadhan ke? Mcm tahun lps drama Aku Yg Kau Tinggalkan lakonan Elizad & Ungku Ismail.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:02 PM | Show all posts
klik sini

thread udah ade la.
Bape banyak kali nk ulang ciap ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 8-4-2020 05:02 PM
klik sini

thread udah ade la.


Itu sorang pelakon, sini semua kru...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
“Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro."


Screenplay tgh prepare
Korg ape tau


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069375 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list